Friday, December 2, 2011

Himpunan Doa Dalam Surah Al-Baqarah



"...Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka..."(126)


"...Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui"(127)


"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;"(128)


"Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"(129)


"...Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka."(201)


"..Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"(250)


"..Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"(286)


**Selamat Beramal..Jika ada penambahan,silakan tambah agar bertambah ilmu dan ditambah..=)

Allahua'lam Bisshowab..







Pesanan Hikmah Para Wanita Solehah Terdahulu


"Dunia dan Akhirat itu ibarat dua wanita yang dimadu.
Apabila engkau senang(pada) salah satu(antara) keduanya, maka akan marahlah yang lain."
(Saidina Ali RA)



 Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 269:

“Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan sesiapa yang diberikan Hikmat itu maka sungguh ia telah berikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang yang menggunakan akal fikirannya.”

  Terdapat banyak wanita solehah dalam sejarah Islam yang boleh dijadikan sebagai contoh kepada kita atau ikutan wanita-wanita sekarang. Mereka juga merupakan pemberi semangat kepada wanita yang berusaha untuk menjadi wanita yang solehah.

  Dan harus kita ingat bahawa apa sahaja yang Allah jadikan adalah suatu pengajaran bagi orang-orang yang berpengetahuan, berfikir dan mendengar nasihat dan berusaha untuk mencapai keredhaan Allah SWT.Para wanita yang Berjaya mendapat gelaran wanita solehah ini, bukan akhlak dan ibadah mereka sahaja tinggi, malah kata-kata mereka juga berhikmah kerana mereka hanya berkata-kata sesuatu yang benar dan mengajak orang ke arah kebaikan.

 Ini adalah hikmah-hikmah yang ditinggalkan oleh para wanita solehah yang boleh dijadikan sebagai peringatan dan panduan.



 **Fatimah An-Naisaburi RA**


    ”Barangsiapa yang tidak dapat memperoleh perhatian daripada Allah, mereka akan melangkahkan kaki mereka ke mana-mana sahaja tempat dan bercakap apa sahaja mengikut kemahuan hati mereka. Barangsiapa yang diperhatikan Allah, mereka akan membisukan mulutnya kecuali  kebenaran serta sentiasa mempunyai sifat malu dan ikhlas kepadaNya.”

“Pada hari ini, orang yang jujur dan bertaqwa bagaikan di lautan yang bergelora, terumbang-ambing dilambung ombak. Dia berdoa kepada Tuhannya bagaikan orang yang tenggelam, memohon supaya dikeluarkan daripada petaka dan selamat.”

“Barangsiapa yang beramal kerana Allah agar dapat bermusyahadah, mereka ialah orang yang makrifat dan barangsiapa yang beramal agar dilihat Allah, dia adalah orang yang ikhlas.”



 Kata-kata Fatimah Radhiallahu 'Anha ini bertepatan dengan hadis Baginda Shallallahu 'Alaihi Wasallam:


“Sembahlah Allah SWT seolah-olah engkau melihatnya dan jika engkau tidak melihatnya, Sesungguhnya Allah melihatmu.”[Hadis Riwayat Muslim]


 Pada suatu hari, Dzu An-Nun Al-Misri berkata kepada Fatimah:

"Nasihatilah aku"
Beliau menjawab:

“Istiqamahlah terhadap kejujuranmu serta perangilah hawa nafsumu dalam perbuatan dan perkataanmu.."

kerana firman Allah Subhanallahi Ta'ala dalam surah Muhammad, ayat 21:

"Ketaatan dan perkataan yang baik yang diredhai Allah. Maka apabila perkara perang itu diwajibkan, maka kalaulah mereka bersifat jujur kepada Allah dengan mematuhi perintahNya, tentulah yang demikian itu amat baik bagi mereka"


**Lubabah**

 Beliau merupakan seorang wanita ahli ibadah pernah berkata:

“Ma’rifatullah menghasilkan mahabbah, mahabbah menghasilkan rindu, rindu membuahkan manja, dan manja menjadikan seseorang itu selalu mengabdi kepadaNya serta rela atas segala ketentuannyaNya.”

