Dalam Islam dosa yang dilakukan oleh seseorang itu tidak akan ditanggung oleh orang lain. Jika anak zina tidak dapat masuk syurga disebabkan kesalahan zina yang dilakukan oleh ibunya, ini jelas bertentangan dengan prinsip islam seperti yang dinyatakan dalam beberapa potongan ayat dalam al-Quran, antaranya dalam surah al-An'am, ayat 164:
"Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya."
Bahkan hal ini turut diperkukuh lagi dengan hadis yang disampaikan oleh Aisyah RodhiAllahu 'Anha:
"Anak zina tidak menanggung sedikit pun daripada dosa ibu bapanya."
(Direkodkan oleh Tabrani, al-Sakhawi berkata sanad hadis ini baik)
*Allahu A'lam Bisshowab
Friday, February 3, 2012
Sunday, January 29, 2012
Anak Zina Tidak Masuk Syurga
لا يدخل الجنّة ولد زنا,ولا ولده ولا ولده
"Tidak akan masuk syurga anak zina, tidak masuk juga anaknya dan anak kepada anaknya(cucu)."
Ulasan Sarjana
- Dalam sanad hadis ini terdapat seorang pelapor haadis iaitu Abu Israil dan dia seorang yang lemah.
Terdapat satu hadis lain yang bertaraf lemah yang menyebut perkara yang hampir sama, iaitu:
لا يدخل ولد الزّنا ولا شىء من نسله الى سبعة آباء الجنّة
"Tidak akan masuk syurga anak zina dan begitu juga keturunannya sampai tujuh keturunan."
- Hadis di atas ini pula dihukum lemah disebabkan ada dua orang pelapor yang lemah dalam sanad tersebut iaitu Ibrahim bin Muhajir al-Bajali dan Muhammad bin Abd al-Rahman bin Abi Zubab.
- Beberapa pakar hadis memberikan komen mereka terhadap kedua-dua pelapor ini. Antaranya ialah al-Hafidz Ibn Hajar yang mengatakan Ibrahim bin Muhajir adalah seorang pelapor yang benar tetapi lemah hafalannya. Manakala Abd Rahman bin Abi Zubab pula, Ibn Hajar memasukkannya dalam pelapor yang tidak dikenali (majhul).
**Allahu A'lam Bisshowab,pokoknya orang lain tidak menanggung dosa yang lain.Allah SubhanAllah Ta'ala itu Maha Adil.
Wednesday, January 11, 2012
Himpunan Doa Dalam Surah Ali Imran
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya."(8)
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka; (Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur "
"Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan; dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)"
"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.."
"Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu;oleh itu suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu)"
"Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami,dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir."
"Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti.."
"Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu,dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.."
Selamat Beramal...=)
Friday, December 2, 2011
Himpunan Doa Dalam Surah Al-Baqarah
"...Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka..."(126)
"...Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui"(127)
"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;"(128)
"Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"(129)
"...Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka."(201)
"..Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"(250)
"..Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"(286)
**Selamat Beramal..Jika ada penambahan,silakan tambah agar bertambah ilmu dan ditambah..=)
Allahua'lam Bisshowab..
Pesanan Hikmah Para Wanita Solehah Terdahulu
"Dunia dan Akhirat itu ibarat dua wanita yang dimadu.
Apabila engkau senang(pada) salah satu(antara) keduanya, maka akan marahlah yang lain."
(Saidina Ali RA)
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 269:
“Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan sesiapa yang diberikan Hikmat itu maka sungguh ia telah berikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang yang menggunakan akal fikirannya.”
Terdapat banyak wanita solehah dalam sejarah Islam yang boleh dijadikan sebagai contoh kepada kita atau ikutan wanita-wanita sekarang. Mereka juga merupakan pemberi semangat kepada wanita yang berusaha untuk menjadi wanita yang solehah.
Dan harus kita ingat bahawa apa sahaja yang Allah jadikan adalah suatu pengajaran bagi orang-orang yang berpengetahuan, berfikir dan mendengar nasihat dan berusaha untuk mencapai keredhaan Allah SWT.Para wanita yang Berjaya mendapat gelaran wanita solehah ini, bukan akhlak dan ibadah mereka sahaja tinggi, malah kata-kata mereka juga berhikmah kerana mereka hanya berkata-kata sesuatu yang benar dan mengajak orang ke arah kebaikan.
Ini adalah hikmah-hikmah yang ditinggalkan oleh para wanita solehah yang boleh dijadikan sebagai peringatan dan panduan.
