Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Friday, December 2, 2011

Pesanan Hikmah Para Wanita Solehah Terdahulu


"Dunia dan Akhirat itu ibarat dua wanita yang dimadu.
Apabila engkau senang(pada) salah satu(antara) keduanya, maka akan marahlah yang lain."
(Saidina Ali RA)



 Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 269:

“Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan sesiapa yang diberikan Hikmat itu maka sungguh ia telah berikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang yang menggunakan akal fikirannya.”

  Terdapat banyak wanita solehah dalam sejarah Islam yang boleh dijadikan sebagai contoh kepada kita atau ikutan wanita-wanita sekarang. Mereka juga merupakan pemberi semangat kepada wanita yang berusaha untuk menjadi wanita yang solehah.

  Dan harus kita ingat bahawa apa sahaja yang Allah jadikan adalah suatu pengajaran bagi orang-orang yang berpengetahuan, berfikir dan mendengar nasihat dan berusaha untuk mencapai keredhaan Allah SWT.Para wanita yang Berjaya mendapat gelaran wanita solehah ini, bukan akhlak dan ibadah mereka sahaja tinggi, malah kata-kata mereka juga berhikmah kerana mereka hanya berkata-kata sesuatu yang benar dan mengajak orang ke arah kebaikan.

 Ini adalah hikmah-hikmah yang ditinggalkan oleh para wanita solehah yang boleh dijadikan sebagai peringatan dan panduan.



 **Fatimah An-Naisaburi RA**


    ”Barangsiapa yang tidak dapat memperoleh perhatian daripada Allah, mereka akan melangkahkan kaki mereka ke mana-mana sahaja tempat dan bercakap apa sahaja mengikut kemahuan hati mereka. Barangsiapa yang diperhatikan Allah, mereka akan membisukan mulutnya kecuali  kebenaran serta sentiasa mempunyai sifat malu dan ikhlas kepadaNya.”

“Pada hari ini, orang yang jujur dan bertaqwa bagaikan di lautan yang bergelora, terumbang-ambing dilambung ombak. Dia berdoa kepada Tuhannya bagaikan orang yang tenggelam, memohon supaya dikeluarkan daripada petaka dan selamat.”

“Barangsiapa yang beramal kerana Allah agar dapat bermusyahadah, mereka ialah orang yang makrifat dan barangsiapa yang beramal agar dilihat Allah, dia adalah orang yang ikhlas.”



 Kata-kata Fatimah Radhiallahu 'Anha ini bertepatan dengan hadis Baginda Shallallahu 'Alaihi Wasallam:


“Sembahlah Allah SWT seolah-olah engkau melihatnya dan jika engkau tidak melihatnya, Sesungguhnya Allah melihatmu.”[Hadis Riwayat Muslim]


 Pada suatu hari, Dzu An-Nun Al-Misri berkata kepada Fatimah:

"Nasihatilah aku"
Beliau menjawab:

“Istiqamahlah terhadap kejujuranmu serta perangilah hawa nafsumu dalam perbuatan dan perkataanmu.."

kerana firman Allah Subhanallahi Ta'ala dalam surah Muhammad, ayat 21:

"Ketaatan dan perkataan yang baik yang diredhai Allah. Maka apabila perkara perang itu diwajibkan, maka kalaulah mereka bersifat jujur kepada Allah dengan mematuhi perintahNya, tentulah yang demikian itu amat baik bagi mereka"


**Lubabah**

 Beliau merupakan seorang wanita ahli ibadah pernah berkata:

“Ma’rifatullah menghasilkan mahabbah, mahabbah menghasilkan rindu, rindu membuahkan manja, dan manja menjadikan seseorang itu selalu mengabdi kepadaNya serta rela atas segala ketentuannyaNya.”

**Aisyah binti Uthman** 

Beliau menasihati  puterinya:


“Janganlah engkau senang dengan perkara fana dan janganlah engkau sedih atas sesuatu yang sudah pegi. Berbahagialah engkau dengan mengabdikan diri kepada Allah serta bersedihlah atas keruntuhan darjatmu di mata Allah.”

Beliau juga pernah berkata:

“Barangsiapa yang tidak mahu untuk mendekatkan diri kepada Allah, hal tersebut menunjukkan betapa minimanya kemanjaannya kepada Tuhannya(Allah).”

Beliau juga berkata:

“Barangsiapa yang memandang remeh tentang seorang hamba, dia adalah orang yang sangat sedikit sekali pengetahuan mengenai junjungannya. Barangsiapa yang mencintai penciptanya, nescaya dia akan mencintai ciptaanNya.”

