Tuesday, October 18, 2011

Kesungguhan Wanita Solehah Dalam Melakukan Qiamullail

Qiamullail, di mana wanita yang solehah akan berdiri dihadapan penciptaNya dalam suasana malam yang sunyi sepi.Hati mereka benar-benar ikhlas dan cinta kepada Allah SWT. Mereka bermunajat kepada Allah SWT dengan hati dan anggota fizikal mereka, serta beribadat kepadaNya dan mengisi jiwa mereka dengan mendirikan solat, zikir, dan membaca al-Quran.






Malam merupakan kehidupan bagi orang-orang yang soleh dan solehah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW:

"Kalian haruslah melaksanakan Qiamullail. Sebab, Qiamullail adalah kebiasaan orang-orang yang soleh sebelum kalian, dan sesungguhnya Qiamullail itu mendekatkan kepada Allah SWT, menghalang dari dosa, menghapuskan kesalahan-kesalahan, dan mengelakkan penyakit-penyakit dari tubuh,"[riwayat at-Tarmizi]




Wanita-wanita solehah sangat bergembira dengan datangnya malam kerana dapat berada lebih dekat dengan Allah SWT.

1) Ummu Harun As-Syaamiyah Rahimahullah berkata:

"Alangkah indahnya malam. Sesungguhnya aku merasa susah kerana siang sehinggammalam datang menjelang.Jika malam telah tiba, aku pun melaksanakan Qiamullail di awalannya. Jika subuh menjelang, masuklah kegembiraan ke dalam hatiku."[Shifatu As-Shofwah 4/303]

2)Fatimah Binti Al-Munkadar selalu berpuasa pada siang hari dn apabila malamnya menjelang, dia pun akan berseru dengan suara yang sedih:

"Malam telah tenang, kegelapan telah datang, dan setiap kekasih telah kembali kepada kekasihnya. Kesendirianku denganMu hai Kasih adalah bahawa Kau lepaskan aku dari Neraka."[Shifatu As-Shofwah 2/202]

3)Muadzah Binti Abdullah Al-Adawiyah selalu menghidupkan malam dengan mengerjakan solat. Jika rasa mengantuk mengalahkannya, maka dia akan bangun lalu berjalan mengelilingi rumahnya sambil berkata:

"Hai diri, tidur di depan. Sekiranya kau telah mati, nescaya kau akan lama terbaring di dalam kubur dalam keadaan menyesal atau gembira.." sehinggalah subuh.Dia juga pernah berkata:

"Aku hairan terhadap mata yang boleh tertidur.Padahal dia tahu lamanya terbaring dalam kegelapan kubur"[Shifatu As-Shofwah 4/22]

4)Habibah Al-Adawiyah

Jika telah mengerjakan solat isyak, dia akan berdiri di atas loteng lalu mengetatkan tudung dan jilbabnya. Kemudian dia berkata:

"Hai Tuhanku, bintang-bintang telah bertaburan, seluruh mata telah tidur, raja-raja telah menutup gerbang istana-istananya, sementara pintuMu tetap terbuka, dan setiap kekasih telah berdua-duaan dengan kekasihnya. Inilah maqamku, di hadapanMu."

Jika waktu subuh telah tiba, dia berkata:

"Ya Allah, kini malam telah menghilang, dan kini siang telah menjelang. Seandainya aku tahu, apakah Kau menerima malamku sehingga aku tenang, ataukah Kau menolaknya sehingga aku sedih. Demi kemuliaanMu, sekiranya Kau mengusirku, aku tidak akan berganjak dari pintuMu dan tidak akan terdapat dalam hatiku selain keberadaanMu serta kedermawaanMu.."[Sifatu As-Shofwah 4/32]

SUBHANALLAH Bertapa mulianya wanita-wanita ini, kita masih jauh lagi daripada mereka, walaubagaimanapun, berusahalah secara berterusan dalam mengerjakan amal ibadat demi membuktikan betapa syukurnya dan cintanya kita kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT:

“Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.”
(Hud : Ayat 114)

“Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”
(Isra : Ayat 79)




*InsyaAllah..semoga Allah permudahkan kita dalam melaksanakan amal ibadat dan menerima amal ibadat kita..amin ya Rabb..♥






No comments:

Post a Comment