Friday, October 21, 2011

Solat Sunat Malam Raya

ما من عبد يصلّى ليلة العيد ستّركعات الاّ شفع فيه أهل بيته كلّهم قد وجب لهم النّار

ma min 'abdin yusholli lailatil 'idi sitti roka'aati illa syafa'a fiihi ahli baitihi kulluhum qod wajaba lahumunnaar

Maksudnya:"Tidaklah mana-mana hamba yang solat enam rakaat pada malam raya kecuali diberikan syafaat kepada ahli rumahnya, yang semuanya sudah dijanjikan neraka."

Ulasan sarjana

  • Ibnu Arraq di dalam Tanzih al-Syari'ah menyebut bahawa dalam sanad hadis ini terdapat pelapor bernama Ismail bin Fadl dan dia adalah seorang pendusta. Pendapat ini adalah seperti yang dikatakan oleh as-Sayuti.
       Terdapat satu hadis palsu lain yang menyebut tentang 
       kelebihan menghidupkan malam hari raya:


من أحيا ليلة الفطر وليلة الأضحى لم يمت قلبه يوم تموت القلوب

man ahhya lailatal fithri wa lailatal adhaa lam yamut qolbuhu yauma tamuuttul quluubu

Maksudnya:"Sesiapa yang menghidupkan malam aidil fitri dan aidil adha, maka hatinya tidak mati pada hari semua hati yang lain mati."
  • Al-Haithami dalam Majma' al-Zawa'id berkata bahawa hadis ini disebutkan oleh Tabarani dalam Mu'jam al-Kabir dan Mu'jam al-Awsat daripada 'Ubadah bin Samit. Dalam sanadnya terdapat pelapor bernama Umar bin Harun al-Balkhi. Walaupun Ibn Mahdi dan yang lain memuji Umar bin Harun ini, tetapi kebanyakan sarjana menyatakan dia seorang yang lemah.

  • Menurut Ibn Mai'n, Umar bin Harun ini adalah seorang pendusta.

  • Ibn Qayyim dalam bukunya Zad al-Ma'ad ketika menceritakan tentang perihal Rasulullah SAW pada malam hari raya aidil adha berkata:
      "Kemudian beliau tidur dan tidak menghidupkan malam itu. 
        Tidak ada satu pun hadis shahih yang berkaitan solat sunat
        yang khusus pada malam hari raya."

Surah al-Baqarah,ayat 185:

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur."



Tuesday, October 18, 2011

Kesungguhan Wanita Solehah Dalam Melakukan Qiamullail

Qiamullail, di mana wanita yang solehah akan berdiri dihadapan penciptaNya dalam suasana malam yang sunyi sepi.Hati mereka benar-benar ikhlas dan cinta kepada Allah SWT. Mereka bermunajat kepada Allah SWT dengan hati dan anggota fizikal mereka, serta beribadat kepadaNya dan mengisi jiwa mereka dengan mendirikan solat, zikir, dan membaca al-Quran.






Malam merupakan kehidupan bagi orang-orang yang soleh dan solehah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW:

"Kalian haruslah melaksanakan Qiamullail. Sebab, Qiamullail adalah kebiasaan orang-orang yang soleh sebelum kalian, dan sesungguhnya Qiamullail itu mendekatkan kepada Allah SWT, menghalang dari dosa, menghapuskan kesalahan-kesalahan, dan mengelakkan penyakit-penyakit dari tubuh,"[riwayat at-Tarmizi]




Wanita-wanita solehah sangat bergembira dengan datangnya malam kerana dapat berada lebih dekat dengan Allah SWT.

1) Ummu Harun As-Syaamiyah Rahimahullah berkata:

"Alangkah indahnya malam. Sesungguhnya aku merasa susah kerana siang sehinggammalam datang menjelang.Jika malam telah tiba, aku pun melaksanakan Qiamullail di awalannya. Jika subuh menjelang, masuklah kegembiraan ke dalam hatiku."[Shifatu As-Shofwah 4/303]

2)Fatimah Binti Al-Munkadar selalu berpuasa pada siang hari dn apabila malamnya menjelang, dia pun akan berseru dengan suara yang sedih:

"Malam telah tenang, kegelapan telah datang, dan setiap kekasih telah kembali kepada kekasihnya. Kesendirianku denganMu hai Kasih adalah bahawa Kau lepaskan aku dari Neraka."[Shifatu As-Shofwah 2/202]

3)Muadzah Binti Abdullah Al-Adawiyah selalu menghidupkan malam dengan mengerjakan solat. Jika rasa mengantuk mengalahkannya, maka dia akan bangun lalu berjalan mengelilingi rumahnya sambil berkata:

"Hai diri, tidur di depan. Sekiranya kau telah mati, nescaya kau akan lama terbaring di dalam kubur dalam keadaan menyesal atau gembira.." sehinggalah subuh.Dia juga pernah berkata:

"Aku hairan terhadap mata yang boleh tertidur.Padahal dia tahu lamanya terbaring dalam kegelapan kubur"[Shifatu As-Shofwah 4/22]

4)Habibah Al-Adawiyah

Jika telah mengerjakan solat isyak, dia akan berdiri di atas loteng lalu mengetatkan tudung dan jilbabnya. Kemudian dia berkata:

"Hai Tuhanku, bintang-bintang telah bertaburan, seluruh mata telah tidur, raja-raja telah menutup gerbang istana-istananya, sementara pintuMu tetap terbuka, dan setiap kekasih telah berdua-duaan dengan kekasihnya. Inilah maqamku, di hadapanMu."

Jika waktu subuh telah tiba, dia berkata:

"Ya Allah, kini malam telah menghilang, dan kini siang telah menjelang. Seandainya aku tahu, apakah Kau menerima malamku sehingga aku tenang, ataukah Kau menolaknya sehingga aku sedih. Demi kemuliaanMu, sekiranya Kau mengusirku, aku tidak akan berganjak dari pintuMu dan tidak akan terdapat dalam hatiku selain keberadaanMu serta kedermawaanMu.."[Sifatu As-Shofwah 4/32]

SUBHANALLAH Bertapa mulianya wanita-wanita ini, kita masih jauh lagi daripada mereka, walaubagaimanapun, berusahalah secara berterusan dalam mengerjakan amal ibadat demi membuktikan betapa syukurnya dan cintanya kita kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT:

“Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.”
(Hud : Ayat 114)

“Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”
(Isra : Ayat 79)




*InsyaAllah..semoga Allah permudahkan kita dalam melaksanakan amal ibadat dan menerima amal ibadat kita..amin ya Rabb..♥






Tuesday, October 11, 2011

Muroqqobah Seorang Wanita Solehah

  Muraqqabah iaitu merasakan kesertaan Allah. Maksudnya, iaitu merasakan keagungan Allah pada setiap masa dan saat dan dimanapun serta merasakan kebersamaan-Nya di kala berseorangan atau di tempat tersembunyi mahupun di dalam ramai. Muraqqabah dalam setiap tingkah laku ini sering dipandu oleh rasa takut kepada Allah.Dengan itu, muraqqabah wanita solehah akan menjauhkannya daripada kemaksiatan kepada Allah SWT dan mendidik dirinya agar sentiasa taat kepada Allah SWT dan dia menyembah Allah SWT seolah-olah dia melihatnya.

Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui, firmanNya dalam surah as-Syuaraa’,ayat 217-220:

Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani, Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang), Dan (melihat) gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud. Sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Hadis Nabi SAW :

“Sembahlah Allah seakan-akan kau melihatNya. Dan jika kau tidak dapat melihatNya, maka (yakinlah) bahawa sesungguhnya Allah melihat kamu.”[shohih al-Bukhari]




  Antara kisah yang dimuatkan oleh buku-buku sejarah tentang betapa muroqqobah wanita solehah kepada Allah SWT :

1)Kisah seorang perempuan bersama ibunya pada ketika zaman Amirul Mukminin Umar Ibn Al-Khattab
Aslam berkata,”Suatu malam aku ikut meronda bersama Umar Ibn Al-Khattab. Tiba-tiba beliau berasa penat lalu bersandar di tepi sebuah dinding. Tiba-tiba dia terdengar seorang perempuan berkata kepada anaknya:

“Anakku, ambillah susu itu, dan kemudian campurlah susu itu dengan air.”

Kemudian anaknya berkata:

“Ibuku, tidakkah ibu tahu keputusan Amirul Mukminun hari ini?”