**Bahriah**

 Seorang wanita ahli ibadah berkata: 

“Jika hati meninggalkan syahwat, ilmu akan menjadi dekat, mengikuti, dan hati akan menerima segala sesuatu yang datang pada hati.”)maksudnya anugerah yang dicurahkan Allah daripada pelbagai ilham)

**Saudari Abu Sulaiman Ad-Darani**

Beliau pernah berkata:

 “Orang-orang fakir semuanya mati, kecuali orang-orang yang dihidupkan Allah SWT dengan kekuatan qana’ah serta redha dengan keadaan fakirnya.”

**Zubdah**   

Beliau merupakan saudara perempuan Basyar Al-Kafi yang berkata:

“Dosa adalah sesuatu yang paling berat bagi hamba dan sesuatu yang paling ringan bagi hamba ialah taubat. Mengapa dia tidak menolak sesuatu yang paling berat dengan sesuatu yang ringan.”

Hayatilah apa yang tersirat di sebalik kata-kata hikmah wanita solehah ini dan amalkannya kerana kita tidak rugi maupun dirugikan.Mereka manusia seperti kita, inginkan keseronokan hidup tetapi memilih untuk mendekatkan diri kepada Allah.Betapa mulianya mereka dan hamba Allah yang solehah maupun soleh mereka tidak berkata yang sia-sia malah kata-kata mereka sering menyeru orang lain mengingati Allah dan mendekati Allah SWT.Allahua’lam.

[Kisah-kisah para wanita solehah ini diambil daripada Kitab-Kitab:Sifatu As-Safwah,Zikir An-Niswah al-Muta’abiddaat & A’laam an-Nisaa’]



Monday, November 14, 2011

.::*~Di Sebalik Syurga~*::.


*gambar ini perhiasan semata-mata


Di Syurga Firdaus itu terdapat empat sungai:


1.Sungai daripada air yang tidak berubah rasa dan baunya.


2.Sungai daripada air susu yang tidak berubah rasanya.


3.Sungai daripada khamar yang lazat rasanya.


4.Sungai daripada madu yang disaring.


Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Muhammad, ayat 15:tafsirnya...


"Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa (ialah seperti berikut): Ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya) dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam Neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama)! "


Allah SWT juga menyediakan empat ragam(jenis) hidangan minuman yang terbuat daripada Jahe, Salsabil, Rahiiq dan Tasnim.


Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Insan, ayat 17-18:tafsirnya...


"Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari "Zanjabil",Iaitu sebuah mata air dalam Syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai "Salsabil".


Firman Allah SWT dalam surah al-Mutaffifin, ayat 25-28:tafsirnya...


"Mereka diberi minum dari satu minuman yang termeterai bekasnya,Meterainya kasturi; dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan;Dan campuran minuman itu adalah dari "Tasnim":Iaitu mata air yang diminum daripadanya oleh orang-orang yang di dampingkan (Tuhan di sisiNya)."


Allahua'lam Bisshowab..tidak salah mengejar syurga kerana syurga itu dariNya..insyaAllah..=)

Sehari Di Mahsyar Menyamai 50 Ribu Tahun Di Dunia



  Di akhirat tidak ada peredaran matahari lantaran matahari telah dilipat oleh Allah SWT, tugasnya telah ditamatkan. Sebab itulah para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, berapa lamakah manusia mesti berada di Mahsyar.


 Dalam hal ini, Abu Said Al-khudri meriwayatkan hadis Rasulullah SAW. Katanya Rasulullah SAW telah membacakan firman Allah SWT,surah al-Ma'arij,ayat 4:
tafsirnya:


"Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahanNya (untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing-masing, terutama) pada satu masa yang adalah tempohnya (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) sungguh panjang, (kerana banyak hitungan hisab dan berat soal jawabnya). "


selain itu,tafsirnya:


"Malaikat-malaikat dan Jibril naik(menghadap) kepada Tuhan sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun."


 Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT menjelaskan mengenai para malaikat dan juga Jibril yang saban hari menghadap Tuhan, kadar masa bagi satu hari di alam malaikat itu ialah 50 000 tahun. Demikianlah bandingan masa bagi satu hari yang ditempuh oleh para malaikat bersamaan dengan lima puluh ribu tahun.


 Para ulama membandingkan alam akhirat itu berdasarkan ayat 4 surah al-ma'arij, iaitu dengan kadar bagi satu hari itu bersamaan dengan lima puluh ribu tahun. Sekiranya manusia berada selama sebulan(30 hari) di akhirat, bandingannya dengan tahun dunia ialah 1.5 bilion tahun.Betapakah halnya jika seseorang itu terdampar di Mahsyar selama 50 000 tahun akhirat?


"Alangkah lamanya,"kata para sahabat apabila mendengar baginda membacakan surah al-Ma'arij yang menjelaskan kadar bandingan masa dunia dan akhirat itu.kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi bagi menyahut keluhan para sahabat itu dengan sabdanya yang bermaksud;


"Demi jiwaku yang berada di dalam genggaman Tuhan, sesungguhnya Allah SWT meringankan(tempoh masa di akhirat) bagi orang mukmin hanya sekadar lama masa bagi tempoh waktu melakukan solat fardhu."