**Fatimah An-Naisaburi RA**
”Barangsiapa yang tidak dapat memperoleh perhatian daripada Allah, mereka akan melangkahkan kaki mereka ke mana-mana sahaja tempat dan bercakap apa sahaja mengikut kemahuan hati mereka. Barangsiapa yang diperhatikan Allah, mereka akan membisukan mulutnya kecuali kebenaran serta sentiasa mempunyai sifat malu dan ikhlas kepadaNya.”
“Pada hari ini, orang yang jujur dan bertaqwa bagaikan di lautan yang bergelora, terumbang-ambing dilambung ombak. Dia berdoa kepada Tuhannya bagaikan orang yang tenggelam, memohon supaya dikeluarkan daripada petaka dan selamat.”
“Barangsiapa yang beramal kerana Allah agar dapat bermusyahadah, mereka ialah orang yang makrifat dan barangsiapa yang beramal agar dilihat Allah, dia adalah orang yang ikhlas.”
Kata-kata Fatimah Radhiallahu 'Anha ini bertepatan dengan hadis Baginda Shallallahu 'Alaihi Wasallam:
Pada suatu hari, Dzu An-Nun Al-Misri berkata kepada Fatimah:
“Sembahlah Allah SWT seolah-olah engkau melihatnya dan jika engkau tidak melihatnya, Sesungguhnya Allah melihatmu.”[Hadis Riwayat Muslim]
Pada suatu hari, Dzu An-Nun Al-Misri berkata kepada Fatimah:
"Nasihatilah aku"
Beliau menjawab:“Istiqamahlah terhadap kejujuranmu serta perangilah hawa nafsumu dalam perbuatan dan perkataanmu.."
kerana firman Allah Subhanallahi Ta'ala dalam surah Muhammad, ayat 21:
"Ketaatan dan perkataan yang baik yang diredhai Allah. Maka apabila perkara perang itu diwajibkan, maka kalaulah mereka bersifat jujur kepada Allah dengan mematuhi perintahNya, tentulah yang demikian itu amat baik bagi mereka"
**Lubabah**
Beliau merupakan seorang wanita ahli ibadah pernah berkata:
“Ma’rifatullah menghasilkan mahabbah, mahabbah menghasilkan rindu, rindu membuahkan manja, dan manja menjadikan seseorang itu selalu mengabdi kepadaNya serta rela atas segala ketentuannyaNya.”
**Aisyah binti Uthman**
Beliau menasihati puterinya:
“Janganlah engkau senang dengan perkara fana dan janganlah engkau sedih atas sesuatu yang sudah pegi. Berbahagialah engkau dengan mengabdikan diri kepada Allah serta bersedihlah atas keruntuhan darjatmu di mata Allah.”
Beliau juga pernah berkata:
“Barangsiapa yang tidak mahu untuk mendekatkan diri kepada Allah, hal tersebut menunjukkan betapa minimanya kemanjaannya kepada Tuhannya(Allah).”
Beliau juga berkata:
“Barangsiapa yang memandang remeh tentang seorang hamba, dia adalah orang yang sangat sedikit sekali pengetahuan mengenai junjungannya. Barangsiapa yang mencintai penciptanya, nescaya dia akan mencintai ciptaanNya.”
**Bahriah**
Seorang wanita ahli ibadah berkata:
“Jika hati meninggalkan syahwat, ilmu akan menjadi dekat, mengikuti, dan hati akan menerima segala sesuatu yang datang pada hati.”)maksudnya anugerah yang dicurahkan Allah daripada pelbagai ilham)
**Saudari Abu Sulaiman Ad-Darani**
Beliau pernah berkata:
“Orang-orang fakir semuanya mati, kecuali orang-orang yang dihidupkan Allah SWT dengan kekuatan qana’ah serta redha dengan keadaan fakirnya.”
**Zubdah**
Beliau merupakan saudara perempuan Basyar Al-Kafi yang berkata:
“Dosa adalah sesuatu yang paling berat bagi hamba dan sesuatu yang paling ringan bagi hamba ialah taubat. Mengapa dia tidak menolak sesuatu yang paling berat dengan sesuatu yang ringan.”
Hayatilah apa yang tersirat di sebalik kata-kata hikmah wanita solehah ini dan amalkannya kerana kita tidak rugi maupun dirugikan.Mereka manusia seperti kita, inginkan keseronokan hidup tetapi memilih untuk mendekatkan diri kepada Allah.Betapa mulianya mereka dan hamba Allah yang solehah maupun soleh mereka tidak berkata yang sia-sia malah kata-kata mereka sering menyeru orang lain mengingati Allah dan mendekati Allah SWT.Allahua’lam.
[Kisah-kisah para wanita solehah ini diambil daripada Kitab-Kitab:Sifatu As-Safwah,Zikir An-Niswah al-Muta’abiddaat & A’laam an-Nisaa’]
Subscribe to:
Comments (Atom)















