Tuesday, November 29, 2011

Kisah Heraclius dengan Tenteranya


 Sebelum bangsa Arab memeluk Islam, seperti yang dicatat dalam sejarah, bahawasanya mereka merupakan bangsa yang berpecah belah dan bermusuhan sesama sendiri. 


 Selain itu, kerajaan Parsi dan Rom yang terkenal dengan kegagahan pada masa itu juga tidak begitu berminat untuk menjadikan tanah Arab sebagai tanah jajahan mereka kerana bagi mereka, tiada apa-apa yang boleh diharapkan daripada tanah Arab itu mahupun bangsa arab itu sendiri.Tiada kekayaan mahupun tenaga manusia.Kerajaan Rom menganggap bangsa Arab mundur dan memilikinya tidak membawa apa-apa keuntungan pada kerajaan mereka.

*************************************************************************************************************************



 Namun setelah Nabi Muhammad SAW diutuskan kepada mereka dalam jangka masa yang singkat sahaja bangsa Arab bersatu padu dan mendapat kekuatan yang tidak pernah diduga oleh bangsa-bangsa yang gagah pada masa itu.Islam berkembang dengan pesatnya seperti menerima nafas baru.

 Perkembangan Islam yang begitu pesatnya ke seluruh tanah Arab menggugat kerajaan Rom dan Parsi.Oleh hal yang demikian, berlaku beberapa peperangan antara tentera Islam dengan tentera Rom, antaranya peperangan Yarmuk pada zaman Umar bin al-Khattab.


 Peperangan Yarmuk melibatkan seramai 200 ribu orang tentera Rom dan 24 ribu orang tentera Islam tetapi kemenangan berakhir dengan kemenangan yang cemerlang bagi tentera-tentera Islam.

 Tentera Rom pula melarikan diri dari medan peperangan dan kembali ke Rom dan membuat laporan kepada Maharajanya Heraclius.

**********************************************************************************************************************

 Ini merupakan dialog antara Maharaja Heraclius dengan tentera-tenteranya yang lari dari medan pertempuran itu.Heraclius sangat marah kepada tenteranya sehingga beliau menyumpah dengan kata-kata kasar.

Heraclius : Celakalah kamu! Beritahu aku apakah jenis tentera yang kamu hadapi dalam peperangan itu.
                 Manusiakah  mereka ataupun bukan?           

Tentera   : Tentera-tentera Islam adalah manusia juga tuanku.

Heraclius : Siapakah yang lebih ramai bilangannya di dalam peperangan itu? Kamu atau mereka?

Tentera  : Tentera tuanku berkali-kali ganda lebih ramai daripada tentera-tentera Islam itu.

Heraclius : Apakah jenis senjata yang digunakan oleh tentera-tentera Islam? Adakah mutu senjata-senjata itu 
                 lebih baik dari mutu senjata yang kamu gunakan?

Tentera : Senjata tentera-tentera Islam lebih rendah mutunya daripada senjata-senjata kita dan mereka hanya                            
               menggunakan satu senjata sahaja kebanyakkannya iaitu pedang, sedangkan pedang tentera-tentera 
               kita lebih daripada itu.

Heraclius semakin berang dan bertanya lagi:

"Kalau demikian, mengapa kamu semua dapat dikalahkan oleh tentera-tentera itu? Mengapa kamu kalah di dalam peperangan yang semestinya kamu boleh menang? Mengapa ?

Semua berdiam diri dan tidak ada seorang pun yang menjawab pertanyaan Heraclius.Tiba-tiba seorang daripada tentera Heraclius yang agak berumur dalam kalangan mereka bersuara:


"Tuanku, sebab sebenarnya kita kalah adalah kerana tentera yang kita hadapi itu ialah tentera yang tidak takut selain daripada Tuhan mereka. Mereka patuh kepada ajaran agama mereka sehingga dalam peperangan pun mereka bersembahyang berjemaah dan tidak pernah meninggalkannya. Mereka berkasih sayang sesama mereka, tolong menolong dan patuh kepada ketua mereka dan ajaran-ajaran agama mereka sedangkan tentera kita, tidak ada kejahatan yang tidak dilakukan. Dengki mendengki sesama sendiri, hasut-menghasut tidak berhenti. Yang kuat menindas yang lemah. Arak, judi dan sebagainya terus diamalkan. Sebab itulah tentera kita kalah."

