Thursday, September 29, 2011

Kedudukan Wanita Dalam Islam

  Sebelum kedatangan islam, kedudukan wanita amat rendah sekali sehingga dijadikan bahan pemuas nafsu, bahan untuk disakitkan, bahan ketawa, dan sebagainya.Namun kedatangan islam telah memberikan penghormatan yang amat tinggi kepada wanita.Betapa Allah SWT begitu adil dan kasih terhadap hambaNya,lelaki mahupun  wanita asalkan mereka melaksanakan syariat yang Allah SWT tetapkan kerana Islam itulah yang meninggikan darjat mereka.Walhal kalau dilanggarnya syariat itulah yang membenarkan wanita masuk ke kancah yang tidak sepatutnya.Sedarlah wanita betapa Allah SWT kasih akanmu..subhanallah..


Kedudukan Wanita Dalam  Islam boleh dilihat dari 2 sudut perspektif yang bebeza, iaitu:


1) Dari perspektif kemanusiaan iaitu kedudukan wanita dalam islam yang memiliki kriteria-kriteria manusia seperti juga kaum lelaki.


2) Dari segi kewanitaan iaitu membezakannya dengan lelaki berdasarkan ciri-ciri khas kewanitaanya.


Firman Allah SWT yang mengukuhkan sifat kemanusiaan seorang muslimah.



  • Surah Al-Hujuraat, ayat 13:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).


*Ertinya kaum wanita dalam persepktif kemanusiannya sama seperti kaum lelaki dan merupakan saudara sesama manusia. Allah SWT telah mencipatakanwanita sebagaimana dia menciptakan lelaki, dan tidak ada kelebihan kaum lelaki ke atasnya.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya kaum wanita adalah saudara kandung kaum lelaki."

(Sunan Abu Daud, Kitab At-taharah)

  • Oleh kerana sifat kemanusiannya telah dikukuhkan, maka dia mestilah memikul tanggungjawab penuh terhadap perbuatan-perbuantannya. Dan ini bererti bahawa dia akan mendapat ganjaran pahala dan menanggung seksa atas segala perbuatannya.
Firman Allah SWT dalam surah ali Imran, ayat 195:

"Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)".

Firman Allah SWT dalam surah An-Nisaa', ayat 124:

"Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun."

  • Jika dia harus memiliki tanggungjawab, maka dia mestilah mempersiapkan diri untuk memikul tanggungjawab ini.Maksudnya, dia hendaklah dididik sebaik-baiknya dan diajar dengan ajaran-ajaran yang benar.
Sabda Rasulullah SAW bersabda:

"sesiapapun lelaki yang memilih hamba sahaya perempuan, lalu dia mengajarinya dengan sebaik-baiknya, dan mendidiknya dengan bagus, kemudian dua memerdekakannya dan menikahinya, maka baginya dua ganjaran pahala."

(Shohih Bukhari)

  • Apabila wanita telah menjadi terpelajar dan terdidik, maka tidak mungkin sama sekali mereka ini tidak mendapat hak-hak ekonomi dan sosial mereka.Wanita dibei hak untuk memiliki, mewarisi, berjual beli, menerima, memberi, dan lain-lain urusan.
Firman Allah SWT dalam surah An-nisaa', ayat 7:

'Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah)."

Firman Allah SWT dalam surah An-Nisaa', ayat 4:

"Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya."

Sabda Rasulullah SAW:

"Jika perempuan berinfaq makanan dari rumahnya, tanpa merosakkan, baginya pahala kerana apa yang diinfaqkannya itu dan bagi suaminya pahala kerana yang diusahakannya."

(Hadis Shohih Bukhari,Muttafaqun "Alaih)

Dari segi keupayaan sosialnya, Islam telah memberikan hak untuk memilih lelaki yang disukainya sebagai suami dan tidak ada seroang pun yang boleh memaksa untuk mereka menerima seseorang sebagai suaminya, walaupun bapa kandung sendiri.