Lalu ibunya bertanya semula:

“Apa keputusannya wahai anakku?”




Dan anaknya menjawab:

“Dia telah menyuruh seorang pemberitahu supaya menyerukan agar susu tidak dicampurkan dengan air.”

Maka si ibu pun berkata:

“Anakkku, kau ambillah susu ini dan campurkanlah susu ini dengan air kerana kau berada di tempat di mana Umar mahupun tukang pemberitahunya itu tidak Nampak.”

Lantas anak perempuan itu berkata kepada ibunya:

“Ibuku, sesungguhnya aku tidak akan sekali-kali hanya mentaati Allah di tempat awam sahaja, sedangkan aku mengingkarinya di tempat-tempat sembunyi.”

Setelah Umar mendengar semua perbualan itu, beliau berkata kepada Aslam:

“Hai Aslam, kau tandalah pintu ini, dan kau kenal pastilah rumah ini.”

Dan kemudian, pada keesokan paginya, umar berkata:

“Wahai Aslam, kau pergilah lihat siapakah perempuan yang berkata-kata pada malam tadi, kepada siapa dia mengatakannya, dan apakah mereka itu mempinyai suami?”

Kemudian Aslam menceritakan,”Lalu aku pun pergi ke tempat tersebut. Dan ternyata perempuan itu seorang janda yang tidak mempunyai suami dan seorang lagi ialah ibunya yang juga tidak mempunyai suami.Kemudian aku pergi kepada Umar al-Khattab dan menceritakan hal tersebut kepadanya.Maka Umar pun memanggil dan mengumpulkan anak-anaknya, lalu berkata:

“Sesiapa di antara kalian yang memerlukan perempuan, aku akan menikahkannya. Sekiranya ayah kalian ini ada keinginan kepada perempuan, tak sorang pun di antara kalian yang akan lebih dahulu kepada perempuan itu.”

Maka Abdullah pun berkata:
“Aku sudah mempunyai isteri.”

Abdurrahman berkata:
“Aku juga sudah mempunyai isteri.”

Lalu Ashim berkata:
“Ya, aku tidak mempunyai isteri. Maka nikahkanlah aku.”

Kemudian Umar mengirim utusan kepada perempuan itu dan menikahkannya kepada Ashim. Setelah menikah, dia telah melahirkan seorang anak perempuan untuk Ashim dan anak perempuan itu pula telah melahirkan Umar Ibnu Abdul Aziz.

Betapa besarnya pahala yang Allah SWT berikan atas ketaatan wanita solehah kepada Allah SWT serta keikhlasan wanita tersebut kepadanya walaupun berada di tempat yang tersembunyi dan dia mendapat suami iaitu putera khalifah, Ashim, dan dari keturunannya jugalah lahirnya khalifah Ar-Rasyidin yang kelima iaitu Umar Ibnu Abdul Aziz RA.[Sirah Umar Ibnu Abdul Aziz oleh Ibn al-Jauzi]

2)Ashmu’I pernah berkata,”Seorang Badwi pernah bercerita,”Aku telah keluar pada suatu malam yang gelap gelita. Tiba-tiba aku terserempak dengan seorang wanita yang cantik jelita seperti bulan, sehingga aku pun menginginkan dirinya. 





Maka dia berkata:“Celakalah kamu!Apakah kamu tidak mempunyai penghalang akal, walaupun kamu sememangnya tidak mempunyai pencegah dari agama?”

Aku berkata:

“Demi Allah, yang kamu lihat tidak seperti lain, kecuali bintang.”Lamtas dia berkata:

“Jadi di mana yang menjadikannya seperti bintang itu?”[Shifatu As-Shofwah]

3)Kisah Ufairah, seorang ahli ibadat, dan muroqqobahnya telah mendorongnya kepada kesriusan dan kesungguhannya dalam mentaati Allah SWT sehinggakan dia tidak pernah tidur. Sehingga suatu ketika telah dating Ruh Ibnu Salmah dan berkata kepadanya:

“Telah sampai khabar kepadaku bahawa kau tidak pernah tidur malam,”

Lalu Ufairah pun menangis dan berkata:

“Terkadang aku sangat ingin untuk tidur, namun aku tidak sanggup. Bagaimana sanggup tidur, orang yang sang pemeliharanya tidak tidur pada waktu siang ataupun malam?!”[Shifatu As-Shofwah]

***Sesungguhnya muroqqobah kepada Allah SWT telah menjaga wanita Muslimah dari bahaya besar sehingga dia dapat memelihara kehormatannya dalam masa yang sama dapat member pengajaran kepada yang lain supaya takut kepada Allah SWT.***

sumber: La Tahzan

Friday, October 7, 2011

Solat Dengan Berserban

"انّ الصّلاة بعمامة تعدل خمسا وعشرين صلاة بغير عمامة"

"Innassholaata Bi'imaamati Ta'dilu Khomsan Wa'isyriina Sholata Bighairi 'imamah"

Maksudnya:"Sesungguhnya solat dengan berserban menyamai dua puluh lima solat tanpa memakai serban."


Ulasan Sarjana

*Ibnu Hajar al-'Asqalani dalam kitab Lisan al-Mizan berkata:

 "Ini adalah hadis mungkar, bahkan ianya maudu' dan dalam sanadnya terdapat pelapor yang aku tidak mengenalinya.."

Terdapat hadis palsu lain yang menyebut kelebihan solat dengan memakai serban:

"الصّلاة في العمامة بعشرة آلاف حسنة"

"Assholatu fil 'imamati bi'asyrotil aal afi hasanatin"

Maksudnya:"Solat dengan memakai serban mendapat sepuluh ribu kebaikan"

*Ibnu Arraq al-Kannnani dalam bukunya Tanzih al-Syari'ah menyebut bahawa dalam sanad hadis ini terdapat pelapor bernama Abban bin Abi 'Isyah dan dia terkenal sebagai seroang pendusta.

*Al-Sakhawi dalam buku al-Maqasid al-Hasanah menukilkan pendapat gurunya al-Hafiz Ibn Hajar yang menyatakan bahawa hadis ini adalah Maudu'.




Wednesday, October 5, 2011

Jihad Wanita Solehah Dengan Lidahnya

Wanita Oh Wanita...

Firman Allah SWT dalam suraj Ali Imran, ayat 110:

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Ya
hudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik."
Ini menunjukkan sifat yang paling khusus buat orang yang beriman, Allah SWT memuji mereka dalam kitabNya,Al-Quran.

"Sinarilah rumah kamu dengan mendirikan sembahyang dan membaca al-Quran"
(Riwayat Al-Baihaqi)

Firman Allah SWT dalam surah at-Taubah, ayat 71:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Menjaga agama, mendirikan syiar-syiarnya di kalangan manusia, mendorong manusia agar taat kepada Allah SWT dan menjauhkan mereka daripada perbuatan maksiat memerlukan jihad.Ini akan menyelamatkan umat daripada seksaan azab Allah SWT nanti.

Sabda Rasulullah SAW

"Demi Allah, Yang jiwaku berada dalam genggamanNya, hendaklah kalian memerintahkan kepada yang maa'ruf dan mencegah kepada yang mungkar atau Allah SWT akan benar-benar mendatangkan bencana kepada kalian, kemudian kalian berdoa tapi tidak dimakbulkan."(SHAHIH MUSLIM)


Amar ma'ruf nahi mungkar ini bukan tanggungjawab lelaki sahaja tetapi juga tanggungjawab wanita, masing-masing mestilah mengikut kemampuan ilmu dan pengetahuannya untuk mencegah mungkar amar ma'ruf.

Wanita dan lelaki mestilah menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran walau di mana sahaja berada sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

"Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaknya ia mencegahnya dengan tangannya, jika ia tidak mampu maka hendaklah ia mencegahnya dengan lisannya, dan barangsiapa tidak mampu hendaklah ia mencegahnya dengan hati maka itulah selemah-lemah iman."(Hadis Riwayat Muslim)

Wanita solehah sewajarnya berperanan dalam mencegah kemungkaran tidak kira di rumah apabila bersama-sama anaknya, ketika bersama sahabatnya. Kita dapat lihat contoh para wanita yang sanggup berhadapan dengan para khalifah dan mengingatkan mereka agar ingat kepada Allah SWT serta menjelas mana yang baik dan melarang yang mungkar.Contohnya :

*Sayyidah Nafisah RA yang menegakkan kebenaran agar pemerintah yang kejam iaitu Ahmad bin Thouwlun berbuat adil terhadap rakyatnya.