**Aisyah binti Uthman** 

Beliau menasihati  puterinya:


“Janganlah engkau senang dengan perkara fana dan janganlah engkau sedih atas sesuatu yang sudah pegi. Berbahagialah engkau dengan mengabdikan diri kepada Allah serta bersedihlah atas keruntuhan darjatmu di mata Allah.”

Beliau juga pernah berkata:

“Barangsiapa yang tidak mahu untuk mendekatkan diri kepada Allah, hal tersebut menunjukkan betapa minimanya kemanjaannya kepada Tuhannya(Allah).”

Beliau juga berkata:

“Barangsiapa yang memandang remeh tentang seorang hamba, dia adalah orang yang sangat sedikit sekali pengetahuan mengenai junjungannya. Barangsiapa yang mencintai penciptanya, nescaya dia akan mencintai ciptaanNya.”

**Bahriah**

 Seorang wanita ahli ibadah berkata: 

“Jika hati meninggalkan syahwat, ilmu akan menjadi dekat, mengikuti, dan hati akan menerima segala sesuatu yang datang pada hati.”)maksudnya anugerah yang dicurahkan Allah daripada pelbagai ilham)

**Saudari Abu Sulaiman Ad-Darani**

Beliau pernah berkata:

 “Orang-orang fakir semuanya mati, kecuali orang-orang yang dihidupkan Allah SWT dengan kekuatan qana’ah serta redha dengan keadaan fakirnya.”

**Zubdah**   

Beliau merupakan saudara perempuan Basyar Al-Kafi yang berkata:

“Dosa adalah sesuatu yang paling berat bagi hamba dan sesuatu yang paling ringan bagi hamba ialah taubat. Mengapa dia tidak menolak sesuatu yang paling berat dengan sesuatu yang ringan.”

Hayatilah apa yang tersirat di sebalik kata-kata hikmah wanita solehah ini dan amalkannya kerana kita tidak rugi maupun dirugikan.Mereka manusia seperti kita, inginkan keseronokan hidup tetapi memilih untuk mendekatkan diri kepada Allah.Betapa mulianya mereka dan hamba Allah yang solehah maupun soleh mereka tidak berkata yang sia-sia malah kata-kata mereka sering menyeru orang lain mengingati Allah dan mendekati Allah SWT.Allahua’lam.

[Kisah-kisah para wanita solehah ini diambil daripada Kitab-Kitab:Sifatu As-Safwah,Zikir An-Niswah al-Muta’abiddaat & A’laam an-Nisaa’]



Tuesday, November 29, 2011

Kisah Heraclius dengan Tenteranya


 Sebelum bangsa Arab memeluk Islam, seperti yang dicatat dalam sejarah, bahawasanya mereka merupakan bangsa yang berpecah belah dan bermusuhan sesama sendiri. 


 Selain itu, kerajaan Parsi dan Rom yang terkenal dengan kegagahan pada masa itu juga tidak begitu berminat untuk menjadikan tanah Arab sebagai tanah jajahan mereka kerana bagi mereka, tiada apa-apa yang boleh diharapkan daripada tanah Arab itu mahupun bangsa arab itu sendiri.Tiada kekayaan mahupun tenaga manusia.Kerajaan Rom menganggap bangsa Arab mundur dan memilikinya tidak membawa apa-apa keuntungan pada kerajaan mereka.

*************************************************************************************************************************



 Namun setelah Nabi Muhammad SAW diutuskan kepada mereka dalam jangka masa yang singkat sahaja bangsa Arab bersatu padu dan mendapat kekuatan yang tidak pernah diduga oleh bangsa-bangsa yang gagah pada masa itu.Islam berkembang dengan pesatnya seperti menerima nafas baru.

 Perkembangan Islam yang begitu pesatnya ke seluruh tanah Arab menggugat kerajaan Rom dan Parsi.Oleh hal yang demikian, berlaku beberapa peperangan antara tentera Islam dengan tentera Rom, antaranya peperangan Yarmuk pada zaman Umar bin al-Khattab.


 Peperangan Yarmuk melibatkan seramai 200 ribu orang tentera Rom dan 24 ribu orang tentera Islam tetapi kemenangan berakhir dengan kemenangan yang cemerlang bagi tentera-tentera Islam.