 Singkatnya masa yang bakal ditempuh oleh orang-orang mukimin sekadar satu solat fadhu. Sesungguhnya masa yang digunakan bagi melakukan solat fardhu itu lebih kurang lima minit, bagi orang mukmin lima minit itu sememangnya terlalu ringan,malah mereka merasa tenang melakukan solat setenang ikan di dalam air. Walaupun masa yang digunakan bagi melakukan solat yang khusyuk itu lebih daripada 10 minit, namun mereka merasa seolah-olah hanya sekejap sahaja.


 Lebih-lebih lagi bagi orang yang melakukan solat dengan khusyuk, yang sentiasa mengikuti makna bacaan surah. Apabila dibacanya surah-surah yang menyebut hari kiamat, mengenai gegaran bumi ketika bumi digoncang untuk dikiamatkan dan seumpamanya, maka mereka akan bertambah khusyuk malah dengan linangan air mata. Dalam suasana begitu mereka tidak akan memikirkan berapa lama solat yang dilakukan, lantaran jiwa mereka tenggelam dalam rasa khusyuk.


Tetapi bagi golongan fajir dan munafik, solat yang dilakukan dengan malas, terasa bagai beban berat yang menyulitkan. Apabila melakukan solat dilakukan dengan pantas dan tergopoh-gapah,hati mereka gelisah seperti burung dalam sangkar, lebih-lebih lagi jika imam membaca surah yang agak panjang, maka mereka gelisah dan hati mereka berkeluh kesah. Dalam hati mereka mengutuk imam tersebut yang membaca ayat yang panjang-panjang, mereka mempersoalkan imam tersebut,mengapakah imam membaca surah yang panjang-panjang?


 Bagi golongan seperti itu, mengerjakan solat yang hanya ambil masa 5 minit sudah dirasakan terlalu lama, sebab itu mereka lebih senang meninggalkan solat. Apabila ditanya mengapa mereka tidak mengerjakan solat? Jawabnya,kerana sibuk."Banyak kerja, tidak sempat hendak sembahyang,".Bagi mereka menyudahkan solat seperti orang sakit yang teramat sangat menunggu lama untuk sembuh.mereka lebih sanggup mengerjakan puasa, sanggup berlapar dan dahaga sepanjang hari di bulan Ramadhan, tetapi tidak sanggup mengerjakan solar walaupun beberapa minit sahaja.


*Fajir>>>derhaka/orang yang suka melakukan maksiat/sihir


Bagi golongan mukmin yang sebenar, tempoh masa yang bakal dilalui di padang Mahsyr selama 50 000 itu terasa amat singkat, seolah-olah seperti melakukan satu solat fardhu sahaja.Demikian anugerah Allah SWT kepada golongan mukmin, sesuatu kebahagiaan yang dilalui oleh seseorang terasa masa berlalu amat singkat. Sebaliknya jika derita yang dialami pasti terlalu lama walaupun sebenarnya hanya sekejap.


 Demikian peristiwa Mahsyar, di mana ukuran masa yang dilalui setiap orang itu ditentukan oleh Allah SWT semata-mata, Allah yang memanjangkan dan memendekkan masa.Dialah yang meringankan dan memberatkan suatu tanggungan.


 Sebab itulah Rasulullah SAW sering berdoa kepada Allah SWT supaya memudahkan yang sukar:


"Allahumma 'Yassirli Kulla 'Asir"


 Kenapakah baginda berdoa begitu?Tidak lain tidak bukan memudahkan perkara yang sukar..Siapa yang memudahkan?Tiada yang berkuasa memudahkan iaitu Allah SWT dan itu adalah mudah bagi Allah SWT...

*sama2lah beramal dengan ikhlas..takutlah kepada azabnya..carilah redhaNya....insyaAllah..

Saturday, November 5, 2011

Kisah Si Angkuh Yang Bongkak Terhadap Allah SWT

  


  Dalam al-Quran diceritakan perihal seorang lelaki yang diberi Allah kurnia berupa dua kebun anggur. Kedua kebun itu dikelilingi pohon-pohon kurma. Dan di antara dua kebun itu dibuatkan ladang. Dan dialirkan sungai di celah-celah kedua kebun tersebut. Kedua kebun itu menghasilkan buah yang melimpah ruah.Dengan tuaian besar setiap musimnya itu si pemilik kebun  menjadi kaya raya. 

 Akan tetapi kekayaan yang dimilikinya tidak menjadikan lelaki itu rendah hati di hadapan Allah, apatah lagi mensyukuri kurnia Allah yang diberikan kepadanya. Pemilik kebun itu tidak mahu berterima kasih kepada Allah atas kurnia yang telah diberikan Allah kepadanya. Dia lalu bersikap kufur(ingkar) dan melampaui batas.