Mendengar kata-kata itu, Heraclius tiba-tiba diam lalu berkata:

"Kamu membenarkan apa yang aku sangka."

*************************************************************************************************************************

 Semasa berlaku peperangan di Yarmuk, Heraclius berada di Antioche, sebuah bandar yang terkenal di Turki pada masa itu. Beliau membenarkan kata-kata itu kerana beliau sendiri pernah berhadapan dengan tentera-tentera Islam dan banyak mengetahui tentang tentera-tentera Islam itu.

 Heraclius turut bertanya kepada salah seorang tenteranya yang pernah ditawan oleh tentera Islam, tetapi kemudiannya dibebaskan. Heraclius bertanya kepada tenteranya itu:

 "Beritahu aku keadaan tentera Islam yang kamu saksikan semasa di dalam tawanan dahulu."

 Tentera itu menjawab:

"Tuanku, hamba akan memberitahu tuanku mengenai tentera-tentera itu seolah-olah tuanku sedang melihat mereka. Mereka adalah pahlawan-pahlawan perkasa pada siang hari dan peyembah-penyembah Tuhan yang taat pada malamnya. Mereka tidak memakan yang dilarang. Setiap kali mereka bertemu, mereka memberi salam. Kejahatan dihapuskan. Kebaikan diteguhkan."

 Kata Heraclius:

 "Sekiranya semuanya itu benar, mesti mereka berjaya menguasai tempat aku berpijak sekarang ini."

 Jangkaan Heraclius mengenai Muhammad dan pengikut-pengikutnya dapat menguasai negara Rom terbukti benar setelah Rom yang gagah itu dikalahkan oleh umat Islam.




 Daripada kisah ini,jelas sekali ketaatan kepada hukum-hukum Allah keseluruhannya menjanjikan kemenangan di dalam peperangan umat Islam. Mereka yakin terhadap janji-janji Allah SWT terhadap orang yang patuh dan taat kepadanya. Tentera-tentera Islam mempunyai bilangan yang amat sedikit berbanding tentera-tentera musuh tetapi mereka sabar dan taat kepada perintah Rasulullah SAW dan bertaqwa, dan sabar itu bukan perkara mudah. Akhirnya, Allah yang Maha Menepati Janji memberikan kemenangan kepada umat Islam. Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran, ayat 200:

 "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

 Dalam masa yang sama, mereka tidak menzalimi tawanan mereka sebagaimana mereka taat kepada perintah Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW:

 "Berperanglah dengan nama Allah. Pada jalan Allah. Perangilah orang-orang kufur dengan Allah dan jangan sesekali melampaui batas. Jangan mengkhianati mereka dan  jangan mencincang mayat mereka dan jangan membunuh kanak-kanak."(Hadis Riwayat Muslim)

 Allahua'lam bisshowab. Apabila peperangan menjadi ibadat dan amalan yang baik, tidak diberi ganjaran oleh Allah SWT kecuali disertakan dengan kejujuran dan ikhlas kerana Allah SWT.~

*InsyaAllah..=)



Wednesday, November 23, 2011

Puasa Sunat Asyura

 .::~*SeLaMaT MeNuNaiKaN IbaDaT Puasa SuNaT AsYuRa*~::.




Daripada Abu Qatadah Radiyallahu’anh bahawa Rasulullah ditanya akan puasa hari ‘Asyura. Maka sabdanya : “ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. Di dalam riwayat yang lain “..adapun puasa pada hari ‘Asyura menghapuskan dosa tahun sebelumnya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Puasa Sunat Asyura iaitu pada 10 Muharram merupakan salah satu ibadah sunat yang sangat-sangat dituntutseperti yang dinyatakan dalam hadis shahih berikut.

