Sunday, September 9, 2012

Si Cantik Dan Si Hodoh


 Seorang profesor berwajah hodoh berjalan ke serata tempat untuk mencari pasangan hidup. Pada suatu hari dia bertemu dengan seorang gadis jelita tetapi tersangat bodoh lagi dungu. Gadis itu memikat hati kecilnya, dia telah jatuh cinta!

 Profesor itu segera pulang memberitahu ibu bapanya tentang gadis pujaan hatinya itu bagi urusan meminang.

"Saya bercadang menjadikan gadis cantik itu sebagai isteriku. Alangkah beruntungnya kerana hasil perkahwinan nanti, kami akan dapat anak-anak yang cantik sepertinya dan cerdik seperti saya," ujar profesor kepada kedua-dua orang tuanya dengan girang dan sungguh meyakinkan.

Jawab ayahnya:

" Bagus betul cadangan itu tetapi bagaimana nanti jika anak kamu itu hodoh seperti kamu dan bodoh macam dia?"

Profesor itu diam berfikir kata-kata ayahnya memang ada benar juga.

MORAL CERITA:

* Kita selalu berfikir sesuatu perkara secara sehala

*Kita jarang nampak sesuatu yang berbeza apabila kemahuan memuncak.

*Pandangan orang lain amat diperlukan apabila bagi mengimbangi pandangan kita.

*Ingatlah Allah itu yang menentukan jodoh anda.Bukan anda sendiri.Sentiasa kembali kepada Allah.

*Anda adalah hamba Allah, berlagaklah seperti hamba. Bagaimana jika ditakdirkan kedua-duanya mandul? siapa mahu dipersalahkan.Kembalilah kepada Allah, jangan ikut nafsu semata-mata.

AllahuA'lam Bissowab....


No comments:

Post a Comment