Tuesday, September 20, 2011

Beberapa Panduan Asas Untuk Menjaga dan Mengubati Hati

mengikut    Iman Al-Ghazali

 Hadis Arba'in ke-6:

  Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati."

(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)

 Ketahuilah bahawa sesungguhnya hati itu merupakan organ utama yang menggerakkan segala tindak tanduk kita.Rosak hati maka rosaklah akalmu,rosak akalmu,maka rosaklah akhlakmu.Oleh itu,kita sentiasa diseru supaya menyuburkan iman dengan membersihkan hati.Hati yang kotor bukan tidak boleh dicuci lagi malah memerlukan usaha yang berterusan untuk membersihkannya.

 Di sini ada sedikit perkongsian yang ana dapat tentang panduan asas untuk menjaga hati daripada tercemar atau mengubati hati yang sakit:

1)Firman Allah SWT dalam surah al-Ghafir, ayat 19:

"Allah mengetahui segala pengkhianatan yang bermula dari mata dan apa yang
tersembunyi di dada setiap hamba."


Difahamkan bahawa Allah Maha Mengetahui apa sahaja yang terlintas di hati, oleh itu ingatlah Allah dan azabNya jika terlintas untuk melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap orang lain dan niatkan kerana Allah jika ingin melakukan sesuatu yang baik.

Laginya, ditegaskan lagi dalam dalil surah al-Ahzab, ayat 51:

"Dan Allah amat mengetahui setiap apa yang terkandung di dalam hati kamu."

2)Sabda Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu dan tidak kepada
tubuh badan kamu, dan sesungguhnya Allah tetap melihat kepada hati kamu dan
segala amalan kamu yang berlandaskan keikhlasan hati."


Keikhlasan menjadi ukuran dalam pengorbanan seharian berbanding mengharapkan ganjaran dan pujian semata-mata.Sebagaimana pemberian Allah SWT kepada kita yang tidak ternilainya sepatutnya yang kita ibadah yang kita lakukan difokuskan kerana Allah SWT.

3)Hati adalah ketua segla anggota. Hati yang memandu amalan seharian kita atau menjadi panduan rohani dan jiwa kita.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya di dalam jasad manusia didapati segumpal darah, apabila baik
maka baiklah keseluruhan badannya, dan apabila buruk maka buruklah segala
keperibadiannya, adakah tidak kamu tahu sesungguhnya itulah hati."


Allauhua'lam bossowab..semoga Allah menerima ibadah kita dalam usaha menyucikan diri kita daripada debu2 doa..insyaAllah..Amiin Ya RAbb...

No comments:

Post a Comment