1.Ibnu 'Abbas menceritakan:

"Apabila Rasulullah datang ke Madinah, beliau melihat orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura lalu beliau bertanya:

 "Apakah ini?"

Mereka menjawab:

"Hari ini adalah hari yang baik kerana pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan bangsa Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa".

Lalu beliau berkata:

"Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu".

Beliau pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa."

(Hadis Riwayat Bukhari)


2. Aisyah RA berkata:

"Rasulullah mengarahkan supaya berpuasa pada hari Asyura. Apabila puasa Ramadhan difardhukan, siapa yang hendak berpuasa(hari Asyura) maka dia boleh berpuasa dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka(tidak berpuasa)".

(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)


3. Daripada Aisyah RA katanya:

"Orang Quraish di zaman jahiliah berpuasa pada hari Asyura. Apabila Beliau datang ke Madinah, beliau berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari Asyura lalu Beliau berkata:

"Siapa yang mahu, dia boleh berpuasa (sunat Asyura) dan siapa yang tidak mahu berpuasa, dia boleh meninggalkannya."

(Hadis Riwayat oleh Bukhari & Muslim)


  Puasa Asyura kemudian disunatkan pada 9 Muharam untuk tidak meniru kaum Yahudi dan Nasrani yang membangga-banggakan puasa Asyura pada 10 Muharam semata-mata.


 Daripada Ibn Abbas R.A bahawa Rasulullah ketika berpuasa pada hari ‘Asyura dan mengalakkan untuk berpuasa. Kemudian para sahabat bertanya : 


“Ya Rasulullah, sesungguhnya hari tersebut (‘Asyura) merupakan hari ini adalah hari yang diagung-agungkan oleh Yahudi dan Nasrani. Kemudian baginda bersabda : jika tiba tahun berikutnya – insyaAllah – kita akan berpuasa pula pada hari kesembilan”.


 (Hadis Riwayat Muslim) 

Ibn Abas berkata: “Belum sampai tahun depan, Nabi SAW sudah pun meninggal dunia.”



 (HR. Muslim no. 1134) 

Namun, sebelum tiba puasa Asyura pada tahun berikutnya, Baginda SAW wafat.

 Hal yang demikian jelas menunjukkan kesungguhan baginda ingin berpuasa tetapi tidak kesampaian. Walaubagaimanapun, para ulama bersetuju untuk menyatakan ini menunjukkan betapa Nabi Muhammad SAW ingin melakukan perbezaan daripada amalan ahli kitab. Ini juga dijelaskan oleh satu athar daripada Ibnu Abbas : 



( صوموا التاسع والعاشر خالفوا اليهود ) 

“Berpuasalah pada hari kesembilan dan kesepuluh, dan bezakanlah (dari meniru) Yahudi” 



(Musnad Abdurrazak) 

Ini juga membawa maksud bahawa Rasulullah tidak menyukai meniru orang kafir. Ini dapat dibuktikan dengan banyaknya hadith yang menegah kita meniru orang-orang kafir. 



 Antara hadis yang melarang umat islam menyerupai orang kafir ialah:


*Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa yang menyerupai satu satu kaum, maka ia telah menjadi golongan mereka”. 


(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan at- Tabrani). 


*“Bersabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam : 


"Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) karena mereka itu memotong (mencukur) jenggot mereka dan memanjangkan (memelihara) kumis mereka."


(Hadis Riwayat Muslim).


Sedangkan antara sunnah para Nabi ialah memelihara janggut dan menipiskan kumis:


*Dari Aisyah berkata : Sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam : 


"Sepuluh perkara dari fitrah (dari sunnah nabi-nabi) diantaranya ialah mencukur kumis dan memelihara janggut." 


(Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud, at Tirmidzi, an Nasaii dan Ibn Majah.)

Saturday, November 19, 2011

Kelebihan Puasa As-Syura

من صام يوم عاشوراء كتب الله له عبادة ستين سنة بصيامها٬ومن صام يوم عاشوراء
 أعطى ثواب ألف حاج و معتمر.


Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam), Allah akan tulis pahala ibadat baginya selama 60 tahun dengan puasa dan qiamnya dan siapa yang berpuasa pada hari As-Syura’ akan diberi pahala seribu malaikat dan siapa yang berpuasa hari As-Syura akan diberi pahala seribu orang yang menunaikan haji dan umrah.”

Ulasan Sarjana

Ini adalah petikan hadis yang panjang yang menyebut tentang kelebihan puasa pada hari Asyura. Ibn ‘Arraq al-Kannani di dalam Tanzih al-Syariah menyatakan dalam sanad hadis ini terdapat pelapor bernama Hubaib ibn Abi Hubaib dan dialah yang memalsukan hadis.

Monday, November 14, 2011

Mengusap Mata Semasa Laungan Azan


 من قال حين يسمع المؤذن يقول: أشهد أنّ محمّدا رسول الله:مرحبا بحبيبي وقرّة عيني محمد بن عبدالله صلى الله عليه وسلم٬ ثمّ يقبل
ٳبهاميه ويجعلهما على عينيه لم يرمد أبدا.



Maksudnya : " Sesiapa yang berkata ketika mendengar tukang azan melaungkan(Ashaduanna Muhammadarrosulullah):" Selamat datang wahai kekasihku dan penyejuk mataku Muhammad bin Abdullah,” Kemudian mencium kedua ibu jarinya dan menyapu dia atas kedua matanya, nescaya tidak akan rabun selama-lamanya.”

ULASAN SARJANA

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin Abi Bakar al-Radad al-Yamani (seorang sufi) dalam bukunya Mujibat al-Rahmah wa ‘Aza’im al-Maghfirah.

**  Al-Hafidz al-Sakhawi dalam buku al-Maqasid al-Hasanah berkata:


“Terdapat dalam sanadnya para pelapor yang majhul(tidak dikenali) disamping sanadnya juga terputus daripada al-Khidir.”

·       **  Al-‘Ajluni dalam buku Kasyf al-Khafa’ juga member Ulasan tentang hadis ini. Katanya: 

“T   "Tiada yang sahih pada yang marfu’(dari Rasulullah) daripada semua ini.”

.::*~Di Sebalik Syurga~*::.


*gambar ini perhiasan semata-mata


Di Syurga Firdaus itu terdapat empat sungai:


1.Sungai daripada air yang tidak berubah rasa dan baunya.


2.Sungai daripada air susu yang tidak berubah rasanya.


3.Sungai daripada khamar yang lazat rasanya.


4.Sungai daripada madu yang disaring.


Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Muhammad, ayat 15:tafsirnya...


"Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa (ialah seperti berikut): Ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya) dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam Neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama)! "


Allah SWT juga menyediakan empat ragam(jenis) hidangan minuman yang terbuat daripada Jahe, Salsabil, Rahiiq dan Tasnim.


Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Insan, ayat 17-18:tafsirnya...


"Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari "Zanjabil",Iaitu sebuah mata air dalam Syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai "Salsabil".


Firman Allah SWT dalam surah al-Mutaffifin, ayat 25-28:tafsirnya...


"Mereka diberi minum dari satu minuman yang termeterai bekasnya,Meterainya kasturi; dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan;Dan campuran minuman itu adalah dari "Tasnim":Iaitu mata air yang diminum daripadanya oleh orang-orang yang di dampingkan (Tuhan di sisiNya)."


