Friday, December 2, 2011

Himpunan Doa Dalam Surah Al-Baqarah



"...Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka..."(126)


"...Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui"(127)


"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;"(128)


"Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"(129)


"...Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka."(201)


"..Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"(250)


"..Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"(286)


**Selamat Beramal..Jika ada penambahan,silakan tambah agar bertambah ilmu dan ditambah..=)

Allahua'lam Bisshowab..







Pesanan Hikmah Para Wanita Solehah Terdahulu


"Dunia dan Akhirat itu ibarat dua wanita yang dimadu.
Apabila engkau senang(pada) salah satu(antara) keduanya, maka akan marahlah yang lain."
(Saidina Ali RA)



 Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 269:

“Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan sesiapa yang diberikan Hikmat itu maka sungguh ia telah berikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang yang menggunakan akal fikirannya.”

  Terdapat banyak wanita solehah dalam sejarah Islam yang boleh dijadikan sebagai contoh kepada kita atau ikutan wanita-wanita sekarang. Mereka juga merupakan pemberi semangat kepada wanita yang berusaha untuk menjadi wanita yang solehah.

  Dan harus kita ingat bahawa apa sahaja yang Allah jadikan adalah suatu pengajaran bagi orang-orang yang berpengetahuan, berfikir dan mendengar nasihat dan berusaha untuk mencapai keredhaan Allah SWT.Para wanita yang Berjaya mendapat gelaran wanita solehah ini, bukan akhlak dan ibadah mereka sahaja tinggi, malah kata-kata mereka juga berhikmah kerana mereka hanya berkata-kata sesuatu yang benar dan mengajak orang ke arah kebaikan.

 Ini adalah hikmah-hikmah yang ditinggalkan oleh para wanita solehah yang boleh dijadikan sebagai peringatan dan panduan.



 **Fatimah An-Naisaburi RA**


    ”Barangsiapa yang tidak dapat memperoleh perhatian daripada Allah, mereka akan melangkahkan kaki mereka ke mana-mana sahaja tempat dan bercakap apa sahaja mengikut kemahuan hati mereka. Barangsiapa yang diperhatikan Allah, mereka akan membisukan mulutnya kecuali  kebenaran serta sentiasa mempunyai sifat malu dan ikhlas kepadaNya.”

“Pada hari ini, orang yang jujur dan bertaqwa bagaikan di lautan yang bergelora, terumbang-ambing dilambung ombak. Dia berdoa kepada Tuhannya bagaikan orang yang tenggelam, memohon supaya dikeluarkan daripada petaka dan selamat.”

“Barangsiapa yang beramal kerana Allah agar dapat bermusyahadah, mereka ialah orang yang makrifat dan barangsiapa yang beramal agar dilihat Allah, dia adalah orang yang ikhlas.”



 Kata-kata Fatimah Radhiallahu 'Anha ini bertepatan dengan hadis Baginda Shallallahu 'Alaihi Wasallam:


“Sembahlah Allah SWT seolah-olah engkau melihatnya dan jika engkau tidak melihatnya, Sesungguhnya Allah melihatmu.”[Hadis Riwayat Muslim]


 Pada suatu hari, Dzu An-Nun Al-Misri berkata kepada Fatimah:

"Nasihatilah aku"
Beliau menjawab:

“Istiqamahlah terhadap kejujuranmu serta perangilah hawa nafsumu dalam perbuatan dan perkataanmu.."

kerana firman Allah Subhanallahi Ta'ala dalam surah Muhammad, ayat 21:

"Ketaatan dan perkataan yang baik yang diredhai Allah. Maka apabila perkara perang itu diwajibkan, maka kalaulah mereka bersifat jujur kepada Allah dengan mematuhi perintahNya, tentulah yang demikian itu amat baik bagi mereka"


**Lubabah**

 Beliau merupakan seorang wanita ahli ibadah pernah berkata:

“Ma’rifatullah menghasilkan mahabbah, mahabbah menghasilkan rindu, rindu membuahkan manja, dan manja menjadikan seseorang itu selalu mengabdi kepadaNya serta rela atas segala ketentuannyaNya.”

**Aisyah binti Uthman** 

Beliau menasihati  puterinya:


“Janganlah engkau senang dengan perkara fana dan janganlah engkau sedih atas sesuatu yang sudah pegi. Berbahagialah engkau dengan mengabdikan diri kepada Allah serta bersedihlah atas keruntuhan darjatmu di mata Allah.”

Beliau juga pernah berkata:

“Barangsiapa yang tidak mahu untuk mendekatkan diri kepada Allah, hal tersebut menunjukkan betapa minimanya kemanjaannya kepada Tuhannya(Allah).”

Beliau juga berkata:

“Barangsiapa yang memandang remeh tentang seorang hamba, dia adalah orang yang sangat sedikit sekali pengetahuan mengenai junjungannya. Barangsiapa yang mencintai penciptanya, nescaya dia akan mencintai ciptaanNya.”

**Bahriah**

 Seorang wanita ahli ibadah berkata: 

“Jika hati meninggalkan syahwat, ilmu akan menjadi dekat, mengikuti, dan hati akan menerima segala sesuatu yang datang pada hati.”)maksudnya anugerah yang dicurahkan Allah daripada pelbagai ilham)

**Saudari Abu Sulaiman Ad-Darani**

Beliau pernah berkata:

 “Orang-orang fakir semuanya mati, kecuali orang-orang yang dihidupkan Allah SWT dengan kekuatan qana’ah serta redha dengan keadaan fakirnya.”

**Zubdah**   

Beliau merupakan saudara perempuan Basyar Al-Kafi yang berkata:

“Dosa adalah sesuatu yang paling berat bagi hamba dan sesuatu yang paling ringan bagi hamba ialah taubat. Mengapa dia tidak menolak sesuatu yang paling berat dengan sesuatu yang ringan.”

Hayatilah apa yang tersirat di sebalik kata-kata hikmah wanita solehah ini dan amalkannya kerana kita tidak rugi maupun dirugikan.Mereka manusia seperti kita, inginkan keseronokan hidup tetapi memilih untuk mendekatkan diri kepada Allah.Betapa mulianya mereka dan hamba Allah yang solehah maupun soleh mereka tidak berkata yang sia-sia malah kata-kata mereka sering menyeru orang lain mengingati Allah dan mendekati Allah SWT.Allahua’lam.

[Kisah-kisah para wanita solehah ini diambil daripada Kitab-Kitab:Sifatu As-Safwah,Zikir An-Niswah al-Muta’abiddaat & A’laam an-Nisaa’]