Thursday, September 29, 2011

Kedudukan Wanita Dalam Islam

  Sebelum kedatangan islam, kedudukan wanita amat rendah sekali sehingga dijadikan bahan pemuas nafsu, bahan untuk disakitkan, bahan ketawa, dan sebagainya.Namun kedatangan islam telah memberikan penghormatan yang amat tinggi kepada wanita.Betapa Allah SWT begitu adil dan kasih terhadap hambaNya,lelaki mahupun  wanita asalkan mereka melaksanakan syariat yang Allah SWT tetapkan kerana Islam itulah yang meninggikan darjat mereka.Walhal kalau dilanggarnya syariat itulah yang membenarkan wanita masuk ke kancah yang tidak sepatutnya.Sedarlah wanita betapa Allah SWT kasih akanmu..subhanallah..


Kedudukan Wanita Dalam  Islam boleh dilihat dari 2 sudut perspektif yang bebeza, iaitu:


1) Dari perspektif kemanusiaan iaitu kedudukan wanita dalam islam yang memiliki kriteria-kriteria manusia seperti juga kaum lelaki.


2) Dari segi kewanitaan iaitu membezakannya dengan lelaki berdasarkan ciri-ciri khas kewanitaanya.


Firman Allah SWT yang mengukuhkan sifat kemanusiaan seorang muslimah.



  • Surah Al-Hujuraat, ayat 13:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).


*Ertinya kaum wanita dalam persepktif kemanusiannya sama seperti kaum lelaki dan merupakan saudara sesama manusia. Allah SWT telah mencipatakanwanita sebagaimana dia menciptakan lelaki, dan tidak ada kelebihan kaum lelaki ke atasnya.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya kaum wanita adalah saudara kandung kaum lelaki."

(Sunan Abu Daud, Kitab At-taharah)

  • Oleh kerana sifat kemanusiannya telah dikukuhkan, maka dia mestilah memikul tanggungjawab penuh terhadap perbuatan-perbuantannya. Dan ini bererti bahawa dia akan mendapat ganjaran pahala dan menanggung seksa atas segala perbuatannya.
Firman Allah SWT dalam surah ali Imran, ayat 195:

"Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)".

Firman Allah SWT dalam surah An-Nisaa', ayat 124:

"Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun."

  • Jika dia harus memiliki tanggungjawab, maka dia mestilah mempersiapkan diri untuk memikul tanggungjawab ini.Maksudnya, dia hendaklah dididik sebaik-baiknya dan diajar dengan ajaran-ajaran yang benar.
Sabda Rasulullah SAW bersabda:

"sesiapapun lelaki yang memilih hamba sahaya perempuan, lalu dia mengajarinya dengan sebaik-baiknya, dan mendidiknya dengan bagus, kemudian dua memerdekakannya dan menikahinya, maka baginya dua ganjaran pahala."

(Shohih Bukhari)

  • Apabila wanita telah menjadi terpelajar dan terdidik, maka tidak mungkin sama sekali mereka ini tidak mendapat hak-hak ekonomi dan sosial mereka.Wanita dibei hak untuk memiliki, mewarisi, berjual beli, menerima, memberi, dan lain-lain urusan.
Firman Allah SWT dalam surah An-nisaa', ayat 7:

'Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah)."

Firman Allah SWT dalam surah An-Nisaa', ayat 4:

"Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya."

Sabda Rasulullah SAW:

"Jika perempuan berinfaq makanan dari rumahnya, tanpa merosakkan, baginya pahala kerana apa yang diinfaqkannya itu dan bagi suaminya pahala kerana yang diusahakannya."

(Hadis Shohih Bukhari,Muttafaqun "Alaih)

Dari segi keupayaan sosialnya, Islam telah memberikan hak untuk memilih lelaki yang disukainya sebagai suami dan tidak ada seroang pun yang boleh memaksa untuk mereka menerima seseorang sebagai suaminya, walaupun bapa kandung sendiri.

Sabda Rasulullah SAW:

"Janda lebih berhak atas dirinya dari walinya, dan bagi anak dara pula haruslah diminta izin oleh ayahnya mengenai dirinya, dan izinnya itu adalah diamnya."

(Hadis Shahih Muslim)

  • Islam  malah memberi tanggungjawab kepada wanita bab dakwah iaitu menjadikannya bertanggungjawab terhadap memperbaiki masyarakat melalaui amalan amar ma'ruf nahi mungkar(menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran)
Firman Allah SWT dalam surah at-taubah, ayat 71:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

  • Penghormatan tersebut menunjukkan Islam memberikan wanita yang mereka  mendapat jaminan perlindungan yang menjadikannya dapat menjamin dan melindungi sesiapa pun yang dia ingin lindungi dari kalangan musuh, sehingga semua manusia harus menjalankan perintahnya dan memberi respon tehadap perkataannya.
Aisyah RA berkata:

"Jika ada perempuan yang menjamin orang-orang mu'min maka itu boleh."

(Kitab Sunan Abu Daud)

Selagi wanita itu memperjuangkan Islam selagi itulah kedudukannya tinggi..Semoga kita tergolong dalam golongan yang tinggi kedudukannya di sisi Allah..


*sumber:La Tahzan Nurhawanis Othman

No comments:

Post a Comment