 Dia bahkan bersikap bongkak dan menafikan rahmat Allah atas kekayaan yang dimilikinya. Dia dengan sombong berkata sesamanya:

Surah al-Kahfi, ayat 34:

"Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah dia kepada rakannya, semasa dia berbincang dengannya: Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai."

Surah al-Kahfi, ayat 35:

"Dan dia pun masuk ke kebunnya (bersama-sama rakannya), sedang dia berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan sebab kufurnya), sambil dia berkata: Aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya."

 Dia bahkan menganiayai dirinya sendiri ketika berkata di kebunnya: "Aku kira kebun ini tidak akan binasa selama-lamanya.".Lelaki kafir itu bahkan bertambah ingkar kepada Allah dengan menafikan adanya hari kiamat dan hari kebangkitan :

Surah al-Kahfi, ayat 36:

"Dan aku tidak fikir, hari kiamat akan berlaku.."

 Keangkuhan si pemilik kebun itu bahkan sampai pada titik didihnya dengan ucapan keangkuhannya:

Surah al-Kahfi, ayat 36:

"Dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sebagaimana kepercayaanmu), tentulah aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini."

 Atas kekufuran(keingkaran) dan kebongkakan pemilik dua kebun itu, Allah menyegerakan hukumanNya kepada manusia itu:

Surah al-Kahfi, ayat 42:

"Dan segala tanaman serta hartabendanya itupun dibinasakan, lalu jadilah dia membalik-balikkan kedua tapak tangannya (kerana menyesal) terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada kebun-kebunnya, sedang kebun-kebun itu runtuh junjung-junjung tanamannya; sambil dia berkata: Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku."


**Allahua'lam..sama2 jadikannya sebagai peringatan buat kita..takutlah kepada Allah SWT..semoga kita tergolong sebagai hambaNya yang bersyukur..amiin..

Tuesday, November 1, 2011

Teguran Berhikmah Rasulullah SAW Kekasih Allah SWT








  Dalam Peperangan Khandaq itu semua bekerja keras siang malam.Mulanya bekerja menggali parit, sesudah itu berjaga siang dan malam.Besar dan kecil, tua dan muda. Kanak-kanak dan perempuan-perempuan dipelihara dalam benteng(Athaam) dan dikawal.Zaid bin Tsabit yang kemudiannya terkenal sebagai seorang yang dititahkan oleh Khalifah Rasulullah s.a.w iaitu Abu Bakar As-Siddiq dan muda,turut sama bekerja keras menggali tanah, memikul pasir, dan memecahkan batu. Rasulullah pernah mengatakan:


"Amaa Innahu Ni'mal Ghulaam"("Adapun dia itu sesungguhnya adalah anak yang baik!") 

Rupanya oleh kerana sangat lelah bekerja dan berjaga, dan hari sangat dingin, dia masuk ke dalam parit itu sampai di sana dia tertidur dan senjatanya terlepas dari tangannya. Datang seorang pemuda lain yang bernama Ammarah bin Hazem, diambilnya senjata yang telah terjatuh itu dan disimpannya. Setelah dia terbangun dari tidurnya dilihatnya senjata tak ada lagi. Dia pucat terkejut dan cemas.Maka tibalah Rasulullah di tempat itu.

Setelah Baginda lihat Zaid baru bangun dari tidurnya, berkatalah Baginda,

"Hai Abaa Ruqaad!(Hai Pak Penidur), engkau tertidur dan senjatamu terbang!"

Tetapi wajah Baginda tidak membayangkan marah sedikit juga, sehingga Zaid bertambah takut disertai malu. Lalu Baginda melihat sekeliling dan bertanya,

"Siapa yang menolong menyimpan senjatanya?" Ammarah menjawab

"Saya yang menyimpannya, ya Rasulullah!"

Lalu Baginda suruh segera kembalikan senjata Zaid dan Baginda bernasihat kepada Ammarah didengar oleh yang lain:

"Saya dibuat seorang Muslim jadi cemas dengan menyembunyikan senjatanya sebagai senda gurau."

(maksudnya seorang muslim menyebabkan saya cemas kerana menjadikan penyembunyian senjatanya sebagai gurauan)

Suasana memimpin yang seperti itu adalah teladan yang baik kepada Panglima Perang yang menyerahkan tenteranya ke medan pertempuran.Baginda tahu benar Zaid itu seorang anak yang baik. Tertidur kerana sudah sangat lelah, bukannya dapat dilawan kepenatan itu. 

