Sunday, September 9, 2012

Penyalahgunaandadah Membawa Padah

*ekoran berita sinar harian yang bertarikh 6 september 2012
*Apabila dadah menguasai akal & iman berkurangan, maka tiada yang dapat mengawal akal, perbuatan justeru perkara yang tidak diingini berlaku.La Haula Wala Quwwata Illa Billah...:-(



kes 1) Tukar siaran televisyen, pemuda maut ditikam abang



KEMAMAN – Perkelahian antara dua beradik yang hanya disebabkan berebut siaran televisyen (TV) berakhir dengan kematian, setelah si adik dipercayai ditikam abang sulungnya ketika bergelut dalam kejadian kira-kira jam 8 malam kelmarin, di rumah mereka di Kampung Telaga Papan, Kerteh, dekat sini.


Abdul Hisham Ahmad, 23, yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik menghembuskan nafas terakhir di Klinik Kesihatan Kerteh, kira-kira setengah jam selepas kejadian dan terdapat kesan kecederaan pada dada mangsa.


Bapa mereka yang juga nelayan, Ahmad Din, 59, berkata, ketika anak bongsu dan anak sulungnya yang berusia 37 bergelut, dia menjerkah sebelum mengarahkan anak sulungnya yang masih bujang keluar dari rumah untuk mengelakkan pergaduhan lebih teruk.


Katanya, ketika kejadian, dia berada di atas katil di ruang tamu kira-kira dua meter dari kedua-dua anaknya yang berada di depan TV.


"Kedua-dua mereka saling memaut leher ketika bergelut dan selepas dijerkah, anak sulung saya keluar dari rumah manakala yang bongsu pula terhuyung-hayang sebelum terjatuh di atas pasu seramik panjang, di penjuru rumah menyebabkan pasu itu pecah.


"Selepas itu Hisham bangun dan beritahu dia tidak boleh bernafas sebelum keluar ke beranda rumah dan rebah pula di situ. Kemudian dia masuk semula ke dalam rumah dan terlanggar kipas meja sebelum jatuh dan terkencing dalam seluar serta meminta ibunya mengambil segelas air kerana haus," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.


Sejurus diberikan air oleh ibunya, Asiha Ngah, 55, Abdul Hisham tidak sedarkan diri.


"Dia cakap ‘mok kita dahaga tolong ambil air’, selepas diberi minum air, dia pengsan dan tidak sedarkan diri," katanya sambil memberitahu anak sulungnya bekerja sebagai buruh.


Katanya, anak bongsunya yang bekerja sebagai nelayan dan telah berkahwin serta memiliki seorang anak itu, meninggal dunia kira-kira jam 8.30 malam ketika tiba di klinik.


Menurut Ahmad, dia tidak menyedari arwah ditikam.


"Saya tidak nampak luka atau darah di badannya kerana ketika itu arwah memakai baju berwarna hitam ditambah penglihatan saya yang kabur," katanya.


Sempat ajar suami mengucap


Sementara itu, isteri arwah, Ruhil Amani Shaharuddin, 17, tidak menyangka insiden pergaduhan itu menyebabkan dia kehilangan suaminya apatah lagi suaminya itu tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik.


Katanya, suaminya berulang kali menyebut 'sakit' ketika dia memangku arwah  di dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke klinik.


"Sebelum dimasukkan ke dalam kereta bibirnya pucat. Perutnya di bahagian kanan berdarah dan ketika sampai di klinik keadaannya nyawa-nyawa ikan. Saya sempat ajarnya mengucap dan dia ikut," katanya sebak.


Kata Ruhil Amani, semasa suami dan abangnya iparnya bertelingkah dia masuk ke dalam bilik ibu mentuanya yang ketika itu baru selesai solat Maghrib.


"Ibu kemudiannya meminta bapa mentua meleraikan pergaduhan sebelum dia menjerkah kedua-dua anaknya itu," katanya.


Menurutnya, suami dan abang iparnya itu mula bertengkar waktu petang lagi disebabkan motosikal dan beberapa jam kemudian mereka bertelingkah kembali ketika menonton televisyen hingga menyebabkan suaminya menemui ajal.


Jenazah dituntut keluarga kira-kira jam 1 tengah hari semalam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gelugor selepas Zuhur.


Dada mangsa ditikam dengan senjata tajam


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Superintendan K Manoharan berkata, kejadian yang dipercayai berpunca daripada si adik mahu menukar siaran TV itu menyebabkan tercetus pergelutan dan ketika bergelut suspek mencapai senjata tajam lalu menikam dada adiknya.


"Selepas kejadian suspek menghilangkan diri, tetapi kira-kira 7 jam selepas kejadian iaitu pada jam 4.15 pagi, suspek berjaya ditangkap di tepi jalan di kampung itu. Hasil ujian air kencing yang dilakukan mendapati suspek juga positif dadah jenis methamphetamine," katanya.


Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kemaman dan hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan tikaman objek tajam di bahagian dadanya.


Sehubungan itu, suspek ditahan reman sehingga 12 September ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

sumber:click this

Kes 2) Suspek bunuh guru al-Quran ditahan

KOTA BHARU- Polis Kelantan berjaya menahan seorang lelaki berusia 27 tahun dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang guru al-Quran di Kampung Jebak, Jeram di Pasir Puteh kira-kira jam 1 pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek ditahan ketika berada di rumahnya di kawasan kampung terbabit dalam serbuan yang dilalukan sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).
“Di percayai lelaki itu yang merupakan anak saudara mangsa melakukan perbuatan berkenaan secara berseorangan, di bawah pengaruh dadah.                          

Selepas melakukan ujian air kencing terhadapnya, dia disahkan positif dadah jenis ‘Meth”,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kelantan (IPK) semalam.

Mazlan berkata, hasil siasatan, suspek dipercayai masuk ke rumah terbabit, semasa tingkap rumah itu terbuka dan kediaman berkenaan, ditinggalkan kosong apabila keluarga mangsa menghadiri majlis hari raya di kawasan berdekatan.

“Dipercayai sebelum kejadian, suspek berada di belakang rumah mangsa memberi makanan kepada kera, yang dipelihara oleh keluarganya. Suspek juga pernah mempunyai kesalahan lampau di bawah seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

"Setakat ini, kita menahan reman lelaki itu, selama tujuh hari, bermula hari ini (semalam) sehingga 11 September ini untuk siasatan lanjut," katanya.

Dalam kejadian pagi kelmarin, Wan Kalthom Wan Hussin, 68, yang dikatakan membantu kerja memasak di salah sebuah rumah jiran di kawasan terbabit dalam majlis sambutan hari raya, menemui ajal di rumah anaknya, selepas meninggalkan majlis itu, bagi tujuan untuk mengambil sudip yang terletak kira-kira 100 meter dari majlis itu.
Warga emas berkenaan, ditemui tertiarap dengan berlumuran darah oleh cucunya, Nik Mohd Irhami, 13, yang meninjau keadaan neneknya di dalam rumah selepas tiga jam tidak muncul di kawasan berkenaan.

sumber: click this

Semoga Allah melindungi keluarga mereka yang terlibat, dan semoga Allah memberi Hidayah kepada mereka ke jalan yang diredhaiNya..ameeen Ya Robb..






No comments:

Post a Comment