Showing posts with label 40 Hadis Palsu. Show all posts
Showing posts with label 40 Hadis Palsu. Show all posts

Sunday, April 29, 2012

╰⊰⊹✿ JiHaD HaTi╰⊰⊹✿ *


 .رجعنا من الجهاد الأصغر الى الجهاد الأكبر,قالوا:وما الجهاد الأكبر؟ قال:جهاد القلب 


Maksudnya: "Kita pulang dari jihad yang kecil kepada jihad yang lebih besar".Para sahabat bertanya:"Apakah jihad yang lebih besar?" Nabi Muhammad menjawab:"Jihad hati(memerangi hawa nafsu."


Ulasan Sarjana



  • Ibnu Taimiyah dalam Majmuat al-Fatawa berkata:
        "Hadis ini tidak ada asal usulnya dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli 
       ilmu yang mengatakan hadis ini daripada perkataan dan perbuatan Rasulullah ."
  • Al-'Ajluni dalam Kash al-Khafa' menukilkan kata-kata al-Hafidz Ibn Hajar: Hadis ini terkenal di kalangan orang ramai dan adalah perkataan Ibrahim bin 'Ablah.
Dalam hadis lain disebutkan ketika sampai kepada Nabi Muhammad satu kumpulan yang pulang dari perang Jihad, beliau berkata:"Kamu kembali dengan sebaik-baik kembali dari jihad yang kecil kepada jihad yang lebih besar"

Beliau ditanya:"Apakah jihad yang lebih besar?" Nabi Muhammad menjawab:"Mujahadah seorang hamba terhadap hawa nafsunya."

Al-Baihaqi dalam al-Zuhd al-Kabir, selepas meriwayatkan hadis ini menyebut:

"Terdapat kelemahan pada sanad hadis."

Ini kerana pada sanad hadis ini terdapat pelapor yang bernama Laith bin Abi Sulaim. Ibn Hajar dalam Taqrib al-Tahzib berkata bahawa dia adalah : 'Saduq' dan bercampur aduk akalnya(nyanyuk) serta tidak dapat membezakan hadisnya, maka dia ditinggalkan.






Friday, February 3, 2012

Anak Zina Tidak Memikul Dosa Ibu Bapa ?

 Dalam Islam dosa yang dilakukan oleh seseorang itu tidak akan ditanggung oleh orang lain. Jika anak zina tidak dapat masuk syurga disebabkan kesalahan zina yang dilakukan oleh ibunya, ini jelas bertentangan dengan prinsip islam seperti yang dinyatakan dalam beberapa potongan ayat dalam al-Quran, antaranya dalam surah al-An'am, ayat 164:


"Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya."

Bahkan hal ini turut diperkukuh lagi dengan hadis yang disampaikan oleh Aisyah RodhiAllahu 'Anha:


"Anak zina tidak menanggung sedikit pun daripada dosa ibu bapanya."
(Direkodkan oleh Tabrani, al-Sakhawi berkata sanad hadis ini baik)


*Allahu A'lam Bisshowab

Sunday, January 29, 2012

Anak Zina Tidak Masuk Syurga

لا يدخل الجنّة ولد زنا,ولا ولده ولا ولده

"Tidak akan masuk syurga anak zina, tidak masuk juga anaknya dan anak kepada anaknya(cucu)."

Ulasan Sarjana

  •  Dalam sanad hadis ini terdapat seorang pelapor haadis iaitu Abu Israil dan dia seorang yang lemah.


Terdapat satu hadis lain yang bertaraf lemah yang menyebut perkara yang hampir sama, iaitu:


لا يدخل ولد الزّنا ولا شىء من نسله الى سبعة آباء الجنّة

"Tidak akan masuk syurga anak zina dan begitu juga keturunannya sampai tujuh keturunan."

  • Hadis di atas ini pula dihukum lemah disebabkan ada dua orang pelapor yang lemah dalam sanad tersebut iaitu Ibrahim bin Muhajir al-Bajali dan Muhammad bin Abd al-Rahman bin Abi Zubab.


