Daripada Abu Qatadah Radiyallahu’anh bahawa Rasulullah ditanya akan puasa hari ‘Asyura. Maka sabdanya : “ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. Di dalam riwayat yang lain “..adapun puasa pada hari ‘Asyura menghapuskan dosa tahun sebelumnya”. (Hadis Riwayat Muslim)
Puasa Sunat Asyura iaitu pada 10 Muharram merupakan salah satu ibadah sunat yang sangat-sangat dituntutseperti yang dinyatakan dalam hadis shahih berikut.
1.Ibnu 'Abbas menceritakan:
"Apabila Rasulullah datang ke Madinah, beliau melihat orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura lalu beliau bertanya:
"Apakah ini?"
Mereka menjawab:
"Hari ini adalah hari yang baik kerana pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan bangsa Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa".
Lalu beliau berkata:
"Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu".
Beliau pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa."
(Hadis Riwayat Bukhari)
2. Aisyah RA berkata:
"Rasulullah mengarahkan supaya berpuasa pada hari Asyura. Apabila puasa Ramadhan difardhukan, siapa yang hendak berpuasa(hari Asyura) maka dia boleh berpuasa dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka(tidak berpuasa)".
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
3. Daripada Aisyah RA katanya:
"Orang Quraish di zaman jahiliah berpuasa pada hari Asyura. Apabila Beliau datang ke Madinah, beliau berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari Asyura lalu Beliau berkata:
"Siapa yang mahu, dia boleh berpuasa (sunat Asyura) dan siapa yang tidak mahu berpuasa, dia boleh meninggalkannya."
(Hadis Riwayat oleh Bukhari & Muslim)
Puasa Asyura kemudian disunatkan pada 9 Muharam untuk tidak meniru kaum Yahudi dan Nasrani yang membangga-banggakan puasa Asyura pada 10 Muharam semata-mata.
Daripada Ibn Abbas R.A bahawa Rasulullah ketika berpuasa pada hari ‘Asyura dan mengalakkan untuk berpuasa. Kemudian para sahabat bertanya :
“Ya Rasulullah, sesungguhnya hari tersebut (‘Asyura) merupakan hari ini adalah hari yang diagung-agungkan oleh Yahudi dan Nasrani. Kemudian baginda bersabda : jika tiba tahun berikutnya – insyaAllah – kita akan berpuasa pula pada hari kesembilan”.
(Hadis Riwayat Muslim)
Ibn Abas berkata: “Belum sampai tahun depan, Nabi SAW sudah pun meninggal dunia.”
(HR. Muslim no. 1134)
Hal yang demikian jelas menunjukkan kesungguhan baginda ingin berpuasa tetapi tidak kesampaian. Walaubagaimanapun, para ulama bersetuju untuk menyatakan ini menunjukkan betapa Nabi Muhammad SAW ingin melakukan perbezaan daripada amalan ahli kitab. Ini juga dijelaskan oleh satu athar daripada Ibnu Abbas :
( صوموا التاسع والعاشر خالفوا اليهود )
“Berpuasalah pada hari kesembilan dan kesepuluh, dan bezakanlah (dari meniru) Yahudi”
(Musnad Abdurrazak)
Ini juga membawa maksud bahawa Rasulullah tidak menyukai meniru orang kafir. Ini dapat dibuktikan dengan banyaknya hadith yang menegah kita meniru orang-orang kafir.
Antara hadis yang melarang umat islam menyerupai orang kafir ialah:
*Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa yang menyerupai satu satu kaum, maka ia telah menjadi golongan mereka”.
(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan at- Tabrani).
*“Bersabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam :
"Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) karena mereka itu memotong (mencukur) jenggot mereka dan memanjangkan (memelihara) kumis mereka."
(Hadis Riwayat Muslim).
Sedangkan antara sunnah para Nabi ialah memelihara janggut dan menipiskan kumis:
*Dari Aisyah berkata : Sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam :
"Sepuluh perkara dari fitrah (dari sunnah nabi-nabi) diantaranya ialah mencukur kumis dan memelihara janggut."
(Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud, at Tirmidzi, an Nasaii dan Ibn Majah.)
No comments:
Post a Comment