Sambil bergurau saja beliau menegur, namun kesannya kepada Zaid besar sekali


*Baginda menegur secara berhikmah,bergurau senda dalam masa yang sama menegur,contoh terbaik

*Firman Allah,


" Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). "(al-ahzab:21)


**Allahua'lam...Allahummasolli a'la Saiyidina Muhammad...habiballah...Sofiyallah...

Thursday, October 27, 2011

Rendah Hati (Tawadhu')



  Wanita yang solehah iaitu wanita yang tidak suka menunjuk-nunjuk keistimewaan dirinya dan kebaikan dirinya. Mereka sentiasa menganggap diri mereka masih belum sempurna berbanding dengan orang lain apatah lagi di hadapan Allah SWT dan amat hamba yang paling rendah di hadapanNya. Inilah sikap rendah hati yang seharusnya menjadi perhiasan muslim dan muslimah kepada saudara sesama muslim yang akan mendorong muslim semakin mengejar untuk mengerjakan kebaikan dan ibadah untuk menambat keredhaan Allah SWT terhadap dirinya.






Firman Allah SWT dalam surah al-Syu'ara,ayat 215:

"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman."

Sikap rendah diri yang ditanam oleh Allah ke dalam hati mereka menyebabkan mereka masih disebut-sebut sehingga hari ini kerana ternyata kemurnian akhlak mereka itu benar dan bukan kepuraan, maka Allah memuliakan mereka.



Sabda Rasulullah SAW:

"Tidaklah seorang itu berendah hati, kecuali Allah memuliakan darjatnya."[shahih Muslim]



Antara kisah dan contoh teladan wanita-wanita yang terkenal sebagai ahli ibadah, wanita solehah dan ketakwaannya sehingga mereka layak dijadikan ikutan.

*Dari Ibrahim bin 'Ablah, dia berkata: "Aku berkata kepada Ummu Darda':

"berdoalah untukku!"


Ummu Darda' menjawab:

"Apakah aku sudah sampai kepada darjat itu?"

Ucapan sebegini juga keluar dari mulut Maimun Mahran:

"Aku tidak pernah menemuinya pada waktu solat kecuali aku mendapatinya sedang
solat."
[Shifatu As-safwah,4/296]



*Ketika seorang lelaki meminta Rabi'atul Adawiyah, dia berkata kepadanya:

"Doakanlah aku, aku akan bersandar di dinding."

Rabi'ah menjawab:

"Siapakah, aku atau Allah yang merahmatimu? Taatlah kepada Tuhanmu dan
berdoalah!Sesungguhnya Dia mengabulkan permohonan orang-orang yang
tertekan."


Kata-kata Rabi'ah yang masyhur ialah:

"Aku meminta ampunan dari Allah atas sedikitnya kejujuran dalam ucapanku,
Astaghfirullah.."
[Shifatu As-safwah,4/28]



*Sya'wanah, seorang wanita yang kerap menangis kerana Allah SWT. Muhammad Bin Mu’adz  
  r.a berkata:

“Salah seorang wanita yang rajin beribadah bercerita kepadaku, katanya:

“suatu malam, aku bermimpi seakan-akan aku hampir dimasukkan ke surga. Ternyata
ada banyak orang telah berdiri didepan pintu surga.Aku bertanya mengapa
berkumpul di depan pintu itu?
Diantara mereka ada yang berkata:

“Sesungguhnya surga telah dihias untuk menyambut kedatangan seorang wanita,
sehingga orang-orang itu keluar untuk menyambutnya.”


Aku bertanya,:

“Siapakah dia?”
Dikatakan:

"Dia adalah budak hitam dari Aikah yang bernama Sya’wanah.” Aku berkata:

“Demi Allah, ia adalah saudaraku.”


Tidak lama kemudian Sya’wanah datang dengan pakaian mewah menaiki sebuah unta yang dihiasi dengan megah.Maka aku memanggilnya dan berkata:

“Wahai saudaraku, tidakkah engkau ingat dengan hubunganku denganmu?’ Berdoalah kepada Allah agar menjadikan aku besertamu.”


Maka dia tersenyum dan berkata:

“Belum datang waktu keberangkatanmu, tetapi jangan lupa pesanku mengenai dua hal, yakni kuatkan cita-citamu untuk akhirat, dan kecintaanmu kepada Allah SWT. hendaknya mengalahkan keinginanmu. Janganlah engkau peduli tentang waktu kematianmu yang masih lama, yakni bersiap-siaplah untuk maut”.
[Maulana Muhammad Islam ; Rahsia setelah kematian.]



