Wednesday, September 21, 2011

Adab Dalam Majlis

  Islam itu agama yang amat indah, Islam itu menyeluruh. Allah SWT memeritahkan umat islam masuk islam secara keseluruhan. Ajaran islam bukan pilihan tetapi Islam itu panduan,keperluan mahupun kehendak bahkan lebih daripada itu. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 208-209:

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.Maka kalau kamu tergelincir (dan jatuh ke dalam kesalahan disebabkan tipu daya Syaitan itu), sesudah datang keterangan-keterangan yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."



 Dalam menuntun ilmu pun ada adab yang mesti kita amalkan..

 Katakan anda dalam majlis ilmu, dan anda mendapat tempat yang amat selesa, tambahan pula berada di tempat yang betul-betul dekat dengan penceramah. Tiba-tiba datang seorang sahabat yang datang agak lambat,anda mungkin berfikir yang sahabat anda itu lambat maka memang patut dia duduk di belakang atau pandai-pandailah dia memilih tempat yang sepatutnya. Sahabat anda yang kelewatan tadi kelihatan malu kerana orang ramai melihatnya kerana hanya dia seorang sahaja yang berdiri.Anda mungkin berasa kasihan melihatnya tetapi kalau anda memberi laluan kepadanya untuk duduk di hadapan,nanti menghalang kelesaan anda pula.Sebenarnya anda tidak rugi sedikitpun, kerana Allah SWT akan melapangkan kamu dan apabila Allah SWT melapangkan hambaNya tidaklah seperti manusia melapangkan manusia.


Antara adab dalam majlis ilmu yang boleh kita praktiskan:

i)Memberi tempat kepada orang lain dan segera menyelesaikan urusan.
Firman Allah berdasarkan surah al-Mujadalah ayat 11:tafsirnya...

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan. "

Dalam ayat tersebut dicantumkan dua tatacara memasuki majlis iaitu memperlapangkan tempat duduk dan pergi segera daripada majlis apabila selesai.Pergi daripada majlis apabila selesai ini khusus kepada majlis-majlis khusus seperti berdasarkan kelompok yang hadir atau tempat-tempat yang khusus.


ii)Tidak mengusir orang dari tempat duduknya

Sabda Rasulullah SAW:

"Jika berdiri salah seorang daripada kamu dari tempat duduknya lalu kembali lagi maka dia lebih berhak (daripada yang lain) untuk duduk di situ."(HR Imam Muslim)

Menurut Imam Nawawi , berkenaan hadis ini, hak seseorang yang duduk di suatu tempat, di masjid, atau tempat lainnya dalam majlis, apabila dia meninggalkan tempat duduknya untuk berwuduk atau keperluan hariannya yang tidak memerlukan masa yang lama maka dia tetap berhak untuk duduk di situ, dan dia pun berhak menuntut tempat duduknya itu daripada orang lain yang telah duduk di situ semasa ketiadaanya tadi.

iii)Mengisi majlis dengan zikrullah

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda,"Tiada suatu kaum yang bangun dari suatu majlis yang kosong dari zikrullah 'mengingat Allah',kecuali mereka seperti bangun dari meninggalkan bangkai keldai, dan (pertemuan itu) akan menyedihkan mereka."(HR Imam Dawud dengan sanad shahih)

  Semoga kita sama2 dapat mengamalkan adab murni ini dalam kehidupan kita.Oleh itu, ukhuwwah yang terjalin dapat mengukuhkan lagi nilai perpaduan antara muslim dan membawa conto yang baik kepada oranga lain.



No comments:

Post a Comment