 Tentera Rom pula melarikan diri dari medan peperangan dan kembali ke Rom dan membuat laporan kepada Maharajanya Heraclius.

**********************************************************************************************************************

 Ini merupakan dialog antara Maharaja Heraclius dengan tentera-tenteranya yang lari dari medan pertempuran itu.Heraclius sangat marah kepada tenteranya sehingga beliau menyumpah dengan kata-kata kasar.

Heraclius : Celakalah kamu! Beritahu aku apakah jenis tentera yang kamu hadapi dalam peperangan itu.
                 Manusiakah  mereka ataupun bukan?           

Tentera   : Tentera-tentera Islam adalah manusia juga tuanku.

Heraclius : Siapakah yang lebih ramai bilangannya di dalam peperangan itu? Kamu atau mereka?

Tentera  : Tentera tuanku berkali-kali ganda lebih ramai daripada tentera-tentera Islam itu.

Heraclius : Apakah jenis senjata yang digunakan oleh tentera-tentera Islam? Adakah mutu senjata-senjata itu 
                 lebih baik dari mutu senjata yang kamu gunakan?

Tentera : Senjata tentera-tentera Islam lebih rendah mutunya daripada senjata-senjata kita dan mereka hanya                            
               menggunakan satu senjata sahaja kebanyakkannya iaitu pedang, sedangkan pedang tentera-tentera 
               kita lebih daripada itu.

Heraclius semakin berang dan bertanya lagi:

"Kalau demikian, mengapa kamu semua dapat dikalahkan oleh tentera-tentera itu? Mengapa kamu kalah di dalam peperangan yang semestinya kamu boleh menang? Mengapa ?

Semua berdiam diri dan tidak ada seorang pun yang menjawab pertanyaan Heraclius.Tiba-tiba seorang daripada tentera Heraclius yang agak berumur dalam kalangan mereka bersuara:


"Tuanku, sebab sebenarnya kita kalah adalah kerana tentera yang kita hadapi itu ialah tentera yang tidak takut selain daripada Tuhan mereka. Mereka patuh kepada ajaran agama mereka sehingga dalam peperangan pun mereka bersembahyang berjemaah dan tidak pernah meninggalkannya. Mereka berkasih sayang sesama mereka, tolong menolong dan patuh kepada ketua mereka dan ajaran-ajaran agama mereka sedangkan tentera kita, tidak ada kejahatan yang tidak dilakukan. Dengki mendengki sesama sendiri, hasut-menghasut tidak berhenti. Yang kuat menindas yang lemah. Arak, judi dan sebagainya terus diamalkan. Sebab itulah tentera kita kalah."

Mendengar kata-kata itu, Heraclius tiba-tiba diam lalu berkata:

"Kamu membenarkan apa yang aku sangka."

*************************************************************************************************************************

 Semasa berlaku peperangan di Yarmuk, Heraclius berada di Antioche, sebuah bandar yang terkenal di Turki pada masa itu. Beliau membenarkan kata-kata itu kerana beliau sendiri pernah berhadapan dengan tentera-tentera Islam dan banyak mengetahui tentang tentera-tentera Islam itu.

 Heraclius turut bertanya kepada salah seorang tenteranya yang pernah ditawan oleh tentera Islam, tetapi kemudiannya dibebaskan. Heraclius bertanya kepada tenteranya itu:

 "Beritahu aku keadaan tentera Islam yang kamu saksikan semasa di dalam tawanan dahulu."

 Tentera itu menjawab:

"Tuanku, hamba akan memberitahu tuanku mengenai tentera-tentera itu seolah-olah tuanku sedang melihat mereka. Mereka adalah pahlawan-pahlawan perkasa pada siang hari dan peyembah-penyembah Tuhan yang taat pada malamnya. Mereka tidak memakan yang dilarang. Setiap kali mereka bertemu, mereka memberi salam. Kejahatan dihapuskan. Kebaikan diteguhkan."

 Kata Heraclius:

 "Sekiranya semuanya itu benar, mesti mereka berjaya menguasai tempat aku berpijak sekarang ini."