  •  Beberapa pakar hadis memberikan komen mereka terhadap kedua-dua pelapor ini. Antaranya ialah al-Hafidz Ibn Hajar yang mengatakan Ibrahim bin Muhajir adalah seorang pelapor yang benar tetapi lemah hafalannya. Manakala Abd Rahman bin Abi Zubab pula, Ibn Hajar memasukkannya dalam pelapor yang tidak dikenali (majhul).
 **Allahu A'lam Bisshowab,pokoknya orang lain tidak menanggung dosa yang lain.Allah SubhanAllah Ta'ala itu Maha Adil.

Saturday, November 19, 2011

Kelebihan Puasa As-Syura

من صام يوم عاشوراء كتب الله له عبادة ستين سنة بصيامها٬ومن صام يوم عاشوراء
 أعطى ثواب ألف حاج و معتمر.


Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam), Allah akan tulis pahala ibadat baginya selama 60 tahun dengan puasa dan qiamnya dan siapa yang berpuasa pada hari As-Syura’ akan diberi pahala seribu malaikat dan siapa yang berpuasa hari As-Syura akan diberi pahala seribu orang yang menunaikan haji dan umrah.”

Ulasan Sarjana

Ini adalah petikan hadis yang panjang yang menyebut tentang kelebihan puasa pada hari Asyura. Ibn ‘Arraq al-Kannani di dalam Tanzih al-Syariah menyatakan dalam sanad hadis ini terdapat pelapor bernama Hubaib ibn Abi Hubaib dan dialah yang memalsukan hadis.

Monday, November 14, 2011

Mengusap Mata Semasa Laungan Azan


 من قال حين يسمع المؤذن يقول: أشهد أنّ محمّدا رسول الله:مرحبا بحبيبي وقرّة عيني محمد بن عبدالله صلى الله عليه وسلم٬ ثمّ يقبل
ٳبهاميه ويجعلهما على عينيه لم يرمد أبدا.



Maksudnya : " Sesiapa yang berkata ketika mendengar tukang azan melaungkan(Ashaduanna Muhammadarrosulullah):" Selamat datang wahai kekasihku dan penyejuk mataku Muhammad bin Abdullah,” Kemudian mencium kedua ibu jarinya dan menyapu dia atas kedua matanya, nescaya tidak akan rabun selama-lamanya.”

ULASAN SARJANA

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin Abi Bakar al-Radad al-Yamani (seorang sufi) dalam bukunya Mujibat al-Rahmah wa ‘Aza’im al-Maghfirah.

**  Al-Hafidz al-Sakhawi dalam buku al-Maqasid al-Hasanah berkata:


“Terdapat dalam sanadnya para pelapor yang majhul(tidak dikenali) disamping sanadnya juga terputus daripada al-Khidir.”

·       **  Al-‘Ajluni dalam buku Kasyf al-Khafa’ juga member Ulasan tentang hadis ini. Katanya: 

“T   "Tiada yang sahih pada yang marfu’(dari Rasulullah) daripada semua ini.”

Saturday, October 29, 2011

Solat Ragha'ib Bulan Rejab

*Teks Arabnya Terlalu Panjang...


Maksudnya:


"Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku. Tidak ada seorang pun yang berpuasa pada hari khamis yang pertama dalam bulan Rejab seterusnya melakukan solat di antara waktu Maghrib dan Isyak iaitu dilakukanmpada malam Jumaat sebanyak dua belas rakaat dengan surah al-Fatihah dibaca sekali pada setiap rakaat, surah al-Qadr tiga kali dan surah al-Ikhlas sebanyak dua belas kali serta diselangi setiap dua rakaat dengan salam.Apabila selesai, dia berselawat ke atasku sebanyak 70 kali. Kemudian membaca: "Allahumma sholli 'ala Muhammadin Nabiy al-Ummiy wa 'ala alihi," lalu sujud dan membaca:"Subbuhun Quddusun Rabbu al-Malaikatu wa al-Ruh" sebanyak 70 kali. Kemudian dia angkat kepalanya dan membaca: "Rabbi ighfir warham watajawaj 'amma ta'lamu innaka anta al-'aziizul al-a'dzam" sebanyak 70 kali. Seterusnya dia sujud kali kedua dan membaca seperti bacaan pada sujud pertama sambil memohon kepada Allah akan segala hajatnya, nescaya akan ditunaikan". Rasulullah SAW berkata lagi: "Dan demi diriku yang di tanganNya, tidak ada seorang hamba pun lelaki mahupun perempuan yang mengerjakan solat ini melainkan akan diampunkan Allah seluruh dosanya walaupun seperti buih di lautan dan sebanyak dedaun di pohonan dan ia akan dapat memberi syafaat pada hari kiamat untuk 700 orang di kalangan kaum keluarganya."
   