Sabda Rasulullah SAW:

"Janda lebih berhak atas dirinya dari walinya, dan bagi anak dara pula haruslah diminta izin oleh ayahnya mengenai dirinya, dan izinnya itu adalah diamnya."

(Hadis Shahih Muslim)

  • Islam  malah memberi tanggungjawab kepada wanita bab dakwah iaitu menjadikannya bertanggungjawab terhadap memperbaiki masyarakat melalaui amalan amar ma'ruf nahi mungkar(menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran)
Firman Allah SWT dalam surah at-taubah, ayat 71:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

  • Penghormatan tersebut menunjukkan Islam memberikan wanita yang mereka  mendapat jaminan perlindungan yang menjadikannya dapat menjamin dan melindungi sesiapa pun yang dia ingin lindungi dari kalangan musuh, sehingga semua manusia harus menjalankan perintahnya dan memberi respon tehadap perkataannya.
Aisyah RA berkata:

"Jika ada perempuan yang menjamin orang-orang mu'min maka itu boleh."

(Kitab Sunan Abu Daud)

Selagi wanita itu memperjuangkan Islam selagi itulah kedudukannya tinggi..Semoga kita tergolong dalam golongan yang tinggi kedudukannya di sisi Allah..


*sumber:La Tahzan Nurhawanis Othman

Sunday, September 25, 2011

Menuntut Ilmu Daripada Buaian


‎"Uthlubul I'lma minal mahdi Ilallahdi"



Maksudnya:Tuntutlah Ilmu dari buaian hingga ke liang lahad




Ulasan Sarjana:

Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz berkata:

"Tidak ada asal usul bagi hadis ini dan ia adalah palsu."
Kata2 beliau ini dinukilkan oleh Syeikh Said bin Soleh dalam bukunya Ahadith Mardudah.

Hadis ini sebenarnya menggalakkan kita menuntut ilmu daripada kecil hingga akhir hayat.Memnag benar maksudnya tetapi tidak boleh disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW kerana tidak ada sumber yang shahih yang mengatakan hadis ini lafaznya tidak datang daripada Nabi Muhammad SAW.Jadi tidak boleh sebar dengan mengatakan ini hadis.

Hakikatnya,memang islam menggalakkan umatnya menuntut ilmu tanpa mengira batas usia dan harta.Ada benarnya di situ tetapi yang palsunya,tidak ada sumber shahih kata2 ini daripada Rasulullah SAW.


‎[Doa memohon ditambahkan ilmu]

surah Taha, ayat 114:

"Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku"

Friday, September 23, 2011

Istikharah Dan Hadis Dhaif Berkenaannya




 “Allahumma inni astakhiruka bi’ilmik wa astaqdiruka biqudrotik wa asluka min fadhlikal A’ziim
Fainnaka taqdiruka wa la aqdir wa ta’lamu wala a’lamul ghuyub
Allahummain kunta ta’lamu anna hazal amra..
Yusammihi bi’ainihillazi yuriidu..
Khairun li fi dini wa ma’asyi wa ma’a di wa ‘a qibati amri..
Faqdurhulii wayassirli wabarik li fiihillahumma wain kunta ta’lamuhu syarran lii mithlal awwali fashrifni ‘anhu washrif hu ‘anni waqdurlial khaira haithu kaana thumma rodhini bihi..”


