Sunday, September 18, 2011

Sarana Dan Metod Dakwah


Kalau nak tumbangkan lembu pun kena ada caranya yakni cara yang tidak menyakitkan haiwan tersebut. Kadang-kadang kita mengambil ringan hal-hal yang demikian kerana yang penting tujuan untuk melaksanakan perintah Allah iaitu menyembelih binatang walhal dalam kebaikan itu tersiratnya kebaikan dan jika tiada kebaikan dalam kebaikan maka sia-sialah kebaikan tadi.Begitu juga dalam hal berdakwah ini, para da'i juga hendaklah mengetahui cara-cara yang Rasulullah SAW lakukan dalam menyebarkan dakwah Baginda.



Diriwayatkan daripada Imam Muslim dari Rasulullah SAW, Baginda bersabda:


"Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain ada enam:jika bertemu maka berilah salam, jika tidak kelihatan maka cari tahulah, jika sakit maka jenguklah, jika mengundang maka penuhilah, jika bersin dan mengucapkan hamdalah maka jawablah (dengan mengucapkan 'yarhamukallah', dan jika meninggal dunia maka hantarkanlah (ke pemakaman)."

*PERTAMA:Jika bertemu berilah salam


-Akan semakin mantap jika diikuti dengan berjabat tangan. Ucapan salam harus disertai dengan perasaan cinta, senang, dan wajah yang berseri agar fungsi ucapan salam itu terwujud. Setelah itu saling memperkenalkan nama, pekerjaan, dan tempat tinggal. Dengan demikian Anda telah menapaki tahap awal dalam berdakwah.


*KEDUA:Jika tidak kelihatan maka cari tahulah


-Watak sebuah perkenalan adalah jika seseorang yang telah dikenali itu tidak Anda lihat dalam waktu tertentu, maka harus mencari khabar tentang keadaannya atau menghubunginya, baik lewat  telepon mahupun surat.


*KETIGA:Jika sakit maka jenguklah


-Sunnatullah akan berlaku pada setiap orang, maka suatu saat ia akan merasa gembira,sedih, atau sakit; dan setiap keadaan harus ditangani dengan sikap yang islami. Jika terdengar bahawa sahabat sakit, harus cepat-cepat menjenguknya, memberikan kesejukan, dan mendoakan untuk kesembuhannya; akan sangat baik lagi jika membawa hadiah yang sesuai.





*KEEMPAT:Jika diundang maka penuhilah

 -Daripada 3 tahap sebelum ini, jika berjalan dengan lancar, hubungan semakin erat. Maka, sudah pasti jika ada      majlis-majlis penting, seperti pernikahan, berjaya dalam kerjaya dan lain-lain, kita akan diundang dan harus kita memenuhi jemputan tersebut kerana itulah kesempatan yang ada untuk merapatkan lagi hubungan .



*KELIMA:Jika dia bersin dan mengucapkan "Hamdalah" maka jawablah(dengan mengucapkan "Yarhamukallah").

-Contohnya apabila dudduk bersebelahan dengan orang yang tidak dikenali ketika menziarahi orang sakit, atau dalam perjalanan ke sesuatu tempat, dia bersin, lalu kita memandangkan dengan wajah berseri dengan mengucapkan "Yarhamukallah", tentunya hal ini akan membuat dia merasakan sesuatu yang baru, atau menyedari kehadiran kita dan seterusnya kita dapat bercakap-cakap sambil berkenalan dengannya.


*KEENAM:Jika dia meninggal, maka hantarkanlah ke tempat pengebumiannya

-Di samping semasa menghantar jenazah, kita dapat munasabah diri kita yang kita akan kembali kepada Allah SWT jua suatu hari nanti, kita juga dapat menggunakan kesempatan ini untuk berkenalan dengan keluarganya dan orang-orang yang berta'ziah ke rumahnya.


-Dari Abu Hurairah R.A,Sabda Rasulullah SAW:

"Barangsiapa menghadiri jenazah hingga menshalatkannya, maka baginya pahala satu qirath. Barangsiapa menyaksikan hingga di makamkan, maka baginya dua qirath." Seorang sahabat bertanya, "Apakah dua qirath itu, wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "Seperti dua gunung yang besar." (Muttafaqun 'Alaih)
-

No comments:

Post a Comment