 Jangkaan Heraclius mengenai Muhammad dan pengikut-pengikutnya dapat menguasai negara Rom terbukti benar setelah Rom yang gagah itu dikalahkan oleh umat Islam.




 Daripada kisah ini,jelas sekali ketaatan kepada hukum-hukum Allah keseluruhannya menjanjikan kemenangan di dalam peperangan umat Islam. Mereka yakin terhadap janji-janji Allah SWT terhadap orang yang patuh dan taat kepadanya. Tentera-tentera Islam mempunyai bilangan yang amat sedikit berbanding tentera-tentera musuh tetapi mereka sabar dan taat kepada perintah Rasulullah SAW dan bertaqwa, dan sabar itu bukan perkara mudah. Akhirnya, Allah yang Maha Menepati Janji memberikan kemenangan kepada umat Islam. Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran, ayat 200:

 "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

 Dalam masa yang sama, mereka tidak menzalimi tawanan mereka sebagaimana mereka taat kepada perintah Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW:

 "Berperanglah dengan nama Allah. Pada jalan Allah. Perangilah orang-orang kufur dengan Allah dan jangan sesekali melampaui batas. Jangan mengkhianati mereka dan  jangan mencincang mayat mereka dan jangan membunuh kanak-kanak."(Hadis Riwayat Muslim)

 Allahua'lam bisshowab. Apabila peperangan menjadi ibadat dan amalan yang baik, tidak diberi ganjaran oleh Allah SWT kecuali disertakan dengan kejujuran dan ikhlas kerana Allah SWT.~

*InsyaAllah..=)



Wednesday, November 23, 2011

Puasa Sunat Asyura

 .::~*SeLaMaT MeNuNaiKaN IbaDaT Puasa SuNaT AsYuRa*~::.




Daripada Abu Qatadah Radiyallahu’anh bahawa Rasulullah ditanya akan puasa hari ‘Asyura. Maka sabdanya : “ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. Di dalam riwayat yang lain “..adapun puasa pada hari ‘Asyura menghapuskan dosa tahun sebelumnya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Puasa Sunat Asyura iaitu pada 10 Muharram merupakan salah satu ibadah sunat yang sangat-sangat dituntutseperti yang dinyatakan dalam hadis shahih berikut.

1.Ibnu 'Abbas menceritakan:

"Apabila Rasulullah datang ke Madinah, beliau melihat orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura lalu beliau bertanya:

 "Apakah ini?"

Mereka menjawab:

"Hari ini adalah hari yang baik kerana pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan bangsa Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa".

Lalu beliau berkata:

"Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu".

Beliau pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa."

(Hadis Riwayat Bukhari)


2. Aisyah RA berkata:

"Rasulullah mengarahkan supaya berpuasa pada hari Asyura. Apabila puasa Ramadhan difardhukan, siapa yang hendak berpuasa(hari Asyura) maka dia boleh berpuasa dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka(tidak berpuasa)".

(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)


3. Daripada Aisyah RA katanya:

"Orang Quraish di zaman jahiliah berpuasa pada hari Asyura. Apabila Beliau datang ke Madinah, beliau berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari Asyura lalu Beliau berkata:

"Siapa yang mahu, dia boleh berpuasa (sunat Asyura) dan siapa yang tidak mahu berpuasa, dia boleh meninggalkannya."

(Hadis Riwayat oleh Bukhari & Muslim)


  Puasa Asyura kemudian disunatkan pada 9 Muharam untuk tidak meniru kaum Yahudi dan Nasrani yang membangga-banggakan puasa Asyura pada 10 Muharam semata-mata.


 Daripada Ibn Abbas R.A bahawa Rasulullah ketika berpuasa pada hari ‘Asyura dan mengalakkan untuk berpuasa. Kemudian para sahabat bertanya : 


“Ya Rasulullah, sesungguhnya hari tersebut (‘Asyura) merupakan hari ini adalah hari yang diagung-agungkan oleh Yahudi dan Nasrani. Kemudian baginda bersabda : jika tiba tahun berikutnya – insyaAllah – kita akan berpuasa pula pada hari kesembilan”.


 (Hadis Riwayat Muslim) 

Ibn Abas berkata: “Belum sampai tahun depan, Nabi SAW sudah pun meninggal dunia.”