Maksudnya:

"Ya Allah, sesungguhnya aku beristikharah dengan ilmuMu dan memohon dari kekuasaanMu, dan aku memohon dari kurnianMu dan agung, dan sesungguhnya Dikaulah yang maha berkuasa dan tiadalah aku berkuasa, Dikau Maha mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan dikau maha mengetahui perkara Ghayb, Ya Allah sekiranya urusan ini (sebutkan urusannya) baik untukku pada agamaku, kehidupanku dan pengakhiranku, maka taqdirkan ia bagiku, dan sekiranya urusan / perkaara ini buruk bagiku, agamaku,kehidupanku dan pengakhiranku, jauhkan ia dariku dan jauhkan ku darinya, dan berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada dan jadikanlah daku redha dengannya”



Adakah petunjuk daripada istikharah datang dalam mimpi sahaja??
Tidak semestinye begitu.Amalan membuat solat sunat istikharah kemudian tidur dalam keadaan berwuduk itu untuk mendapat mimpi istikharah itu hanyalah CADANGAN daripada Allamah Ibn ‘Abidin (rujuk Hasyiah Ibn ‘Abidin)

Manakala ulama mazhab syafie,hanbali dan maliki pula menggalakkan apa saja bentuk yang melahirkan keyakinan tanpa menyebut 'tidur' untuk mimpi itu.

Hakikatnya, istikharah boleh diperolehi dalam pelbagai cara, yang pentingnya ia berbentuk sesuatu yang memberi keyakinan.Sebagai contoh selepas berdoa dan solat,kita lakukan apa2 yang sepatutnya sehingga beroleh kepastian dankeyakinan, kita bertanya pendapat dan pengalaman orang yang banyak ilmu berkenaan yang kita carikan atau menyiasat sekeliling orang yang akan jadi pasangan(bagi yang akan berkahwin)

Para ulama juga menasihatkan supaya para pembuat istikharah tidak terlalu cendeung pada mana2 salah satu pilihannya.Hendaklah berharap sepenuhnya kepada Allah agar memberi ketentuan.Kadang-kadang rasa untuk menolak sesuatu lebih berat padahal kita sudah menerima sesuatu juga merupakan tanda istikharah..yang penting kita rasa yakin dengan kebenaran di sekeliling yang kita usahakannya.


Terdapat hadis dhaif yang menyeru menunaikan solat istikharah sebanyak 7 kali.

“Apabila kamu inginkan sesuatu maka beristikharahlah kepada tuhanmu sebanyak 7 kali kemudian perhatilah petanda / perasaan yang datan terlebih dahulu(dominan) di dalam hatimu” ( Riwayat Ibn Sunni dari Anas, Al-Hafidz Al-‘Iraqi, An-Nawawi, Ibn Hajar mengatakan sanadnya amat lemah, rujuk Fath al-Bari, 11/223 cet Maktabah Risalah Hadithah & Naylul Awtar, 3/71)

Walaubagaimanapun,setelah beristikharah, kita hendaklah yakin dengan petanda istikharah, redha dan bertawakkal kepada Allah SWT.Yakin bahawa yang ditentukan Allah itu yang terbaik dan ada hikmah di sebalik ketentuanNya..Dia Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.

Riwayat hadith Nabi SAW ertinya : 

“ Salah satu sumber kebahagian anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa yang ditentukan kepadanya, dan daripada keburukkan anak Adam adalah meninggalkan istikharah kepada Allah dan membenci apa yang telag ditentukan kepadanya”

(Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi ; Hasan Menurut Ibn Hajar di dalam Fath al-Bari 11/155 )

 Bagaimanapun terdapat perawi dhoif dalam sanadnya kata Syeikh Syuaib ; Rujuk Zad al-Ma’ad , Ibn Qoyyim, 2/406 cet muassasah ar-risalah). Imam Ibn Qoyyim juga mengulas kepentingan tawakkal kepada Allah dengan keputusan yang di dapati dari istikharah, lalu perlu menurutinya . ( Zad al-Ma’ad, 2/406)


Allahua'lam Bissowab..



