Monday, January 7, 2013

Cara Untuk Download Tulisan Jawi

Assalamu'alaikum Warahmatullah Wabarokaatuh,

 Saya sudah lama belajar bahasa arab iaitu sejak tingkatan satu lagi. Walaupun saya tak pandai sangat pun bahasa arab, tetapi saya amat suka matapelajaran ini kerana bahasa arab itu bahasa al-Quran tetapi hakikatnya bahasa al-Quran itu bahasa yang amat indah kerana datangnya daripada Maha Pencipta iaitu ALLAH SUBHANALLAH TA'ALA.

 Sepanjang pengajian bahasa arab di sekolah menengah, segala kerja dan latihan dilaksanakan dalam bentuk penulisan. Walau bagaimanapun, semasa belajar di universiti, subjek bahasa arab yang saya ambil memberikan saya ilmu baru tentang menaip atau menyempurnakan kerja subjek tersebut menggunakan lap top atau komputer.

 Selepas sedikit mahir menaip perkataan arab di Microsoft Word, sata terlintas untuk mengetahui bagaimana pula untuk menaip perkataan jawi yang pernah saya belajar semasa di sekolah rendah dan sekolah menengah untuk subjek Pendidikan Islam.

 Alhamdulillah setelah menemui software yang berkenaan dari laman web EJAWI.NET ( di sini ), saya berasa amat gembira sekali dapat mengaplikasi tulisan jawi yang pernah saya gunakan dulu malah dalam bentuk taipan kalau dahulu pakai pensil dan tulis.

Jom, saya mahu kongsi dengan anda cara2 meng"donwload"nya!!!

Pertama sekali download fail-fail berikut

1) Fail Keyboard Jawi

2) Fail Font Jawi

 Kemudian, install kedua-duanya. Bagi Fail Font Jawi, jika terdapat pernyataan bahawa anda sudahpun mempunyai font-font jawi  berkenaan, maka anda tidak perlu meng"install" yang baru.

 Setelah selesai install, anda boleh cuba buka microsoft word dan cuba gunakan tulisan jawi, inshaAllah jadi. :-)

contoh:




Wednesday, January 2, 2013

Karakter Syaitan Laknatullah

Bismillahirrahmanirrahim...



Firman Allah SubhanAllah Ta'ala tentang syaitan yang dilaknat olehNya:

"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya syaitan musuh yang nyata terhadap kamu!"(36:30)

Allah SubhanAllah sudahpun menegah manusia menyembah syaitan kerana satu-satunya musuh yang wajib dimusuhi. Walau bagaimana pun, bagaimanakah kita dapat melindungi diri kita daripada penyakit-penyakit tertentu jika kita tidak tahu apakah yang boleh menyebabkan seseorang itu terkena penyakit-penyakit tersebut. Begitu juga dalam hal ini, tanpa mengenali karakter syaitan, kita mungkin membenci syaitan dlam masa yang sama takut kepada syaitan sedangkan kita mempunyai PELINDUNG yang tiada bandingannya iaitu ALLAH.

Ayuh kita kenali karakter syaitan agar kita tahu kelemahan dan paling penting kita pastikan diri kita dijauhkan daripada berkarakter seperti syaitan.

Lemah

"Aku tak kuat melawan syaitan," kata seorang Muslim. Allah telah mengingatkan bahawa syaitan dan tipu daya daripada syaitan itu lemah, maksudnya:

"Sesungguhnya, tipu daya syaitan adalah lemah."(Suratunnisa' 4:76)

Sebenarnya, manusia itu kuat dan berupaya melawan syaitan yang lemah.

Pendusta

 Dalam melancarkan misi menghancurkan orang Islam, syaitan amat terkedepan dengan sikap dusta. Janji dan bisikan syaitan semuanya tipu dan tiada satu pun yang benar.

Ilham batil

 Formula ini paling sukar untuk manusia kesan. Sesuai dengan prinsip hidup syaitan untuk menyesatkan manusia, hatta menusia itu sedang melakukan kebaikan, syaitan pasti hadir untuk memberi ilham yang batil. Contohnya, orang yang sedang menunaikan solat akan dilekakan dengan memberi ilham tentang perkara yang boleh dilakukannya selepas solat.

Ketawa Atas Kejahatan

 Jika kuasa kamera litar perangkap had kelajuan boleh merakamkan kesalahan orang yang memandu melebihi had yang ditetapkan, syaitan pula melihat kebaikan yang dilakukan oleh manusia dan seterusnya berusaha untuk memesongkan kebaikan tersebut kepada perkara kejahatan. Syaitan akan ketawa besar apabila melihat manusia melakukan kejahatan.

Semoga ALLAH melindungi kita dan memberikan kesempatan untuk peluang yang ada ini untuk bertaubat jika kita pernah terikut perangai buruk syaitan.Ameeen, nauzubillah min zalik..



sumber: SOLUSI 51,m/s 19