Ya Allah ya Tuhanku...
Ku seringkali dihadapkan dengan satu kepastian tentang ketentuan..
Ketentuan yang Engkau tetapkan bagiku..
Iaitu ada hikmah disebaliknya...
Namun...
Mengapa sombong untuk aku bersyukur andai Kau berikanku kemenangan...
Mengapa pahit untuk aku menerima andai Kau berikanku kesusahan....
Mengapa susah untuk rasa syukur mengatasi kegembiraan..
![]() |
| sesungguhnya tidak rugi air mata yang mengalir kerana Allah SWT. |
Mengapa susah untuk rasa sabar mengatasi keluhan hati..
Adakah Engkau hanya menguji aku sahaja sebegini..
ApakahEngkau tidak menguji orang lain sedemikian rupa..
Atau aku sahaja yang tidak mengenali sifat Mu dan kehambaanku..
Wahai ummat Allah SWT..
Mengapa kita sering mengeluh walhal Allah tidak pernah mengurangi atau melebihi kita..
Kita mungkin terlalu lemah kerana berprasangka buruk terhadapNya..
Kita mungkin terlalu kuat kerana merasai lebih berkuasa daripadaNya..
Ayuhla menyembah Allah SWT sebagaimana yang Dia inginkan..
Tundukkanlah hatimu yang mudah menyerah terhadap ujianNya
Dan lalai pula dengan kemewahan yang diberikanNya..
Kerana segala-galanya bermula dengan segumpal darah yang terletak di dalam dadamu..
Namanya ialah hati yang menguasai segala tindak tandukmu..
Maka baikilah hatimu dengan tazkiyatun nafsu...
Baikilah amalanmu sebagaimana sunnah kekasuh Allah SWT,Nabi Muhammad SAW..
Semoga kita tergolong dalam orang yang beruntung di dunia mahupun di akhirat...
InsyaAllah....

No comments:
Post a Comment