*Aisyah Al-Muruziyah, isteri Ahmad As-Sirriy berkata:

"Aku tidak pernah makan makanan lazat kecuali bersama orang-orang fakir, atau dalam pantauan merreka atau di hadapan mereka."[Zikir an-Niswah al-Muta'abbidaat]








♥♥**~Semoga Kita Jadi Terus Bersemangat Dalam Mengerjakan Amal Ibadah Dan Mengamalkan Kebaikan Dalam Menyempurnakan Rasa Kehambaan Terhadap Allah SWT Dengan Tawadhu' ~**♥♥

Tuesday, October 25, 2011

Musibah, Taubat dan KeampunanNya




To You, the creator, I raise my longing…
And Even if I am an evildoer, a criminal, O a possessor of kindness and generosity!
When my heart become constricted
And my paths become narrow…
I took my hope in YOUR PARDON and forgiveness as I can escape..
You are and still remain the only one who can forgive my sins…
Your grant and forgive out of your benevolence and generosity…
Are you not the one who has provided for me and guided me..?
And have you not ceased being gracious to me and full of favours..?
Wishing that the beneficient one will forgive my mistakes
And cover up my crime and what has gone forth…
So if You forgive me, You have forgiven a SINNER..
A rebellious, appressive, tyrant still sinning..
And if You have to seek revenge from me,
I would not despair…
Even if  they entered my soul into Jahannum due to my sins..
Eloquent when he make mention of his Lord…
And in the mention of others than Him, he is not(eloquent)..
He says:
“My Beloved(O God!), You are what I request and desire,
You are enough of a longing & benefit for those who have hope,
I protect my love,lest my desires should spoilt it,
And I preserve the contract of love, lest it be defiled,
In my wakefulness is yearning and in my slumber is destiny,
That’s pursuing my footsteps in ecstacy,
My crime(sins) are great, past and present…
But….your forgiveness comes to the servant, more exalted and more great”…THE GREATEST OF ALL…

Sabar Dan Kelebihannya

Antara kelebihannya di dunia mahupun akhirat ialah..







*Allah menyertai orang-orang yang sabar. Surah al-Baqarah, ayat 153:


“Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.”



*Allah sayang kepada mereka yang sabar. Surah Ali Imran, ayat 146:


“Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai dengan oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah, dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.”


*Orang-orang yang sabar memperoleh berkat yang sempurna, rahmat dan petunjuk. Surah al-Baqarah, ayat 155-157:


“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya.”



*Memperoleh pahala lebih baik dari apa yang dikerjakan. Surah a-Nahl, ayat 96:


“(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.”




*Pahala dicukupkan tanpa batas. Surah az-Zumar, ayat 10:


“Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertakwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat) dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira. “



*Dijanjikan pertolongan Allah SWT. Surah Ali Imran, ayat 125:

“Bahkan (mencukupi dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertakwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.”



*Memperoleh darjat kepimpinan dalam agama. Surah As-Sajadah, ayat 24:


“Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami. “




*Dipuji Allah sebagai manusia utama. Surah As-Syura, ayat 43:

“Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). “



*Dilindungi oleh Allah dari tipu daya musuh.Surah Ali Imran, ayat 120:


“Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertakwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuannya akan apa yang mereka lakukan.”



*Layak masuk syurga.Surah al-Insan, ayat 12:


“Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera.”

Tuesday, October 18, 2011

Kesungguhan Wanita Solehah Dalam Melakukan Qiamullail

Qiamullail, di mana wanita yang solehah akan berdiri dihadapan penciptaNya dalam suasana malam yang sunyi sepi.Hati mereka benar-benar ikhlas dan cinta kepada Allah SWT. Mereka bermunajat kepada Allah SWT dengan hati dan anggota fizikal mereka, serta beribadat kepadaNya dan mengisi jiwa mereka dengan mendirikan solat, zikir, dan membaca al-Quran.






Malam merupakan kehidupan bagi orang-orang yang soleh dan solehah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW:

"Kalian haruslah melaksanakan Qiamullail. Sebab, Qiamullail adalah kebiasaan orang-orang yang soleh sebelum kalian, dan sesungguhnya Qiamullail itu mendekatkan kepada Allah SWT, menghalang dari dosa, menghapuskan kesalahan-kesalahan, dan mengelakkan penyakit-penyakit dari tubuh,"[riwayat at-Tarmizi]




Wanita-wanita solehah sangat bergembira dengan datangnya malam kerana dapat berada lebih dekat dengan Allah SWT.

1) Ummu Harun As-Syaamiyah Rahimahullah berkata:

"Alangkah indahnya malam. Sesungguhnya aku merasa susah kerana siang sehinggammalam datang menjelang.Jika malam telah tiba, aku pun melaksanakan Qiamullail di awalannya. Jika subuh menjelang, masuklah kegembiraan ke dalam hatiku."[Shifatu As-Shofwah 4/303]

2)Fatimah Binti Al-Munkadar selalu berpuasa pada siang hari dn apabila malamnya menjelang, dia pun akan berseru dengan suara yang sedih:

"Malam telah tenang, kegelapan telah datang, dan setiap kekasih telah kembali kepada kekasihnya. Kesendirianku denganMu hai Kasih adalah bahawa Kau lepaskan aku dari Neraka."[Shifatu As-Shofwah 2/202]