Allahua'lam Bisshowab..tidak salah mengejar syurga kerana syurga itu dariNya..insyaAllah..=)

Sehari Di Mahsyar Menyamai 50 Ribu Tahun Di Dunia



  Di akhirat tidak ada peredaran matahari lantaran matahari telah dilipat oleh Allah SWT, tugasnya telah ditamatkan. Sebab itulah para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, berapa lamakah manusia mesti berada di Mahsyar.


 Dalam hal ini, Abu Said Al-khudri meriwayatkan hadis Rasulullah SAW. Katanya Rasulullah SAW telah membacakan firman Allah SWT,surah al-Ma'arij,ayat 4:
tafsirnya:


"Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahanNya (untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing-masing, terutama) pada satu masa yang adalah tempohnya (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) sungguh panjang, (kerana banyak hitungan hisab dan berat soal jawabnya). "


selain itu,tafsirnya:


"Malaikat-malaikat dan Jibril naik(menghadap) kepada Tuhan sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun."


 Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT menjelaskan mengenai para malaikat dan juga Jibril yang saban hari menghadap Tuhan, kadar masa bagi satu hari di alam malaikat itu ialah 50 000 tahun. Demikianlah bandingan masa bagi satu hari yang ditempuh oleh para malaikat bersamaan dengan lima puluh ribu tahun.


 Para ulama membandingkan alam akhirat itu berdasarkan ayat 4 surah al-ma'arij, iaitu dengan kadar bagi satu hari itu bersamaan dengan lima puluh ribu tahun. Sekiranya manusia berada selama sebulan(30 hari) di akhirat, bandingannya dengan tahun dunia ialah 1.5 bilion tahun.Betapakah halnya jika seseorang itu terdampar di Mahsyar selama 50 000 tahun akhirat?


"Alangkah lamanya,"kata para sahabat apabila mendengar baginda membacakan surah al-Ma'arij yang menjelaskan kadar bandingan masa dunia dan akhirat itu.kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi bagi menyahut keluhan para sahabat itu dengan sabdanya yang bermaksud;


"Demi jiwaku yang berada di dalam genggaman Tuhan, sesungguhnya Allah SWT meringankan(tempoh masa di akhirat) bagi orang mukmin hanya sekadar lama masa bagi tempoh waktu melakukan solat fardhu."


 Singkatnya masa yang bakal ditempuh oleh orang-orang mukimin sekadar satu solat fadhu. Sesungguhnya masa yang digunakan bagi melakukan solat fardhu itu lebih kurang lima minit, bagi orang mukmin lima minit itu sememangnya terlalu ringan,malah mereka merasa tenang melakukan solat setenang ikan di dalam air. Walaupun masa yang digunakan bagi melakukan solat yang khusyuk itu lebih daripada 10 minit, namun mereka merasa seolah-olah hanya sekejap sahaja.


 Lebih-lebih lagi bagi orang yang melakukan solat dengan khusyuk, yang sentiasa mengikuti makna bacaan surah. Apabila dibacanya surah-surah yang menyebut hari kiamat, mengenai gegaran bumi ketika bumi digoncang untuk dikiamatkan dan seumpamanya, maka mereka akan bertambah khusyuk malah dengan linangan air mata. Dalam suasana begitu mereka tidak akan memikirkan berapa lama solat yang dilakukan, lantaran jiwa mereka tenggelam dalam rasa khusyuk.


Tetapi bagi golongan fajir dan munafik, solat yang dilakukan dengan malas, terasa bagai beban berat yang menyulitkan. Apabila melakukan solat dilakukan dengan pantas dan tergopoh-gapah,hati mereka gelisah seperti burung dalam sangkar, lebih-lebih lagi jika imam membaca surah yang agak panjang, maka mereka gelisah dan hati mereka berkeluh kesah. Dalam hati mereka mengutuk imam tersebut yang membaca ayat yang panjang-panjang, mereka mempersoalkan imam tersebut,mengapakah imam membaca surah yang panjang-panjang?


