Monday, October 3, 2011

Solat Yang Tidak Mencegah Kemungkaran

"Man lam tantahu sholaatuhu 'anilfahhsyaa ilwalmunkari lam yazdada minallah"

Maksudnya:"Sesiapa yang solatnya tidak dapat mencegahnya daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran, maka sebenarnya tidak bertambah hubungannya dengan Allah kecuali semakin jauh."

Ulasan Sarjana

*Hadis ini direkodkan oleh Tabarani dalam buku Mu'jam al-Kabir  dan oleh al-Qudhai' dalam kitab Musnab al-Syihab. Dalam sanad hadis ini, terdapat seorang pelapor bernama Laith bin Abi Salim. Dia adalah seorang yang lemah di sisi para sarjana hadis. Menurut Ibnu Hajar, dia adalah seorang yang pelupa dan nyanyuk semasa akhir hayatnya. Sebab itulah hadisnya tidak diterima.


*Al-Hafiz al-'Iraqi ketika menyemak semula hadis yang terdapat dalam kitab Ihya' Ulumuddin memberi ulasannya terhadap hadis ini, katanya:


"sanad hadis ini adalah lemah."


*Al-Albani dalam Silsilah Ahadith al-Dhaiifah berkata:


"Hadis ini batil, dan ia adalah popular di kalangan ramai orang, tetapi tidak shahih sama ada dari sudut sanad mahupun matannya."


Sebenarnya ia adalah daripada perkataan Ibnu Mas'ud tetapi dengan lafaz yang lain iaitu:


"Man lam takmuruhu sholatahu bilma'ruufi watanhahu 'anilfahhsyaa ilam yazdada minallah illa bu'dan"


Maksudnya:"Sesiapa yang solatnya masih tidak dapat menyerunya ke arah kebaikan dan mencegahnya daripada melakukan kejahatan, maka sebenarnya tidak bertambah hubungannya dengan Allah kecuali lebih jauh."


Perkara ini dinyatakan oleh Syeikh Said bin Soleh dalam bukunya Ahadith Mardudah.

No comments:

Post a Comment