3)Muadzah Binti Abdullah Al-Adawiyah selalu menghidupkan malam dengan mengerjakan solat. Jika rasa mengantuk mengalahkannya, maka dia akan bangun lalu berjalan mengelilingi rumahnya sambil berkata:

"Hai diri, tidur di depan. Sekiranya kau telah mati, nescaya kau akan lama terbaring di dalam kubur dalam keadaan menyesal atau gembira.." sehinggalah subuh.Dia juga pernah berkata:

"Aku hairan terhadap mata yang boleh tertidur.Padahal dia tahu lamanya terbaring dalam kegelapan kubur"[Shifatu As-Shofwah 4/22]

4)Habibah Al-Adawiyah

Jika telah mengerjakan solat isyak, dia akan berdiri di atas loteng lalu mengetatkan tudung dan jilbabnya. Kemudian dia berkata:

"Hai Tuhanku, bintang-bintang telah bertaburan, seluruh mata telah tidur, raja-raja telah menutup gerbang istana-istananya, sementara pintuMu tetap terbuka, dan setiap kekasih telah berdua-duaan dengan kekasihnya. Inilah maqamku, di hadapanMu."

Jika waktu subuh telah tiba, dia berkata:

"Ya Allah, kini malam telah menghilang, dan kini siang telah menjelang. Seandainya aku tahu, apakah Kau menerima malamku sehingga aku tenang, ataukah Kau menolaknya sehingga aku sedih. Demi kemuliaanMu, sekiranya Kau mengusirku, aku tidak akan berganjak dari pintuMu dan tidak akan terdapat dalam hatiku selain keberadaanMu serta kedermawaanMu.."[Sifatu As-Shofwah 4/32]

SUBHANALLAH Bertapa mulianya wanita-wanita ini, kita masih jauh lagi daripada mereka, walaubagaimanapun, berusahalah secara berterusan dalam mengerjakan amal ibadat demi membuktikan betapa syukurnya dan cintanya kita kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT:

“Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.”
(Hud : Ayat 114)

“Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”
(Isra : Ayat 79)




*InsyaAllah..semoga Allah permudahkan kita dalam melaksanakan amal ibadat dan menerima amal ibadat kita..amin ya Rabb..♥






Wednesday, October 5, 2011

Jihad Wanita Solehah Dengan Lidahnya

Wanita Oh Wanita...

Firman Allah SWT dalam suraj Ali Imran, ayat 110:

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Ya
hudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik."
Ini menunjukkan sifat yang paling khusus buat orang yang beriman, Allah SWT memuji mereka dalam kitabNya,Al-Quran.

"Sinarilah rumah kamu dengan mendirikan sembahyang dan membaca al-Quran"
(Riwayat Al-Baihaqi)

Firman Allah SWT dalam surah at-Taubah, ayat 71:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Menjaga agama, mendirikan syiar-syiarnya di kalangan manusia, mendorong manusia agar taat kepada Allah SWT dan menjauhkan mereka daripada perbuatan maksiat memerlukan jihad.Ini akan menyelamatkan umat daripada seksaan azab Allah SWT nanti.

Sabda Rasulullah SAW

"Demi Allah, Yang jiwaku berada dalam genggamanNya, hendaklah kalian memerintahkan kepada yang maa'ruf dan mencegah kepada yang mungkar atau Allah SWT akan benar-benar mendatangkan bencana kepada kalian, kemudian kalian berdoa tapi tidak dimakbulkan."(SHAHIH MUSLIM)


Amar ma'ruf nahi mungkar ini bukan tanggungjawab lelaki sahaja tetapi juga tanggungjawab wanita, masing-masing mestilah mengikut kemampuan ilmu dan pengetahuannya untuk mencegah mungkar amar ma'ruf.

Wanita dan lelaki mestilah menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran walau di mana sahaja berada sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

"Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaknya ia mencegahnya dengan tangannya, jika ia tidak mampu maka hendaklah ia mencegahnya dengan lisannya, dan barangsiapa tidak mampu hendaklah ia mencegahnya dengan hati maka itulah selemah-lemah iman."(Hadis Riwayat Muslim)

Wanita solehah sewajarnya berperanan dalam mencegah kemungkaran tidak kira di rumah apabila bersama-sama anaknya, ketika bersama sahabatnya. Kita dapat lihat contoh para wanita yang sanggup berhadapan dengan para khalifah dan mengingatkan mereka agar ingat kepada Allah SWT serta menjelas mana yang baik dan melarang yang mungkar.Contohnya :

*Sayyidah Nafisah RA yang menegakkan kebenaran agar pemerintah yang kejam iaitu Ahmad bin Thouwlun berbuat adil terhadap rakyatnya.