*Sayyidah Zainab Al-Ghazali:pelbagai bidang dakwah yang diceburinya(ceramah,penulisan,pengajaran ilmu)

Monday, October 3, 2011

Solat Yang Tidak Mencegah Kemungkaran

"Man lam tantahu sholaatuhu 'anilfahhsyaa ilwalmunkari lam yazdada minallah"

Maksudnya:"Sesiapa yang solatnya tidak dapat mencegahnya daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran, maka sebenarnya tidak bertambah hubungannya dengan Allah kecuali semakin jauh."

Ulasan Sarjana

*Hadis ini direkodkan oleh Tabarani dalam buku Mu'jam al-Kabir  dan oleh al-Qudhai' dalam kitab Musnab al-Syihab. Dalam sanad hadis ini, terdapat seorang pelapor bernama Laith bin Abi Salim. Dia adalah seorang yang lemah di sisi para sarjana hadis. Menurut Ibnu Hajar, dia adalah seorang yang pelupa dan nyanyuk semasa akhir hayatnya. Sebab itulah hadisnya tidak diterima.


*Al-Hafiz al-'Iraqi ketika menyemak semula hadis yang terdapat dalam kitab Ihya' Ulumuddin memberi ulasannya terhadap hadis ini, katanya:


"sanad hadis ini adalah lemah."


*Al-Albani dalam Silsilah Ahadith al-Dhaiifah berkata:


"Hadis ini batil, dan ia adalah popular di kalangan ramai orang, tetapi tidak shahih sama ada dari sudut sanad mahupun matannya."


Sebenarnya ia adalah daripada perkataan Ibnu Mas'ud tetapi dengan lafaz yang lain iaitu:


"Man lam takmuruhu sholatahu bilma'ruufi watanhahu 'anilfahhsyaa ilam yazdada minallah illa bu'dan"


Maksudnya:"Sesiapa yang solatnya masih tidak dapat menyerunya ke arah kebaikan dan mencegahnya daripada melakukan kejahatan, maka sebenarnya tidak bertambah hubungannya dengan Allah kecuali lebih jauh."


Perkara ini dinyatakan oleh Syeikh Said bin Soleh dalam bukunya Ahadith Mardudah.

Sunday, October 2, 2011

Nabi Kota Ilmu Dan Ali Pintunya

"Ana Madiinatul 'lmi Wa 'aliyyu Baabuha"

Maksudnya:"Aku adalah kota ilmu dan Ali itu adalah pintunya"

Dalam hadis lain ditambah dengan lafaz:

"Faman Atal 'llma Falyaktil baab"

Maksudnya:"Maka sesiapa yang hendakkan ilmu, maka mestilah melalui pintunya(Ali)."

Ulasan sarjana

  • Ibnu Taimiyah berkata: "Ini adalah hadis dhaif, bahkan maudu' di sisi para sarjana hadis."
  • Al-Hakim menyebut hadis ini dalam bukunya al-Mustadrak daripada hadis Abdullah bin Abbas dan Jabir bin Abdullah, dan semua sanadnya adalah dhaif. Az-zahabi memberi komen terhadap hadis ini dengan mengatakan:
                                                       " Bahkan ianya adalah maudu' "
  • Ibnu Tahir al-Maqdisi menyebut hadis ini dalam bukunya Tazkirat al-Maudhu'at dan dia berkata:
 "Dalam rangkaian sanadnya terdapat Abu al-Sallat al-Harawi dan namanya ialah Abd al-Salam, juga 
      terdapat pelapor bernama Uthman bin Khalid dan Ismail bin Muhammad bin Yusuf, danh kesemua mereka ini adalah pendusta."

  • Tirmizi berkata: "Ini adalah hadis mungkar".
  • Bukhari juga berkata:"Tidak ada bagi hadis ini ciri-ciri shahih."
  • Ibnu Mai'n berkata"Sesungguhnya ia adalah: dusta, tidak ada asal usulnya."
*Semua ulasan para sarjana hadis ini disebutkan oleh Ibn Taimiyah dalam buku al-Ahadith al-Maudhu'ah.