Ulasan Sarjana

  • Ibn al-Jauzi dalam bukunya al-Maudhu'at menyebut:
          "Hadis ini adalah maudu' dan dusta ke atas Rasulullah, dalam sanadnya terdapat  
           seorang pelapor yang bernama Ibn Jahdham yang terkenal dengan dusta, dan aku 
           mendengar   guruku;Abd al-Wahab al-Hafidz berkata: 

          
          "Para pelapornya majhul(tidak dikenali) dan aku sudah semak tentang peribadi mereka
           ini dalam semua buku tetapi tidak aku temui tentang mereka."

  • Al-Syaukani juga menyebut tentang hadis ini dalam bukunya al-Fawa'id al-Majmu'ah fi al-Ahadith al-Maudhu'ah:                                                                                                                             
         "Hadis ini adalah maudu' dan pelapornya adalah majhul(tidak dikenali) dan para  
          sarjana Islam sudah sepakat menyatakan solat Ragha'ib yang masyhur ini adalah 
          palsu."

Friday, October 21, 2011

Solat Sunat Malam Raya

ما من عبد يصلّى ليلة العيد ستّركعات الاّ شفع فيه أهل بيته كلّهم قد وجب لهم النّار

ma min 'abdin yusholli lailatil 'idi sitti roka'aati illa syafa'a fiihi ahli baitihi kulluhum qod wajaba lahumunnaar

Maksudnya:"Tidaklah mana-mana hamba yang solat enam rakaat pada malam raya kecuali diberikan syafaat kepada ahli rumahnya, yang semuanya sudah dijanjikan neraka."

Ulasan sarjana

  • Ibnu Arraq di dalam Tanzih al-Syari'ah menyebut bahawa dalam sanad hadis ini terdapat pelapor bernama Ismail bin Fadl dan dia adalah seorang pendusta. Pendapat ini adalah seperti yang dikatakan oleh as-Sayuti.
       Terdapat satu hadis palsu lain yang menyebut tentang 
       kelebihan menghidupkan malam hari raya:


من أحيا ليلة الفطر وليلة الأضحى لم يمت قلبه يوم تموت القلوب

man ahhya lailatal fithri wa lailatal adhaa lam yamut qolbuhu yauma tamuuttul quluubu

Maksudnya:"Sesiapa yang menghidupkan malam aidil fitri dan aidil adha, maka hatinya tidak mati pada hari semua hati yang lain mati."
  • Al-Haithami dalam Majma' al-Zawa'id berkata bahawa hadis ini disebutkan oleh Tabarani dalam Mu'jam al-Kabir dan Mu'jam al-Awsat daripada 'Ubadah bin Samit. Dalam sanadnya terdapat pelapor bernama Umar bin Harun al-Balkhi. Walaupun Ibn Mahdi dan yang lain memuji Umar bin Harun ini, tetapi kebanyakan sarjana menyatakan dia seorang yang lemah.

  • Menurut Ibn Mai'n, Umar bin Harun ini adalah seorang pendusta.

  • Ibn Qayyim dalam bukunya Zad al-Ma'ad ketika menceritakan tentang perihal Rasulullah SAW pada malam hari raya aidil adha berkata:
      "Kemudian beliau tidur dan tidak menghidupkan malam itu. 
        Tidak ada satu pun hadis shahih yang berkaitan solat sunat
        yang khusus pada malam hari raya."

