Dalam Peperangan Khandaq itu semua bekerja keras siang malam.Mulanya bekerja menggali parit, sesudah itu berjaga siang dan malam.Besar dan kecil, tua dan muda. Kanak-kanak dan perempuan-perempuan dipelihara dalam benteng(Athaam) dan dikawal.Zaid bin Tsabit yang kemudiannya terkenal sebagai seorang yang dititahkan oleh Khalifah Rasulullah s.a.w iaitu Abu Bakar As-Siddiq dan muda,turut sama bekerja keras menggali tanah, memikul pasir, dan memecahkan batu. Rasulullah pernah mengatakan:
"Amaa Innahu Ni'mal Ghulaam"("Adapun dia itu sesungguhnya adalah anak yang baik!")
Rupanya oleh kerana sangat lelah bekerja dan berjaga, dan hari sangat dingin, dia masuk ke dalam parit itu sampai di sana dia tertidur dan senjatanya terlepas dari tangannya. Datang seorang pemuda lain yang bernama Ammarah bin Hazem, diambilnya senjata yang telah terjatuh itu dan disimpannya. Setelah dia terbangun dari tidurnya dilihatnya senjata tak ada lagi. Dia pucat terkejut dan cemas.Maka tibalah Rasulullah di tempat itu.
Setelah Baginda lihat Zaid baru bangun dari tidurnya, berkatalah Baginda,
"Hai Abaa Ruqaad!(Hai Pak Penidur), engkau tertidur dan senjatamu terbang!"
Tetapi wajah Baginda tidak membayangkan marah sedikit juga, sehingga Zaid bertambah takut disertai malu. Lalu Baginda melihat sekeliling dan bertanya,
"Siapa yang menolong menyimpan senjatanya?" Ammarah menjawab
"Saya yang menyimpannya, ya Rasulullah!"
Lalu Baginda suruh segera kembalikan senjata Zaid dan Baginda bernasihat kepada Ammarah didengar oleh yang lain:
"Saya dibuat seorang Muslim jadi cemas dengan menyembunyikan senjatanya sebagai senda gurau."
(maksudnya seorang muslim menyebabkan saya cemas kerana menjadikan penyembunyian senjatanya sebagai gurauan)
Suasana memimpin yang seperti itu adalah teladan yang baik kepada Panglima Perang yang menyerahkan tenteranya ke medan pertempuran.Baginda tahu benar Zaid itu seorang anak yang baik. Tertidur kerana sudah sangat lelah, bukannya dapat dilawan kepenatan itu.
Sambil bergurau saja beliau menegur, namun kesannya kepada Zaid besar sekali
*Baginda menegur secara berhikmah,bergurau senda dalam masa yang sama menegur,contoh terbaik
*Firman Allah,
" Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). "(al-ahzab:21)
**Allahua'lam...Allahummasolli a'la Saiyidina Muhammad...habiballah...Sofiya
No comments:
Post a Comment