 Bagi golongan seperti itu, mengerjakan solat yang hanya ambil masa 5 minit sudah dirasakan terlalu lama, sebab itu mereka lebih senang meninggalkan solat. Apabila ditanya mengapa mereka tidak mengerjakan solat? Jawabnya,kerana sibuk."Banyak kerja, tidak sempat hendak sembahyang,".Bagi mereka menyudahkan solat seperti orang sakit yang teramat sangat menunggu lama untuk sembuh.mereka lebih sanggup mengerjakan puasa, sanggup berlapar dan dahaga sepanjang hari di bulan Ramadhan, tetapi tidak sanggup mengerjakan solar walaupun beberapa minit sahaja.


*Fajir>>>derhaka/orang yang suka melakukan maksiat/sihir


Bagi golongan mukmin yang sebenar, tempoh masa yang bakal dilalui di padang Mahsyr selama 50 000 itu terasa amat singkat, seolah-olah seperti melakukan satu solat fardhu sahaja.Demikian anugerah Allah SWT kepada golongan mukmin, sesuatu kebahagiaan yang dilalui oleh seseorang terasa masa berlalu amat singkat. Sebaliknya jika derita yang dialami pasti terlalu lama walaupun sebenarnya hanya sekejap.


 Demikian peristiwa Mahsyar, di mana ukuran masa yang dilalui setiap orang itu ditentukan oleh Allah SWT semata-mata, Allah yang memanjangkan dan memendekkan masa.Dialah yang meringankan dan memberatkan suatu tanggungan.


 Sebab itulah Rasulullah SAW sering berdoa kepada Allah SWT supaya memudahkan yang sukar:


"Allahumma 'Yassirli Kulla 'Asir"


 Kenapakah baginda berdoa begitu?Tidak lain tidak bukan memudahkan perkara yang sukar..Siapa yang memudahkan?Tiada yang berkuasa memudahkan iaitu Allah SWT dan itu adalah mudah bagi Allah SWT...

*sama2lah beramal dengan ikhlas..takutlah kepada azabnya..carilah redhaNya....insyaAllah..

Saturday, November 5, 2011

Kisah Si Angkuh Yang Bongkak Terhadap Allah SWT

  


  Dalam al-Quran diceritakan perihal seorang lelaki yang diberi Allah kurnia berupa dua kebun anggur. Kedua kebun itu dikelilingi pohon-pohon kurma. Dan di antara dua kebun itu dibuatkan ladang. Dan dialirkan sungai di celah-celah kedua kebun tersebut. Kedua kebun itu menghasilkan buah yang melimpah ruah.Dengan tuaian besar setiap musimnya itu si pemilik kebun  menjadi kaya raya. 

 Akan tetapi kekayaan yang dimilikinya tidak menjadikan lelaki itu rendah hati di hadapan Allah, apatah lagi mensyukuri kurnia Allah yang diberikan kepadanya. Pemilik kebun itu tidak mahu berterima kasih kepada Allah atas kurnia yang telah diberikan Allah kepadanya. Dia lalu bersikap kufur(ingkar) dan melampaui batas.

 Dia bahkan bersikap bongkak dan menafikan rahmat Allah atas kekayaan yang dimilikinya. Dia dengan sombong berkata sesamanya:

Surah al-Kahfi, ayat 34:

"Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah dia kepada rakannya, semasa dia berbincang dengannya: Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai."

Surah al-Kahfi, ayat 35:

"Dan dia pun masuk ke kebunnya (bersama-sama rakannya), sedang dia berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan sebab kufurnya), sambil dia berkata: Aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya."

 Dia bahkan menganiayai dirinya sendiri ketika berkata di kebunnya: "Aku kira kebun ini tidak akan binasa selama-lamanya.".Lelaki kafir itu bahkan bertambah ingkar kepada Allah dengan menafikan adanya hari kiamat dan hari kebangkitan :

Surah al-Kahfi, ayat 36:

"Dan aku tidak fikir, hari kiamat akan berlaku.."