Surah al-Baqarah,ayat 185:

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur."



Friday, October 7, 2011

Solat Dengan Berserban

"انّ الصّلاة بعمامة تعدل خمسا وعشرين صلاة بغير عمامة"

"Innassholaata Bi'imaamati Ta'dilu Khomsan Wa'isyriina Sholata Bighairi 'imamah"

Maksudnya:"Sesungguhnya solat dengan berserban menyamai dua puluh lima solat tanpa memakai serban."


Ulasan Sarjana

*Ibnu Hajar al-'Asqalani dalam kitab Lisan al-Mizan berkata:

 "Ini adalah hadis mungkar, bahkan ianya maudu' dan dalam sanadnya terdapat pelapor yang aku tidak mengenalinya.."

Terdapat hadis palsu lain yang menyebut kelebihan solat dengan memakai serban:

"الصّلاة في العمامة بعشرة آلاف حسنة"

"Assholatu fil 'imamati bi'asyrotil aal afi hasanatin"

Maksudnya:"Solat dengan memakai serban mendapat sepuluh ribu kebaikan"

*Ibnu Arraq al-Kannnani dalam bukunya Tanzih al-Syari'ah menyebut bahawa dalam sanad hadis ini terdapat pelapor bernama Abban bin Abi 'Isyah dan dia terkenal sebagai seroang pendusta.

*Al-Sakhawi dalam buku al-Maqasid al-Hasanah menukilkan pendapat gurunya al-Hafiz Ibn Hajar yang menyatakan bahawa hadis ini adalah Maudu'.




Monday, October 3, 2011

Solat Yang Tidak Mencegah Kemungkaran

"Man lam tantahu sholaatuhu 'anilfahhsyaa ilwalmunkari lam yazdada minallah"

Maksudnya:"Sesiapa yang solatnya tidak dapat mencegahnya daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran, maka sebenarnya tidak bertambah hubungannya dengan Allah kecuali semakin jauh."

Ulasan Sarjana

*Hadis ini direkodkan oleh Tabarani dalam buku Mu'jam al-Kabir  dan oleh al-Qudhai' dalam kitab Musnab al-Syihab. Dalam sanad hadis ini, terdapat seorang pelapor bernama Laith bin Abi Salim. Dia adalah seorang yang lemah di sisi para sarjana hadis. Menurut Ibnu Hajar, dia adalah seorang yang pelupa dan nyanyuk semasa akhir hayatnya. Sebab itulah hadisnya tidak diterima.


*Al-Hafiz al-'Iraqi ketika menyemak semula hadis yang terdapat dalam kitab Ihya' Ulumuddin memberi ulasannya terhadap hadis ini, katanya:


"sanad hadis ini adalah lemah."


*Al-Albani dalam Silsilah Ahadith al-Dhaiifah berkata:


"Hadis ini batil, dan ia adalah popular di kalangan ramai orang, tetapi tidak shahih sama ada dari sudut sanad mahupun matannya."


Sebenarnya ia adalah daripada perkataan Ibnu Mas'ud tetapi dengan lafaz yang lain iaitu:


"Man lam takmuruhu sholatahu bilma'ruufi watanhahu 'anilfahhsyaa ilam yazdada minallah illa bu'dan"


Maksudnya:"Sesiapa yang solatnya masih tidak dapat menyerunya ke arah kebaikan dan mencegahnya daripada melakukan kejahatan, maka sebenarnya tidak bertambah hubungannya dengan Allah kecuali lebih jauh."


Perkara ini dinyatakan oleh Syeikh Said bin Soleh dalam bukunya Ahadith Mardudah.

Sunday, October 2, 2011

Nabi Kota Ilmu Dan Ali Pintunya

"Ana Madiinatul 'lmi Wa 'aliyyu Baabuha"

Maksudnya:"Aku adalah kota ilmu dan Ali itu adalah pintunya"

Dalam hadis lain ditambah dengan lafaz:

"Faman Atal 'llma Falyaktil baab"

Maksudnya:"Maka sesiapa yang hendakkan ilmu, maka mestilah melalui pintunya(Ali)."

