Friday, February 3, 2012

Anak Zina Tidak Memikul Dosa Ibu Bapa ?

 Dalam Islam dosa yang dilakukan oleh seseorang itu tidak akan ditanggung oleh orang lain. Jika anak zina tidak dapat masuk syurga disebabkan kesalahan zina yang dilakukan oleh ibunya, ini jelas bertentangan dengan prinsip islam seperti yang dinyatakan dalam beberapa potongan ayat dalam al-Quran, antaranya dalam surah al-An'am, ayat 164:


"Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya."

Bahkan hal ini turut diperkukuh lagi dengan hadis yang disampaikan oleh Aisyah RodhiAllahu 'Anha:


"Anak zina tidak menanggung sedikit pun daripada dosa ibu bapanya."
(Direkodkan oleh Tabrani, al-Sakhawi berkata sanad hadis ini baik)


*Allahu A'lam Bisshowab