*Sayyidah Zainab Al-Ghazali:pelbagai bidang dakwah yang diceburinya(ceramah,penulisan,pengajaran ilmu)

Friday, September 23, 2011

Istikharah Dan Hadis Dhaif Berkenaannya




 “Allahumma inni astakhiruka bi’ilmik wa astaqdiruka biqudrotik wa asluka min fadhlikal A’ziim
Fainnaka taqdiruka wa la aqdir wa ta’lamu wala a’lamul ghuyub
Allahummain kunta ta’lamu anna hazal amra..
Yusammihi bi’ainihillazi yuriidu..
Khairun li fi dini wa ma’asyi wa ma’a di wa ‘a qibati amri..
Faqdurhulii wayassirli wabarik li fiihillahumma wain kunta ta’lamuhu syarran lii mithlal awwali fashrifni ‘anhu washrif hu ‘anni waqdurlial khaira haithu kaana thumma rodhini bihi..”


Maksudnya:

"Ya Allah, sesungguhnya aku beristikharah dengan ilmuMu dan memohon dari kekuasaanMu, dan aku memohon dari kurnianMu dan agung, dan sesungguhnya Dikaulah yang maha berkuasa dan tiadalah aku berkuasa, Dikau Maha mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan dikau maha mengetahui perkara Ghayb, Ya Allah sekiranya urusan ini (sebutkan urusannya) baik untukku pada agamaku, kehidupanku dan pengakhiranku, maka taqdirkan ia bagiku, dan sekiranya urusan / perkaara ini buruk bagiku, agamaku,kehidupanku dan pengakhiranku, jauhkan ia dariku dan jauhkan ku darinya, dan berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada dan jadikanlah daku redha dengannya”



Adakah petunjuk daripada istikharah datang dalam mimpi sahaja??
Tidak semestinye begitu.Amalan membuat solat sunat istikharah kemudian tidur dalam keadaan berwuduk itu untuk mendapat mimpi istikharah itu hanyalah CADANGAN daripada Allamah Ibn ‘Abidin (rujuk Hasyiah Ibn ‘Abidin)

Manakala ulama mazhab syafie,hanbali dan maliki pula menggalakkan apa saja bentuk yang melahirkan keyakinan tanpa menyebut 'tidur' untuk mimpi itu.

Hakikatnya, istikharah boleh diperolehi dalam pelbagai cara, yang pentingnya ia berbentuk sesuatu yang memberi keyakinan.Sebagai contoh selepas berdoa dan solat,kita lakukan apa2 yang sepatutnya sehingga beroleh kepastian dankeyakinan, kita bertanya pendapat dan pengalaman orang yang banyak ilmu berkenaan yang kita carikan atau menyiasat sekeliling orang yang akan jadi pasangan(bagi yang akan berkahwin)

Para ulama juga menasihatkan supaya para pembuat istikharah tidak terlalu cendeung pada mana2 salah satu pilihannya.Hendaklah berharap sepenuhnya kepada Allah agar memberi ketentuan.Kadang-kadang rasa untuk menolak sesuatu lebih berat padahal kita sudah menerima sesuatu juga merupakan tanda istikharah..yang penting kita rasa yakin dengan kebenaran di sekeliling yang kita usahakannya.


Terdapat hadis dhaif yang menyeru menunaikan solat istikharah sebanyak 7 kali.

“Apabila kamu inginkan sesuatu maka beristikharahlah kepada tuhanmu sebanyak 7 kali kemudian perhatilah petanda / perasaan yang datan terlebih dahulu(dominan) di dalam hatimu” ( Riwayat Ibn Sunni dari Anas, Al-Hafidz Al-‘Iraqi, An-Nawawi, Ibn Hajar mengatakan sanadnya amat lemah, rujuk Fath al-Bari, 11/223 cet Maktabah Risalah Hadithah & Naylul Awtar, 3/71)

Walaubagaimanapun,setelah beristikharah, kita hendaklah yakin dengan petanda istikharah, redha dan bertawakkal kepada Allah SWT.Yakin bahawa yang ditentukan Allah itu yang terbaik dan ada hikmah di sebalik ketentuanNya..Dia Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.

Riwayat hadith Nabi SAW ertinya : 

“ Salah satu sumber kebahagian anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa yang ditentukan kepadanya, dan daripada keburukkan anak Adam adalah meninggalkan istikharah kepada Allah dan membenci apa yang telag ditentukan kepadanya”

(Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi ; Hasan Menurut Ibn Hajar di dalam Fath al-Bari 11/155 )

 Bagaimanapun terdapat perawi dhoif dalam sanadnya kata Syeikh Syuaib ; Rujuk Zad al-Ma’ad , Ibn Qoyyim, 2/406 cet muassasah ar-risalah). Imam Ibn Qoyyim juga mengulas kepentingan tawakkal kepada Allah dengan keputusan yang di dapati dari istikharah, lalu perlu menurutinya . ( Zad al-Ma’ad, 2/406)


Allahua'lam Bissowab..