Friday, June 14, 2013

حسد دڠکي(HASAD DENGKI)

Pernah kah anda dengar pepatah, "Mencegah lebih baik daripada mengubati"? Mestilah pernah kan..Jikalau anda ditimpa sesuatu musibah, anda mesti kadang2 terdetik di hati " Kalaulah tak buat macam tu..takkan jadi macam ni.." Walau bagaimana pun, Islam melarang umatnya mengeluh tetapi mengajar umatnya bersabar dan berusaha berdepan dengan musibah tersebut. Jika disebabkan kekurangan diri sendiri, maka berubahlah ke arah lebih baik dan jika kerana kekurangan orang lain, tetapi kita yang menjadi mangsa, maka bersabarlah, kerana di situ penilaian bagi nilai kehambaan terhadap Allah SubhanAllah Ta'ala dapat dihitung.

  Sabda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam:

"Apabila ada sesuatu menimpamu maka janganlah berkata: "Seandainya saja saya bertindak begini tentu hasilnya begini", tetapi katakanlah: "Allah telah mentakdirkan, dan apa saja yg dikehendaki pasti terjadi, karena 'seandainya' itu membuka pintu masuknya syaitan" (HR Muslim)

HASAD DENGKI JUGA MUSIBAH

Menurut Muhammad Jamaluddin al-Qasimi dalam kita Maw'izah al-Mu'minin, sifat dengki merupakan penyakit hati yang boleh memudaratkan orang yang mengidap penyakit ini bukan orang lain akibat kedengkiannya. Oleh itu, kita hendaklah berusaha mengelakkan terkena penyakit ini. Kalau nak elak sakit perut akibat makanan, hendaklah di'check' punca yang menyebabkan perut anda sakit.

  Justeru, jom sama-sama check punca-punca yang boleh mendatangkan penyakit hasad dengki ini :

Menurut Imam Al-Ghazali, antara sebab-sebab yang boleh membawa penyakit hasad dengki adalah seperti berikut:

  • Perasaan permusuhan dan kebencian :"Saya benci dia, saya tak suka tengok dia berjaya, saya mahu tengok dia gagal!"
  • Berasa diri lebih mulia berbanding orang lain:"Dia yang salah, aku je betul. So, dia tak layak untuk dapat sebarang penghargaan!"
  • Takabbur:"Aku ni dahlah cantik, kaya, banyak menderma, lebih baik daripada orang lain. Kau ada?"
  • 'Ujub:"Saya yang bina masjid kat kampung, dia hanya bina surau kecik je kot."
  • Takut terlepas sesuatu tujuan dan habuan."Ishhhh..minah ni! Sibuk je! Mentang-mentanglah Pak Abu bagi banyak duit kalau tolong dia, hari ini kau sibuk nak tolong dia juga ye. habislah peluang aku, benci."
  • Ghairah mencari populariti atau menjadi ketua."Alamak...Mat Dol buat donation ke? Takleh jadi ni, aku nak buat jugak, nanti orang suka dia, tak suka aku, melepas pulak aku nak jadi Ketua Kampung."
  • Busuk hati.----->hati dah busuk akibat terlalu banyak menjauhi Allah atau kurang mengingati Allah.
Oleh hal yang demikian, jauhilah perkara-perkara di atas ini yang boleh menyebabkan anda menjadi kaki dengki ini. Antara cara-cara merawat penyakit atau menghindari penyakit dengki bertapak dalam hati anda ialah:

  • Menanamkan sifat seorang hamba yang tawadu' kepada Allah."Eh, tak baik benci-benci orang, Allah tak suka, sedangkan aku mungkin lebih teruk daripada orang itu.."
  • Tidak memperhambakan diri kepada keduniaan dan kebendaan." Mungkin itu rezekinya, rezeki saya mungkin lain kali, redha jela, saya percaya Allah itu Maha Adil.."
  • Bertaqwa."Ya Allah ya Tuhanku jauhilah aku daripada tamak haloba dan menggunakan rezeki Mu ini ke jalan yang tidak benar dan jauhilah aku daripada ria' , takabbur dan 'ujub..amiin.."
  • Yakin kepad Qada' dan Qadar. " Alhamdulillah dengan apa yang saya ada sekarang, saya redha itu rezeki orang lain, dan semoga Allah menambahkan keimananku terhadapMu atas keredhaanku atas taqdir ketentuanMu yang amat berat ini.."
  • Tidak meninggalkan amalan wajib seperti solat lima waktu dan menghindarkan diri daripada perkara maksiat yang boleh menjauhkan diri anda daripadaNya. Firman Allah SubhanAllah Ta'ala.:
‘’Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar’’ (Surah Al-Ankabut,45)


Kesimpulannya, ayuhlah kita berusaha mencegah penyakit hasad dengki dengan kerana kita sudah mengenal pasti punca-punca, tinggal nak amalkan cara-cara untuk mencegahnya sahaja kerana Hasad Dengki ini penyakit hati yang boleh merosakkan akhlak seseorang jika di "applied" kan oleh seseorang tanpa mengira keburukannya. Insha Allah. Firman Allah SubhanAllah Ta'ala :


Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

sumber: majalah Al-Ustaz, penulisan Dr. Mohd Sukki Othman