 (HR. Muslim no. 1134) 

Namun, sebelum tiba puasa Asyura pada tahun berikutnya, Baginda SAW wafat.

 Hal yang demikian jelas menunjukkan kesungguhan baginda ingin berpuasa tetapi tidak kesampaian. Walaubagaimanapun, para ulama bersetuju untuk menyatakan ini menunjukkan betapa Nabi Muhammad SAW ingin melakukan perbezaan daripada amalan ahli kitab. Ini juga dijelaskan oleh satu athar daripada Ibnu Abbas : 



( صوموا التاسع والعاشر خالفوا اليهود ) 

“Berpuasalah pada hari kesembilan dan kesepuluh, dan bezakanlah (dari meniru) Yahudi” 



(Musnad Abdurrazak) 

Ini juga membawa maksud bahawa Rasulullah tidak menyukai meniru orang kafir. Ini dapat dibuktikan dengan banyaknya hadith yang menegah kita meniru orang-orang kafir. 



 Antara hadis yang melarang umat islam menyerupai orang kafir ialah:


*Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa yang menyerupai satu satu kaum, maka ia telah menjadi golongan mereka”. 


(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan at- Tabrani). 


*“Bersabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam : 


"Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) karena mereka itu memotong (mencukur) jenggot mereka dan memanjangkan (memelihara) kumis mereka."


(Hadis Riwayat Muslim).


Sedangkan antara sunnah para Nabi ialah memelihara janggut dan menipiskan kumis:


*Dari Aisyah berkata : Sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam : 


"Sepuluh perkara dari fitrah (dari sunnah nabi-nabi) diantaranya ialah mencukur kumis dan memelihara janggut." 


(Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud, at Tirmidzi, an Nasaii dan Ibn Majah.)

Saturday, November 19, 2011

Kelebihan Puasa As-Syura

من صام يوم عاشوراء كتب الله له عبادة ستين سنة بصيامها٬ومن صام يوم عاشوراء
 أعطى ثواب ألف حاج و معتمر.


Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam), Allah akan tulis pahala ibadat baginya selama 60 tahun dengan puasa dan qiamnya dan siapa yang berpuasa pada hari As-Syura’ akan diberi pahala seribu malaikat dan siapa yang berpuasa hari As-Syura akan diberi pahala seribu orang yang menunaikan haji dan umrah.”

Ulasan Sarjana

Ini adalah petikan hadis yang panjang yang menyebut tentang kelebihan puasa pada hari Asyura. Ibn ‘Arraq al-Kannani di dalam Tanzih al-Syariah menyatakan dalam sanad hadis ini terdapat pelapor bernama Hubaib ibn Abi Hubaib dan dialah yang memalsukan hadis.

Monday, November 14, 2011

Mengusap Mata Semasa Laungan Azan


 من قال حين يسمع المؤذن يقول: أشهد أنّ محمّدا رسول الله:مرحبا بحبيبي وقرّة عيني محمد بن عبدالله صلى الله عليه وسلم٬ ثمّ يقبل
ٳبهاميه ويجعلهما على عينيه لم يرمد أبدا.



Maksudnya : " Sesiapa yang berkata ketika mendengar tukang azan melaungkan(Ashaduanna Muhammadarrosulullah):" Selamat datang wahai kekasihku dan penyejuk mataku Muhammad bin Abdullah,” Kemudian mencium kedua ibu jarinya dan menyapu dia atas kedua matanya, nescaya tidak akan rabun selama-lamanya.”

ULASAN SARJANA

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin Abi Bakar al-Radad al-Yamani (seorang sufi) dalam bukunya Mujibat al-Rahmah wa ‘Aza’im al-Maghfirah.

**  Al-Hafidz al-Sakhawi dalam buku al-Maqasid al-Hasanah berkata:


“Terdapat dalam sanadnya para pelapor yang majhul(tidak dikenali) disamping sanadnya juga terputus daripada al-Khidir.”

·       **  Al-‘Ajluni dalam buku Kasyf al-Khafa’ juga member Ulasan tentang hadis ini. Katanya: 

“T   "Tiada yang sahih pada yang marfu’(dari Rasulullah) daripada semua ini.”