Thursday, September 22, 2011

Menuntut Ilmu Sehingga Ke China

"Uthlubul 'ilma Walau Bisshin"

"Tuntutlah ilmu walau ke negeri China"

Kebanyakan tokoh sarjana hadis memasukkan hadis ini dalam senarai hadis palsu dalam buku-buku karangan mereka:

  • Al-Jarrahi dan Al-'Ajluni dalam kitab Kashf al-Khafa'
  • Al-Albani dalam kitab Silsilah Ahadith al-Dha'ifah wa al-Maudhu'ah
  • Ibnu Arraq al-Kannani dalam Kitab Tanzih al-Syari'ah
  • Ali al-Qari dalam Kitab al-Maudhua'at al-Kabir
* Mereka semua menukilkan kata-kata tokoh sarjana Islam, Ibnu Taimiyah yang menyatakan bahawa hadis ini adalah palsu.


Sebab Dihukum Palsu

Kecacatan pada sanadnya.Dalam sanad hadis ini ada seorang pelapor yang bernama Abu Atikah Tharif bin Sulaiman. Beliau adalah seorang yang lemah dan tergolong sebagai salah seorang yang memalsukan hadis.





Wednesday, September 21, 2011

40 Hadis Palsu Popular



Murah sahaja

RM 9.00
Penulis : Abdul Razak Muthalib
Terbitan : PTS Islamika Sdn. Bhd

Adab Dalam Majlis

  Islam itu agama yang amat indah, Islam itu menyeluruh. Allah SWT memeritahkan umat islam masuk islam secara keseluruhan. Ajaran islam bukan pilihan tetapi Islam itu panduan,keperluan mahupun kehendak bahkan lebih daripada itu. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 208-209:

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.Maka kalau kamu tergelincir (dan jatuh ke dalam kesalahan disebabkan tipu daya Syaitan itu), sesudah datang keterangan-keterangan yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."



 Dalam menuntun ilmu pun ada adab yang mesti kita amalkan..

 Katakan anda dalam majlis ilmu, dan anda mendapat tempat yang amat selesa, tambahan pula berada di tempat yang betul-betul dekat dengan penceramah. Tiba-tiba datang seorang sahabat yang datang agak lambat,anda mungkin berfikir yang sahabat anda itu lambat maka memang patut dia duduk di belakang atau pandai-pandailah dia memilih tempat yang sepatutnya. Sahabat anda yang kelewatan tadi kelihatan malu kerana orang ramai melihatnya kerana hanya dia seorang sahaja yang berdiri.Anda mungkin berasa kasihan melihatnya tetapi kalau anda memberi laluan kepadanya untuk duduk di hadapan,nanti menghalang kelesaan anda pula.Sebenarnya anda tidak rugi sedikitpun, kerana Allah SWT akan melapangkan kamu dan apabila Allah SWT melapangkan hambaNya tidaklah seperti manusia melapangkan manusia.


Antara adab dalam majlis ilmu yang boleh kita praktiskan:

i)Memberi tempat kepada orang lain dan segera menyelesaikan urusan.
Firman Allah berdasarkan surah al-Mujadalah ayat 11:tafsirnya...

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan. "

Dalam ayat tersebut dicantumkan dua tatacara memasuki majlis iaitu memperlapangkan tempat duduk dan pergi segera daripada majlis apabila selesai.Pergi daripada majlis apabila selesai ini khusus kepada majlis-majlis khusus seperti berdasarkan kelompok yang hadir atau tempat-tempat yang khusus.


ii)Tidak mengusir orang dari tempat duduknya

Sabda Rasulullah SAW:

"Jika berdiri salah seorang daripada kamu dari tempat duduknya lalu kembali lagi maka dia lebih berhak (daripada yang lain) untuk duduk di situ."(HR Imam Muslim)

Menurut Imam Nawawi , berkenaan hadis ini, hak seseorang yang duduk di suatu tempat, di masjid, atau tempat lainnya dalam majlis, apabila dia meninggalkan tempat duduknya untuk berwuduk atau keperluan hariannya yang tidak memerlukan masa yang lama maka dia tetap berhak untuk duduk di situ, dan dia pun berhak menuntut tempat duduknya itu daripada orang lain yang telah duduk di situ semasa ketiadaanya tadi.

iii)Mengisi majlis dengan zikrullah

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda,"Tiada suatu kaum yang bangun dari suatu majlis yang kosong dari zikrullah 'mengingat Allah',kecuali mereka seperti bangun dari meninggalkan bangkai keldai, dan (pertemuan itu) akan menyedihkan mereka."(HR Imam Dawud dengan sanad shahih)

  Semoga kita sama2 dapat mengamalkan adab murni ini dalam kehidupan kita.Oleh itu, ukhuwwah yang terjalin dapat mengukuhkan lagi nilai perpaduan antara muslim dan membawa conto yang baik kepada oranga lain.



