Wednesday, January 2, 2013

Karakter Syaitan Laknatullah

Bismillahirrahmanirrahim...



Firman Allah SubhanAllah Ta'ala tentang syaitan yang dilaknat olehNya:

"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya syaitan musuh yang nyata terhadap kamu!"(36:30)

Allah SubhanAllah sudahpun menegah manusia menyembah syaitan kerana satu-satunya musuh yang wajib dimusuhi. Walau bagaimana pun, bagaimanakah kita dapat melindungi diri kita daripada penyakit-penyakit tertentu jika kita tidak tahu apakah yang boleh menyebabkan seseorang itu terkena penyakit-penyakit tersebut. Begitu juga dalam hal ini, tanpa mengenali karakter syaitan, kita mungkin membenci syaitan dlam masa yang sama takut kepada syaitan sedangkan kita mempunyai PELINDUNG yang tiada bandingannya iaitu ALLAH.

Ayuh kita kenali karakter syaitan agar kita tahu kelemahan dan paling penting kita pastikan diri kita dijauhkan daripada berkarakter seperti syaitan.

Lemah

"Aku tak kuat melawan syaitan," kata seorang Muslim. Allah telah mengingatkan bahawa syaitan dan tipu daya daripada syaitan itu lemah, maksudnya:

"Sesungguhnya, tipu daya syaitan adalah lemah."(Suratunnisa' 4:76)

Sebenarnya, manusia itu kuat dan berupaya melawan syaitan yang lemah.

Pendusta

 Dalam melancarkan misi menghancurkan orang Islam, syaitan amat terkedepan dengan sikap dusta. Janji dan bisikan syaitan semuanya tipu dan tiada satu pun yang benar.

Ilham batil

 Formula ini paling sukar untuk manusia kesan. Sesuai dengan prinsip hidup syaitan untuk menyesatkan manusia, hatta menusia itu sedang melakukan kebaikan, syaitan pasti hadir untuk memberi ilham yang batil. Contohnya, orang yang sedang menunaikan solat akan dilekakan dengan memberi ilham tentang perkara yang boleh dilakukannya selepas solat.

Ketawa Atas Kejahatan

 Jika kuasa kamera litar perangkap had kelajuan boleh merakamkan kesalahan orang yang memandu melebihi had yang ditetapkan, syaitan pula melihat kebaikan yang dilakukan oleh manusia dan seterusnya berusaha untuk memesongkan kebaikan tersebut kepada perkara kejahatan. Syaitan akan ketawa besar apabila melihat manusia melakukan kejahatan.

Semoga ALLAH melindungi kita dan memberikan kesempatan untuk peluang yang ada ini untuk bertaubat jika kita pernah terikut perangai buruk syaitan.Ameeen, nauzubillah min zalik..



sumber: SOLUSI 51,m/s 19




No comments:

Post a Comment