Ulasan sarjana

  • Ibnu Taimiyah berkata: "Ini adalah hadis dhaif, bahkan maudu' di sisi para sarjana hadis."
  • Al-Hakim menyebut hadis ini dalam bukunya al-Mustadrak daripada hadis Abdullah bin Abbas dan Jabir bin Abdullah, dan semua sanadnya adalah dhaif. Az-zahabi memberi komen terhadap hadis ini dengan mengatakan:
                                                       " Bahkan ianya adalah maudu' "
  • Ibnu Tahir al-Maqdisi menyebut hadis ini dalam bukunya Tazkirat al-Maudhu'at dan dia berkata:
 "Dalam rangkaian sanadnya terdapat Abu al-Sallat al-Harawi dan namanya ialah Abd al-Salam, juga 
      terdapat pelapor bernama Uthman bin Khalid dan Ismail bin Muhammad bin Yusuf, danh kesemua mereka ini adalah pendusta."

  • Tirmizi berkata: "Ini adalah hadis mungkar".
  • Bukhari juga berkata:"Tidak ada bagi hadis ini ciri-ciri shahih."
  • Ibnu Mai'n berkata"Sesungguhnya ia adalah: dusta, tidak ada asal usulnya."
*Semua ulasan para sarjana hadis ini disebutkan oleh Ibn Taimiyah dalam buku al-Ahadith al-Maudhu'ah.

Sunday, September 25, 2011

Menuntut Ilmu Daripada Buaian


‎"Uthlubul I'lma minal mahdi Ilallahdi"



Maksudnya:Tuntutlah Ilmu dari buaian hingga ke liang lahad




Ulasan Sarjana:

Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz berkata:

"Tidak ada asal usul bagi hadis ini dan ia adalah palsu."
Kata2 beliau ini dinukilkan oleh Syeikh Said bin Soleh dalam bukunya Ahadith Mardudah.

Hadis ini sebenarnya menggalakkan kita menuntut ilmu daripada kecil hingga akhir hayat.Memnag benar maksudnya tetapi tidak boleh disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW kerana tidak ada sumber yang shahih yang mengatakan hadis ini lafaznya tidak datang daripada Nabi Muhammad SAW.Jadi tidak boleh sebar dengan mengatakan ini hadis.

Hakikatnya,memang islam menggalakkan umatnya menuntut ilmu tanpa mengira batas usia dan harta.Ada benarnya di situ tetapi yang palsunya,tidak ada sumber shahih kata2 ini daripada Rasulullah SAW.


‎[Doa memohon ditambahkan ilmu]

surah Taha, ayat 114:

"Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku"

Thursday, September 22, 2011

Menuntut Ilmu Sehingga Ke China

"Uthlubul 'ilma Walau Bisshin"

"Tuntutlah ilmu walau ke negeri China"

Kebanyakan tokoh sarjana hadis memasukkan hadis ini dalam senarai hadis palsu dalam buku-buku karangan mereka:

  • Al-Jarrahi dan Al-'Ajluni dalam kitab Kashf al-Khafa'
  • Al-Albani dalam kitab Silsilah Ahadith al-Dha'ifah wa al-Maudhu'ah
  • Ibnu Arraq al-Kannani dalam Kitab Tanzih al-Syari'ah
  • Ali al-Qari dalam Kitab al-Maudhua'at al-Kabir
* Mereka semua menukilkan kata-kata tokoh sarjana Islam, Ibnu Taimiyah yang menyatakan bahawa hadis ini adalah palsu.


Sebab Dihukum Palsu

Kecacatan pada sanadnya.Dalam sanad hadis ini ada seorang pelapor yang bernama Abu Atikah Tharif bin Sulaiman. Beliau adalah seorang yang lemah dan tergolong sebagai salah seorang yang memalsukan hadis.





Wednesday, September 21, 2011

40 Hadis Palsu Popular



Murah sahaja

RM 9.00
Penulis : Abdul Razak Muthalib
Terbitan : PTS Islamika Sdn. Bhd