 Keangkuhan si pemilik kebun itu bahkan sampai pada titik didihnya dengan ucapan keangkuhannya:

Surah al-Kahfi, ayat 36:

"Dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sebagaimana kepercayaanmu), tentulah aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini."

 Atas kekufuran(keingkaran) dan kebongkakan pemilik dua kebun itu, Allah menyegerakan hukumanNya kepada manusia itu:

Surah al-Kahfi, ayat 42:

"Dan segala tanaman serta hartabendanya itupun dibinasakan, lalu jadilah dia membalik-balikkan kedua tapak tangannya (kerana menyesal) terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada kebun-kebunnya, sedang kebun-kebun itu runtuh junjung-junjung tanamannya; sambil dia berkata: Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku."


**Allahua'lam..sama2 jadikannya sebagai peringatan buat kita..takutlah kepada Allah SWT..semoga kita tergolong sebagai hambaNya yang bersyukur..amiin..

Tuesday, November 1, 2011

Teguran Berhikmah Rasulullah SAW Kekasih Allah SWT








  Dalam Peperangan Khandaq itu semua bekerja keras siang malam.Mulanya bekerja menggali parit, sesudah itu berjaga siang dan malam.Besar dan kecil, tua dan muda. Kanak-kanak dan perempuan-perempuan dipelihara dalam benteng(Athaam) dan dikawal.Zaid bin Tsabit yang kemudiannya terkenal sebagai seorang yang dititahkan oleh Khalifah Rasulullah s.a.w iaitu Abu Bakar As-Siddiq dan muda,turut sama bekerja keras menggali tanah, memikul pasir, dan memecahkan batu. Rasulullah pernah mengatakan:


"Amaa Innahu Ni'mal Ghulaam"("Adapun dia itu sesungguhnya adalah anak yang baik!") 

Rupanya oleh kerana sangat lelah bekerja dan berjaga, dan hari sangat dingin, dia masuk ke dalam parit itu sampai di sana dia tertidur dan senjatanya terlepas dari tangannya. Datang seorang pemuda lain yang bernama Ammarah bin Hazem, diambilnya senjata yang telah terjatuh itu dan disimpannya. Setelah dia terbangun dari tidurnya dilihatnya senjata tak ada lagi. Dia pucat terkejut dan cemas.Maka tibalah Rasulullah di tempat itu.

Setelah Baginda lihat Zaid baru bangun dari tidurnya, berkatalah Baginda,

"Hai Abaa Ruqaad!(Hai Pak Penidur), engkau tertidur dan senjatamu terbang!"

Tetapi wajah Baginda tidak membayangkan marah sedikit juga, sehingga Zaid bertambah takut disertai malu. Lalu Baginda melihat sekeliling dan bertanya,

"Siapa yang menolong menyimpan senjatanya?" Ammarah menjawab

"Saya yang menyimpannya, ya Rasulullah!"

Lalu Baginda suruh segera kembalikan senjata Zaid dan Baginda bernasihat kepada Ammarah didengar oleh yang lain:

"Saya dibuat seorang Muslim jadi cemas dengan menyembunyikan senjatanya sebagai senda gurau."

(maksudnya seorang muslim menyebabkan saya cemas kerana menjadikan penyembunyian senjatanya sebagai gurauan)

Suasana memimpin yang seperti itu adalah teladan yang baik kepada Panglima Perang yang menyerahkan tenteranya ke medan pertempuran.Baginda tahu benar Zaid itu seorang anak yang baik. Tertidur kerana sudah sangat lelah, bukannya dapat dilawan kepenatan itu. 

Sambil bergurau saja beliau menegur, namun kesannya kepada Zaid besar sekali


*Baginda menegur secara berhikmah,bergurau senda dalam masa yang sama menegur,contoh terbaik

*Firman Allah,


" Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). "(al-ahzab:21)


**Allahua'lam...Allahummasolli a'la Saiyidina Muhammad...habiballah...Sofiyallah...