Sunday, April 29, 2012

╰⊰⊹✿ JiHaD HaTi╰⊰⊹✿ *


 .رجعنا من الجهاد الأصغر الى الجهاد الأكبر,قالوا:وما الجهاد الأكبر؟ قال:جهاد القلب 


Maksudnya: "Kita pulang dari jihad yang kecil kepada jihad yang lebih besar".Para sahabat bertanya:"Apakah jihad yang lebih besar?" Nabi Muhammad menjawab:"Jihad hati(memerangi hawa nafsu."


Ulasan Sarjana



  • Ibnu Taimiyah dalam Majmuat al-Fatawa berkata:
        "Hadis ini tidak ada asal usulnya dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli 
       ilmu yang mengatakan hadis ini daripada perkataan dan perbuatan Rasulullah ."
  • Al-'Ajluni dalam Kash al-Khafa' menukilkan kata-kata al-Hafidz Ibn Hajar: Hadis ini terkenal di kalangan orang ramai dan adalah perkataan Ibrahim bin 'Ablah.
Dalam hadis lain disebutkan ketika sampai kepada Nabi Muhammad satu kumpulan yang pulang dari perang Jihad, beliau berkata:"Kamu kembali dengan sebaik-baik kembali dari jihad yang kecil kepada jihad yang lebih besar"

Beliau ditanya:"Apakah jihad yang lebih besar?" Nabi Muhammad menjawab:"Mujahadah seorang hamba terhadap hawa nafsunya."

Al-Baihaqi dalam al-Zuhd al-Kabir, selepas meriwayatkan hadis ini menyebut:

"Terdapat kelemahan pada sanad hadis."

Ini kerana pada sanad hadis ini terdapat pelapor yang bernama Laith bin Abi Sulaim. Ibn Hajar dalam Taqrib al-Tahzib berkata bahawa dia adalah : 'Saduq' dan bercampur aduk akalnya(nyanyuk) serta tidak dapat membezakan hadisnya, maka dia ditinggalkan.






Saturday, April 28, 2012

Islam Tidak Bersalah

In suratul Ali Imran, ayatul 19 :
"Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam."
OR
"Indeed, (a true and acceptable) in Allah's sight is Islam."







AllahuAkbar..La Tahzan Inna Allaha Ma'ana!!!!!!



Friday, February 3, 2012

Anak Zina Tidak Memikul Dosa Ibu Bapa ?

 Dalam Islam dosa yang dilakukan oleh seseorang itu tidak akan ditanggung oleh orang lain. Jika anak zina tidak dapat masuk syurga disebabkan kesalahan zina yang dilakukan oleh ibunya, ini jelas bertentangan dengan prinsip islam seperti yang dinyatakan dalam beberapa potongan ayat dalam al-Quran, antaranya dalam surah al-An'am, ayat 164:


"Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya."

Bahkan hal ini turut diperkukuh lagi dengan hadis yang disampaikan oleh Aisyah RodhiAllahu 'Anha:


"Anak zina tidak menanggung sedikit pun daripada dosa ibu bapanya."
(Direkodkan oleh Tabrani, al-Sakhawi berkata sanad hadis ini baik)


*Allahu A'lam Bisshowab

Sunday, January 29, 2012

Anak Zina Tidak Masuk Syurga

لا يدخل الجنّة ولد زنا,ولا ولده ولا ولده

"Tidak akan masuk syurga anak zina, tidak masuk juga anaknya dan anak kepada anaknya(cucu)."

Ulasan Sarjana

  •  Dalam sanad hadis ini terdapat seorang pelapor haadis iaitu Abu Israil dan dia seorang yang lemah.


Terdapat satu hadis lain yang bertaraf lemah yang menyebut perkara yang hampir sama, iaitu:


لا يدخل ولد الزّنا ولا شىء من نسله الى سبعة آباء الجنّة

"Tidak akan masuk syurga anak zina dan begitu juga keturunannya sampai tujuh keturunan."

  • Hadis di atas ini pula dihukum lemah disebabkan ada dua orang pelapor yang lemah dalam sanad tersebut iaitu Ibrahim bin Muhajir al-Bajali dan Muhammad bin Abd al-Rahman bin Abi Zubab.


  •  Beberapa pakar hadis memberikan komen mereka terhadap kedua-dua pelapor ini. Antaranya ialah al-Hafidz Ibn Hajar yang mengatakan Ibrahim bin Muhajir adalah seorang pelapor yang benar tetapi lemah hafalannya. Manakala Abd Rahman bin Abi Zubab pula, Ibn Hajar memasukkannya dalam pelapor yang tidak dikenali (majhul).
 **Allahu A'lam Bisshowab,pokoknya orang lain tidak menanggung dosa yang lain.Allah SubhanAllah Ta'ala itu Maha Adil.

Wednesday, January 11, 2012

Himpunan Doa Dalam Surah Ali Imran



"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya."(8)




"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami  dari azab neraka;       (Dan  juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur "    


 "Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."



"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan; dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)"


"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.."


"Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu;oleh itu suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu)"


 "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami,dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir."


"Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti.." 


"Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu,dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.." 

Selamat Beramal...=)



Friday, December 2, 2011

Himpunan Doa Dalam Surah Al-Baqarah



"...Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka..."(126)


"...Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui"(127)


"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;"(128)


"Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"(129)


"...Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka."(201)


"..Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"(250)


"..Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"(286)


**Selamat Beramal..Jika ada penambahan,silakan tambah agar bertambah ilmu dan ditambah..=)

Allahua'lam Bisshowab..