Tuesday, September 20, 2011

Beberapa Panduan Asas Untuk Menjaga dan Mengubati Hati

mengikut    Iman Al-Ghazali

 Hadis Arba'in ke-6:

  Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati."

(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)

 Ketahuilah bahawa sesungguhnya hati itu merupakan organ utama yang menggerakkan segala tindak tanduk kita.Rosak hati maka rosaklah akalmu,rosak akalmu,maka rosaklah akhlakmu.Oleh itu,kita sentiasa diseru supaya menyuburkan iman dengan membersihkan hati.Hati yang kotor bukan tidak boleh dicuci lagi malah memerlukan usaha yang berterusan untuk membersihkannya.

 Di sini ada sedikit perkongsian yang ana dapat tentang panduan asas untuk menjaga hati daripada tercemar atau mengubati hati yang sakit:

1)Firman Allah SWT dalam surah al-Ghafir, ayat 19:

"Allah mengetahui segala pengkhianatan yang bermula dari mata dan apa yang
tersembunyi di dada setiap hamba."


Difahamkan bahawa Allah Maha Mengetahui apa sahaja yang terlintas di hati, oleh itu ingatlah Allah dan azabNya jika terlintas untuk melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap orang lain dan niatkan kerana Allah jika ingin melakukan sesuatu yang baik.

Laginya, ditegaskan lagi dalam dalil surah al-Ahzab, ayat 51:

"Dan Allah amat mengetahui setiap apa yang terkandung di dalam hati kamu."

2)Sabda Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu dan tidak kepada
tubuh badan kamu, dan sesungguhnya Allah tetap melihat kepada hati kamu dan
segala amalan kamu yang berlandaskan keikhlasan hati."


Keikhlasan menjadi ukuran dalam pengorbanan seharian berbanding mengharapkan ganjaran dan pujian semata-mata.Sebagaimana pemberian Allah SWT kepada kita yang tidak ternilainya sepatutnya yang kita ibadah yang kita lakukan difokuskan kerana Allah SWT.

3)Hati adalah ketua segla anggota. Hati yang memandu amalan seharian kita atau menjadi panduan rohani dan jiwa kita.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya di dalam jasad manusia didapati segumpal darah, apabila baik
maka baiklah keseluruhan badannya, dan apabila buruk maka buruklah segala
keperibadiannya, adakah tidak kamu tahu sesungguhnya itulah hati."


Allauhua'lam bossowab..semoga Allah menerima ibadah kita dalam usaha menyucikan diri kita daripada debu2 doa..insyaAllah..Amiin Ya RAbb...

Sunday, September 18, 2011

Sarana Dan Metod Dakwah


Kalau nak tumbangkan lembu pun kena ada caranya yakni cara yang tidak menyakitkan haiwan tersebut. Kadang-kadang kita mengambil ringan hal-hal yang demikian kerana yang penting tujuan untuk melaksanakan perintah Allah iaitu menyembelih binatang walhal dalam kebaikan itu tersiratnya kebaikan dan jika tiada kebaikan dalam kebaikan maka sia-sialah kebaikan tadi.Begitu juga dalam hal berdakwah ini, para da'i juga hendaklah mengetahui cara-cara yang Rasulullah SAW lakukan dalam menyebarkan dakwah Baginda.



