Friday, October 21, 2011

Solat Sunat Malam Raya

ما من عبد يصلّى ليلة العيد ستّركعات الاّ شفع فيه أهل بيته كلّهم قد وجب لهم النّار

ma min 'abdin yusholli lailatil 'idi sitti roka'aati illa syafa'a fiihi ahli baitihi kulluhum qod wajaba lahumunnaar

Maksudnya:"Tidaklah mana-mana hamba yang solat enam rakaat pada malam raya kecuali diberikan syafaat kepada ahli rumahnya, yang semuanya sudah dijanjikan neraka."

Ulasan sarjana

  • Ibnu Arraq di dalam Tanzih al-Syari'ah menyebut bahawa dalam sanad hadis ini terdapat pelapor bernama Ismail bin Fadl dan dia adalah seorang pendusta. Pendapat ini adalah seperti yang dikatakan oleh as-Sayuti.
       Terdapat satu hadis palsu lain yang menyebut tentang 
       kelebihan menghidupkan malam hari raya:


من أحيا ليلة الفطر وليلة الأضحى لم يمت قلبه يوم تموت القلوب

man ahhya lailatal fithri wa lailatal adhaa lam yamut qolbuhu yauma tamuuttul quluubu

Maksudnya:"Sesiapa yang menghidupkan malam aidil fitri dan aidil adha, maka hatinya tidak mati pada hari semua hati yang lain mati."
  • Al-Haithami dalam Majma' al-Zawa'id berkata bahawa hadis ini disebutkan oleh Tabarani dalam Mu'jam al-Kabir dan Mu'jam al-Awsat daripada 'Ubadah bin Samit. Dalam sanadnya terdapat pelapor bernama Umar bin Harun al-Balkhi. Walaupun Ibn Mahdi dan yang lain memuji Umar bin Harun ini, tetapi kebanyakan sarjana menyatakan dia seorang yang lemah.

  • Menurut Ibn Mai'n, Umar bin Harun ini adalah seorang pendusta.

  • Ibn Qayyim dalam bukunya Zad al-Ma'ad ketika menceritakan tentang perihal Rasulullah SAW pada malam hari raya aidil adha berkata:
      "Kemudian beliau tidur dan tidak menghidupkan malam itu. 
        Tidak ada satu pun hadis shahih yang berkaitan solat sunat
        yang khusus pada malam hari raya."

Surah al-Baqarah,ayat 185:

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur."



No comments:

Post a Comment