Diriwayatkan daripada Imam Muslim dari Rasulullah SAW, Baginda bersabda:


"Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain ada enam:jika bertemu maka berilah salam, jika tidak kelihatan maka cari tahulah, jika sakit maka jenguklah, jika mengundang maka penuhilah, jika bersin dan mengucapkan hamdalah maka jawablah (dengan mengucapkan 'yarhamukallah', dan jika meninggal dunia maka hantarkanlah (ke pemakaman)."

*PERTAMA:Jika bertemu berilah salam


-Akan semakin mantap jika diikuti dengan berjabat tangan. Ucapan salam harus disertai dengan perasaan cinta, senang, dan wajah yang berseri agar fungsi ucapan salam itu terwujud. Setelah itu saling memperkenalkan nama, pekerjaan, dan tempat tinggal. Dengan demikian Anda telah menapaki tahap awal dalam berdakwah.


*KEDUA:Jika tidak kelihatan maka cari tahulah


-Watak sebuah perkenalan adalah jika seseorang yang telah dikenali itu tidak Anda lihat dalam waktu tertentu, maka harus mencari khabar tentang keadaannya atau menghubunginya, baik lewat  telepon mahupun surat.


*KETIGA:Jika sakit maka jenguklah


-Sunnatullah akan berlaku pada setiap orang, maka suatu saat ia akan merasa gembira,sedih, atau sakit; dan setiap keadaan harus ditangani dengan sikap yang islami. Jika terdengar bahawa sahabat sakit, harus cepat-cepat menjenguknya, memberikan kesejukan, dan mendoakan untuk kesembuhannya; akan sangat baik lagi jika membawa hadiah yang sesuai.





*KEEMPAT:Jika diundang maka penuhilah

 -Daripada 3 tahap sebelum ini, jika berjalan dengan lancar, hubungan semakin erat. Maka, sudah pasti jika ada      majlis-majlis penting, seperti pernikahan, berjaya dalam kerjaya dan lain-lain, kita akan diundang dan harus kita memenuhi jemputan tersebut kerana itulah kesempatan yang ada untuk merapatkan lagi hubungan .



*KELIMA:Jika dia bersin dan mengucapkan "Hamdalah" maka jawablah(dengan mengucapkan "Yarhamukallah").

-Contohnya apabila dudduk bersebelahan dengan orang yang tidak dikenali ketika menziarahi orang sakit, atau dalam perjalanan ke sesuatu tempat, dia bersin, lalu kita memandangkan dengan wajah berseri dengan mengucapkan "Yarhamukallah", tentunya hal ini akan membuat dia merasakan sesuatu yang baru, atau menyedari kehadiran kita dan seterusnya kita dapat bercakap-cakap sambil berkenalan dengannya.


*KEENAM:Jika dia meninggal, maka hantarkanlah ke tempat pengebumiannya

-Di samping semasa menghantar jenazah, kita dapat munasabah diri kita yang kita akan kembali kepada Allah SWT jua suatu hari nanti, kita juga dapat menggunakan kesempatan ini untuk berkenalan dengan keluarganya dan orang-orang yang berta'ziah ke rumahnya.


-Dari Abu Hurairah R.A,Sabda Rasulullah SAW:

"Barangsiapa menghadiri jenazah hingga menshalatkannya, maka baginya pahala satu qirath. Barangsiapa menyaksikan hingga di makamkan, maka baginya dua qirath." Seorang sahabat bertanya, "Apakah dua qirath itu, wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "Seperti dua gunung yang besar." (Muttafaqun 'Alaih)
-

Monday, September 12, 2011

StaY In UniTy AnD IsLaM WiLL WiN





And hold fast, all together, by the Rope Which Allah (stretches out for you), and be not divided Among yourselves; and remember with gratitude Allah.s favour on you; for ye were enemies and He joined your hearts in love, so that by His Grace, ye became Brethren; and ye were on the brink of the pit of Fire, and He saved you from it. Thus doth Allah make His Signs clear to you: That ye may be guided.


maksudnya:Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.